Gempa berlari menuju ke ruang wad Ice, air matanya berderuan jatuh ke pipi.
Di belakangnya terdapat Halilintar dan Gopal. Mereka berdua tidak kurangnya sedih mendengar berita yang di sampaikan oleh ibu Gempa sebentar tadi.
Setiba dia di hadapan bilik rawat Ice, Gempa membuka pintu bilik itu kasar lalu melangkah masuk ke dalam.
Saat dia masuk itu, suasana muram menyapa dirinya. Dia memandang ahli keluarga Ice dan mamanya yang berdiri mengelilingi katil Ice.
Gempa melangkah mendekati katil Ice, tangisannya makin kuat tatkala dia sampai di sisi katil Ice. Dia pandang wajah Ice yang amat pucat dengan kelopak mata terpejam rapat. Mahu rebah sahaja dia rasa, bila melihat ke arah mesin pendetak jantung yang menunjukkan garis lurus.
"Ice.. Kenapa? Hiks.. Awak bohongkan Ice? Bangun Ice!! Saya tahu awak bohong!! Buka mata awak!"
Gempa mengoncang tubuh kaku Ice, berharap yang lelaki itu bangun dan bukakan mata. Dia belum siap jikalau Ice pergi dari hidupnya.
Semua yang berada di dalam bilik itu, hanya mampu menundukkan kepala. Suara Gempa yang memilukan itu, buatkan perasaan sebak di hati mereka makin bertambah.
"Ice.. Saya mohon bangunlah!! S..saya sayang awak Ice.. Tolong bangun.. Apa gunanya saya maafkan awak kalau awak tinggalkan saya? Hiks kenapa.. Buat saya macam ni Ice.. Bangunlah."
Gempa menyembamkan mukanya ke dada Ice, menghamburkan tangisannya di situ bila tiada respon balas dari lelaki itu. Tangannya masih giat mengoyang tubuh Ice. Dia belum dapat terima akan kepergian Ice.
"Kenapa hidup saya hanya dilingkupi dengan kesedihan dan penderitaan. Tak layak ke saya nak bahagia? Saya baru saja mahu mulakan hidup dengan awak. Please don't leave me.."
"I won't leave you, sweety.."
Tangisan Gempa terhenti bila suara yang amat dia rindui menyapa cuping telinganya walaupun kedengaran agak serak basah.
"Gempa..."
Gempa menegakkan tubuh, anak matanya memandang ke arah iris biru yang sedang merenungnya dengan tatapan mata yang redup diiringi senyum tipis terulas dibibir pucatnya.
"Ice..? Awak.."
"Gempa.." kepala Gempa teralih pada ibunya yang mengusap birai matanya, menghapus sisa air mata, wanita itu tersenyum padanya.
"Apa semua ni?"
Gempa melihat semua yang ada di situ mula tersenyum dengan gelak kecil. Dia beralih pada Halilintar dan Gopal, yang pasang muka tidak bersalah. Adakah mereka berdua turut bersubahat sekali?
"Korang?"
"Kalau awak boleh berlakon jadi bisu kenapa saya tidak?"
Ucapan Ice itu buatkan Gempa beralih ke arahnya.
"Ice awak.."
"Maaf, ni semua idea mama awak. Saya hanya menurut, yang pasal koma itu memang betul. Saya baru aje sedar pagi tadi, kebetulan pula mama awak yang jaga saya masa tu. So, dia anjurkan idea ni. Maaf kalau idea ni, mampu menyakitkan perasaan awak."
Tubir mata Gempa berair kembali, tidak di sangka yang dia sudah tertipu dengan lakonan mantap daripada mereka semua.
"Saya benci awak Ice.."
"Saya pun cintakan awak Gempa."
Tbc....
Ayeee ketipu hueheueheu.. 🌚
#cabut lari!
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...