Part 41

907 73 3
                                    

"Nampaknya kau dah bahagia dengan dia. Bagus lah, tak perlu aku tengok muka muram kau tu."

Thorn berkata, sambil itu iris hijaunya senantiasa merenung seraut wajah sepupunya yang duduk di sebelahnya.

Gempa tersenyum, dia mengalihkan pandangan mata daripada Ice yang sedang bercakap dengan seseorang ditalian telefon, lelaki itu sedang berdiri di tepi kolam renang. Wajah Thorn dia pandang dengan senyuman manis.

"Leka betul kau pandang dia, tak ada tempat lain ke kau nak pandang? Aku ke?"

Gempa terkekek, dia cubit pipi Thorn. Wajah masam mencuka Thorn ditatap lembut.

"Kau jeles eh? Jeles lah tu."

Thorn merengus seraya membuang muka ke arah lain.

Tersenyum Gempa dibuatnya. Sementara itu, dia teringat akan sesuatu perkara. Dia pandang sepupunya itu dengan wajah serius, dia dengan teragak-agak bersuara.

"Thorn betul ke kau suka aku?"

Soalan itu, mampu membuat Thorn terkaku. Tubuhnya menegang. Tidak menyangka dia akan mendengar soalan itu.

Tiba-tiba sahaja gelak tawa daripada Thorn terburai. Dahi Gempa berkerut, dah kenapa? Lucukah soalan yang diutarakan tadi?

"Kenapa? Kau tahu dari mana aku suka kau? Nak kata aku cakap, tak ada pula." Suara Thorn mula berubah rentak. Tawanya tadi mati dan diganti dengan raut wajah serius.

Gempa telan liur. Dia senyum canggung, pipinya digaru.

"Aku.."

"Ehem."

Deheman seseorang mematikan ayat Gempa sekaligus membuat Gempa lega entah kerana apa.

Mereka berdua memandang ke arah Ice yang sudah melabuh duduk di kerusi.

"Korang bual apa aje? Aku menganggu ke?"

"Taklah!"

"Ya menganggu."

Gempa dan Thorn menjawab dengan serentak, namun dengan ayat yang berbeza. Mereka berdua berpandangan.

"Umm, korang lepak lah dulu. Gem nak masuk ke dalam kejap, nak buat sedikit manisan."

Gempa mengangkat punggung dan beredar daripada hadapan dua jejaka itu.

Sebaik sahaja kelibat Gempa hilang, kini tinggallah Ice dan Thorn berdua. Suasana di antara mereka berdua berubah dingin dan mencengkam.

Thorn menjeling ke arah Ice. Dia berpeluk tubuh.

"Kau bagitau Gemgem yang aku suka dia kan?"

"So what? Bukan kau suka dia ke? Lagipun dia patut tau kan?"

Iris mereka saling merenung antara satu sama lain.

"Tch. Aku rasa kau ni memang bodoh."

Ice mengepalkan jemarinya, anak matanya mencerlung marah. Dia pandang wajah sinis Thorn.

"Apa maksud kau ha? Aku tahu kau belum maafkan aku, tapi aku kan dah minta maaf."

Senyum sinis bermain dibibir Thorn.

"Sini aku kasi tau kau, maybe kau salah dengan aku pasal kejadian dulu. Ya, memang aku ada cakap yang aku suka dia kan?"

Thorn tenung sinis pada Ice yang kelihatan sudah terbakar dengan aura cemburu.

"Tapi perkataan suka tak semestinya suka dalam erti mencintai kan? Aku suka dan cintakan dia just sebagai cousin saja. Tak lebih."

Mendengarkan itu buatkan Ice tergamam. Jadi dia salah dalam mengerti maksud daripada perkataan Thorn sebelum ini? Tapi..

Dia pandang anak mata Thorn, mencuba untuk mencari kebenaran daripada perkataan Thorn. Dia nampak sinar kejujuran di iris hijau milik Thorn itu. Bermaksud lelaki itu tidak membohonginya.

"Jadi aku salah faham?"

"Ya, sebab tu aku cakap yang kau ni bodoh. Dan juga aku dah maafkan kau, bagi aku buat apa nak di kenang lagi kisah lampau kau tu, aku pun manusia biasa banyak juga kisah lampau yang buruk. Aku dah cukup gembira bila tengok Gempa sekarang. Tapi ingat, jangan pernah ulangi perangai kau yang dulu. Kalau tak, aku akan ambil Gempa dari kau."

"Tanpa kau pinta pun, aku tak akan buat perangai macam dulu dah. Dan aku akan pastikan kau tak boleh rampas Gempa dari aku. By the way, thanks sebab dah maafkan aku."

Thorn memutarkan bola matanya ke atas, dia ukir senyum ramah. Sudah tidak ada senyum sinis. Ice membalas senyum Thorn.

"Jadi jagalah Gempa baik-baik."

Tanpa mereka berdua sedar, percakapan mereka didengari oleh Gempa yang sememangnya mencuri dengar sedari tadi. Dia bukan apa, takut jikalau dua lelaki yang dia sayang itu bergaduh nanti.

Gempa tersenyum melihat Ice dan Thorn sudah berbaik dengan begitu cepat. Kepalanya tergeleng perlahan bila mengingatkan kembali perbualan dua lelaki itu.

"Haih Thorn pun satu, suka sangat buat orang salah faham kat dia."


















Tbc....

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now