Part 47

788 59 8
                                    

"Macam mana keadaan isteri saya dok?"

Seorang doktor perempuan tersenyum ramah.

"Isteri encik dalam keadaan baik, nasib baik encik bawa dia tepat pada masanya. Jahitannya hampir terbuka semuanya. Sekarang dia sedang tido."

Ice memanjatkan rasa syukur. Dia tersenyum pada doktor perempuan itu.

"Boleh saya jenguk isteri saya?"

"Boleh, silakan. Kalau macam tu saya minta diri dulu."

Ice mengangguk kecil dan menghantar kepergian doktor itu. Baru sahaja Ice mahu melangkah masuk ke dalam bilik Gempa, telefonnya berbunyi.

Segera Ice menjawab panggilan yang berasal daripada mak mertuanya.

"Helo.."

"Helo Ice, Gempa macam mana? Dia okey kan?"

"Dia baik sahaja mama, cuma doktor kata yang jahitannya terbuka. Nasib baik Ice cepat bawa dia ke sini, kalau tak entah apalah yang terjadi. Mama jangan risau ya. Hm, malam ni mama tolong jagakan mereka berdua untuk saya ya?"

"Yelah, kalau ada apa-apa call mama ya?"

"Ya mama. Kalau macam tu, Ice tutup dulu ya?"

"Baiklah."

Talian dimatikan sebaik sahaja berbalas salam. Setelah itu Ice mendail nombor telefon seseorang lalu dilekapkan pada telinganya.

"Helo bos?"

"Aku nak korang uruskan manusia tak guna tu."

"Baik bos! Arahan diterima!"

Ice mematikan talian dan menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar lalu melangkah masuk ke dalam bilik rawat Gempa.

Pintu dikatup, langkah kaki Ice membawanya ke arah katil yang ditempatkan oleh Gempa.

Ice berdiri di sebelah katil, dia memandang wajah Gempa yang terlena itu. Mungkin kerana ubat bius yang doktor bagi.

Kepala isterinya dibelai lembut, lalu belaiannya turun ke pipi Gempa.

Dahi Gempa dicium lama.

"Cepat sembuh sweety. Maafkan aku sebab cuai dalam melindungi kau, maafkan aku."

"Ice.."

Ice segera menjarakkan wajah pada Gempa, dia memandang Gempa yang kini sudah membukakan mata walaupun tidak sepenuhnya terbuka. Bibir pucat itu mengukirkan senyuman manis.

"Gempa, baguslah kau dah sedar. Risau hati aku tengok kau macam ni, maafkan aku sweety sebab.."

Ucapan Ice terputus apabila jari telunjuk Gempa melekap pada bibirnya. Kepala isterinya tergeleng perlahan.

"Shh, jangan salahkan diri awak Ice. Ni bukan salah awak. Benda dah nak jadi kan? Lagipun, ni salah saya juga sebab lemah dalam melindungi diri sendiri dan saya selalu susahkan awak. Saya ras.."

Kini ucapan Gempa pula yang terputus dikeranakan Ice menciumnya. Ciuman yang lembut.

Ice melepaskan ciuman tersebut, wajah Gempa ditatap sayang. Dia menyapu birai mata Gempa yang mengalirkan air jernih.

"Shh.. Kau tak susahkan aku pun. Kau tak lemah tapi kau sangat kuat. Please jangan cakap macam tu lagi. Aku sayang kau, sangat."

Air mata Gempa makin laju, menuruni ke pipi.

"Dah jangan nangis. Tengok dah buruk muka kau ni."

Gempa memukul lengan Ice dengan wajah cemberut, walaupun sisa air matanya masih belum mengering. Ice terkekek kecil.

"Tch.. Ohya mana anak kita Ice? Diorang kat mana? Diorang okey kan?"

"Jangan risau, mereka berdua ada dengan mama. Mereka okey. Dah jangan fikirkan apa-apa, sekarang kau tido ya?"

"Tapi..."

"Tido Gem, jangan nak membantah. Kalau kau degil, bila nak sembuh? Kau tak nak jumpa dengan anak kita? Diorang dah tunggu kita kat rumah. Jadi, kalau kau nak jumpa diorang. Jangan degil. Faham?"

Gempa hela nafas. "Baiklah."

Ice tersenyum. Kepala isterinya diusap kasar.

"Dah tido sekarang, lagipun dah lewat malam sangat ni."

"Yelah."
















Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now