Part 14

914 91 28
                                    

"Okey, saya nak encik Gempa menjadi pasangan bergambar dengan bos kami. Boleh?"

Gempa hanya mengangguk kepala pada jurukemera yang sememangnya berbangsa Malaysia. Dan lelaki itu berbalik seraya berkata sesuatu pada rakan kerjanya yang berbangsa Korea.

"Baiklah. Kejap lagi bos kitorang akan sampai, so encik boleh ke ruang make up."

"Baik."

Gempa mengikuti langkah seorang perempuan Korea untuk ke bilik makeup.

Sementara itu, Halilintar turut berada di syarikat Icy's Holding hanya menunggu di ruang tempat pengambilan gambar sesekali dia akan melihat staf-staf di sana yang sibuk melakukan kerja masing-masing.

"Mana dia? Tak sampai lagi? Aku harap Gem tak terkejut bila tahu siapa bos syarikat ni." bisik Halilintar, telefon yang sememangnya berada ditangannya dibuka. Dia membaca mesej Whatsapp yang di hantar oleh para pekerjanya yang memuatkan maklumat terkini.

"Bos dah sampai jom kita mulakan."

Kepala Halilintar terangkat. Tidak semena-mena pandangan matanya bertembung dengan Ice yang sedang di make up oleh jurusolek.

•••••

"Okey good, encik Gempa boleh tak awak peluk pinggang Tuan Ice and then pandang Tuan dengan senyum innocent. Can you?"

Gempa mengigit bibir, mahu luluh sahaja jantungnya bila mendengar arahan Haze, si lelaki kacukan Korea dan Melayu.

Dia melirik ke arah Ice yang hanya pasang wajah tiada perasan sedari tadi. Rasa terkejutnya masih belum hilang, kerana mendapat tahu yang syarikat itu adalah milik Ice. Patutlah nama syarikat itu hampir sama dengan Ice. Walaupun dia sudah menjadi isteri kepada Ice selama hampir setengah tahun lebih, ketahuilah dia belum tahu banyak lagi yang berkaitan dengan Ice. Rupanya.. Ooh rupanya. Lol. Abaikan.

"B..baik.."

Dengan canggung dan kekok Gempa memeluk pinggang Ice dari depan, kepalanya di dongak dan wajah segak Ice dia pandang. Tanpa dipinta jantungnya berdegup laju. Wajah lelaki itu masih sama, makin hensem saja dia tengok. Apalagi bila Ice pasang wajah serius, seksi dia lain macam. Okey, abaikan.

"Dah puas tilik muka aku?"

Wajah Gempa memerah, bila ditangkap basah oleh Ice. Malunya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ice simpan senyum.

"Smile."

Gempa berdeham, sejurus mengukirkan satu senyuman manis walaupun terasa malu dan segan. Okey, asal kau nak malu? Dia suami kau kut.

Ice merenung wajah isterinya dalam-dalam. Tanpa dia sedar, tangannya naik dan menyentuh pipi Gempa. Dengan gerakan lembut, dia belai pipi itu pipi yang pernah menjadi mangsa tumbukan dan tamparannya. Dia akui yang dia sangat tidak keperikemanusiaan. Dayus.

"Maafkan aku sweety."

Gempa tercenggang bila perkataan maaf keluar dari mulut Ice. Baru sahaja dia mahu buka mulut, dia dikejutkan dengan Ice menarik wajahnya dan menciumnya tepat dibibir.

Pekerja-pekerja yang berada di situ dibuatkan tercenggang bila melihat bos mereka mencium rakan modelnya sendiri di hadapan mereka semua. Free show, kau hado?

"Okey aku tak terkejut. Sweet aje aku tengok diorang, comel aje. Geram pula aku tengok."

Halilintar tersenyum kecil, menyembunyikan perasaan perit di hatinya.

"Tak semestinya orang yang kita sayang, akan jadi milik kita seutuhnya."














Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now