Part 9

1K 98 22
                                    

"Ice, aku dengar ada butik yang baru buka minggu lepas and butik tu mula popular kerana bajunya sangat cantik and selesa di pakai. Baju dia pun lain dari yang lain tau, tak sama dengan butik yang selalu kita pergi. Jom kita try cari kat sana?"

"Boleh juga, jom lah. Aku ada kerja pula nak buat lepasni. Malam ni pukul 8 dah kena ada kat sana ke?"

Gopal mengangguk kepala.

"Yup, tepat pukul 8 malam." jawab Gopal, anak matanya memerhatikan keliling mall yang mereka berdua kunjungi.

Tidak semena-mena, anak mata Gopal terpaku pada seorang lelaki berwajah manis yang baru sahaja keluar dari sebuah kedai yang menjual makanan ringan. Bulat matanya.

"Gempa?"

Ice menoleh bila mendengar nama isterinya disebut oleh orang di sebelahnya.

"Kenapa?" soal Ice kehairanan.

Gopal menunjuk ke arah sesuatu. Ice melihat ke arah tunjuk Gopal.

"Apa yang kau tunjuk? Kau nampak apa?"

"Tadi aku nampak Ge.." ucapan Gopal tenggelam bila kelibat Gempa sudah tidak kelihatan.

"Kau dah kenapa Gopal? Dahlah jom pergi, nanti lambat pula." Kata Ice seraya melangkahkan kaki untuk menuju ke butik.

Gopal hela nafas. "Apa perasaan aku aje tadi? Tapi, lelaki tu nampak macam Gempa. Hmmm, mungkin imaginasi aku kut?"

"Gopal cepatlah!"

"Ha yayaya!"

•••••

"Ni ke butik dia?"

Ice melihat butik pakaian di hadapannya. Nuansa butik itu ala-ala classic. Cantik.

Dia pandang pula signboard butik itu. G's Boutique.

"Yup! Ni lah butik dia. Jom masuk."

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam butik tersebut.

"Selamat datang tuan berdua, apa yang boleh saya bantu?"

Seorang pekerja perempuan datang menyapa mereka berdua, pakej dengan senyuman manis menyambut kedatangan pelanggan.

"Hmmm, kami cari sut untuk pakai di sebuah majlis perkahwinan."

"Oh, sila ikut saya."

Ice dan Gopal mengikuti langkah pekerja butik itu, sesekali mereka berdua melilaukan mata melihat segenap butik tersebut.

"Oh bos, bos ke mana saja?"

"Hehehehe, saya ke kedai tadi. Saya belikan makanan ringan untuk pekerja saya."

"Oh! Baiknya bos. Tapi, seganlah kitorang asyik bos aje belanja kitorang."

"Tak apa, sesekali buat amal baik. Hm, kita ada pelanggan ya?"

"Yup."

Ice dan Gopal melihat ke arah sumber suara yang agak merdu untuk di dengar dan suara itu seakan menarik minat mereka untuk melihat ke arah empunya suara. Terlihat pekerja tadi bersapa mesra dengan seorang lelaki yang sedang membelakangi mereka.

"Tuan ni bos kami, bos ni lah tuan yang cari sut tadi."

"Hmmm."

Gopal melihat sekujur tubuh itu, dia seperti mengenali postur tubuh itu. Seperti seseorang yang dia kenal.

Gopal dan Ice menahan nafas dengan wajah tercenggang tatkala lelaki itu, pemilik kepada butik tersebut berbalik menghadap ke arah mereka.

"Gempa?!"

Tidak terkecuali dengan lelaki itu, dia turut terkejut dengan apa yang dilihat. Bulat matanya, namun sempat dia kawal agak kelihatan biasa.

"Tuan berdua kenal dengan bos saya?" Soal si pekerja perempuan itu. Memandang Ice dan Gopal kehairanan lalu beralih pada bosnya.

"Tak."

"Ya!"

Ucap mereka serentak dengan jawapan berbeza.

"Ge..Gempa.."

Gempa membuang muka ke arah lain bila tatapan matanya bertembung dengan Ice. Dia tanpa berkata apa-apa terus berlalu pergi, tidak sanggup mahu berlama-lama di sana. Hatinya terasa seperti diusik kembali.

"Tunggu Gempa!"

Ice mencengkam tangan Gempa, lalu dia tarik tubuh mungil itu masuk ke dalam dakapannya.

"Miss you."

Gempa tidak memberikan reaksi, dia hanya membisukan diri. Dengan kasar dia lepaskan pelukan itu.

"Maaf, saya tak kenal awak siapa dan saya tak nak timbulkan fitnah. Lagipun saya dah kahwin. Tu suami saya."

Gempa menunjuk ke arah seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam butik itu. Wajah lelaki itu kelihatan bingung bila semua mata memandang ke arahnya.

"Kenapa?"

Ice kepal tangan. "Kau bohong kan Gem?"

"Linlin, come here."

"Ahya.."

Gopal hanya memerhati situasi yang tidak terjangka berlaku di hadapannya. Dia pandang Ice, lalu beralih pada orang yang Gempa mengaku sebagai suaminya. Gempa kahwin baru? Habistu Ice sebagai suaminya yang masih sah, macam mana?

"Ni Halilintar, my husband."

















Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now