Part 17

872 91 16
                                    

"Kau kemas baju ni nak ke mana Linlin? Bukan ke kita lama lagi kat sini? Lagi 3 hari.."

Gempa memandang Halilintar yang sedang mengemas pakaiannya ke dalam beg.

"Hmmm, aku ada hal sikit. Kena balik ke malaysia, ada meeting besar pula tetiba. Maaf ya Gem, alah lagi pun kau bukan sesorang kat sini ada tu laki kau pi lah kat dia."

Gempa mengembungkan pipi. "Ishh kau ni! Hm, bila kau bertolak balik?"

Halilintar hanya tersenyum kecil dan tidak menjawab pertanyaan Gempa itu.

"Oit, aku tanya ni jawablah. Kau ni sengajakan buat aku tertunggu." kata Gempa dengan nada geram.

"Hmmm, Gem."

"Apa?!"

Halilintar berhenti dari mengemas, dia pandang Gempa yang duduk di birai katil di sebelahnya manakala dia pula berdiri di tepi katil.

"Hmm, apa perasaan kau kalau ada orang sukakan kau tapi dia dah tau yang kau tu isteri orang?"

Gempa membalas pandangan mata Halilintar yang teduh itu, lelaki itu seperti mahu menyampaikan sesuatu padanya. Tapi, apakah ia?

"Kenapa kau tanya macam tu tetiba? Kau ada suka dengan isteri orang ke?"

"Hm, boleh kurang. Jawablah Gem."

Gempa berdeham, sedikit segan bila melihat tatapan iris merah itu terarah padanya.

"Hm, bagi aku tak masalah sebab hati orang kita tak boleh halang dari jatuh suka. Perasaan tu hadir dengan tiba-tiba dan kita tak boleh kawal rasa itu. Lagipun kita ni manusia biasa, rasa suka tu sudah menjadi lumrah hidup. Manusia berhak untuk jatuh suka. Suka tak salah, tapi untuk masalah kau ni.

Hm, kalau kau sayang dan takut perasaan kau tu akan hancurkan hubungan kau dengan dia or rumah tangga diorang. Aku boleh cakap, just doakan kebahagiaan dia itu sudah memandai. Kenapa Linlin?"

Halilintar hanya tersenyum, dia mengusap kepala Gempa.

"Nothing."

"Kau okey? Kalau ada masalah, bagitau lah aku mana tau aku boleh tolong."

"Boleh ke?"

"Boleh! So apa dia?"

"Bolehkah kau ubat hati aku?"

Gempa melentokkan kepalanya dengan wajah bingung.

"Hm?"

Halilintar hela nafas, "Aku nak minta maaf."

"Maaf untu.."

Chup!

Membulat mata Gempa bila bibirnya dicium oleh Halilintar.

Brak!

Ciuman mereka terlerai, apabila terdengar suara benda yang seperti terjatuh. Mereka berdua menoleh.

Terlihat Ice yang berdiri di muka pintu bilik mereka dengan plastik serbaneka terdampar di samping kaki lelaki itu.

"Ice!"

Gempa berdiri kerana terkejut dengan kedatangan Ice yang tiba-tiba itu, manakala Halilintar hanya bersahaja. Walaupun rasa bersalah mula timbul di hatinya kerana sudah lancang mencium isteri orang.

"Maaf aku tadi dah kentuk bilik korang tapi mungkin korang tak dengar. Lagipun pintu bilik korang tak kunci so aku masuklah, sorry mengganggu kemesraan korang. Aku chau.."

Ice berkata dengan nada yang pelbagai rasa di dalamnya, dia memungut kembali plastik makanannya yang jatuh itu. Sebelum berlalu, dia sempat melirik ke arah Gempa.

"Ice tunggu!" Gempa baru sahaja mahu mengejar Ice, akan tetapi ditahan oleh Halilintar.

"Linlin, Ice.."

"Tak apa, biar aku yang jelaskan pada dia nanti. Kau tenangkan diri dulu okey?"

"Baik.."

•••••

Halilintar memandang wajah Gempa yang sudah terlelap itu. Dia baru sahaja lepas bertemu dengan Ice. Dia kerling jam di dinding, lagi setengah jam mahu pukul 11. Dan itu bermakna flightnya sudah tidak lama.

Halilintar mendekatkan wajah pada Gempa, anak mata merahnya menilik seinci wajah Gempa. Dia senyum.

"Aku doakan kau bahagia dengan dia Gem, awal hidup kau memang penuh dengan duri tapi kau kena tahu. Sebuah kehidupan pasti ada penderitaan, tapi penderitaan itu tak akan selamanya kita lalui kerana kebahagiaan yang sebenarnya akan menyusul nanti. Hati yang tabah dan cekap melawan setiap halangan adalah orang yang hebat. Dan hati yang tabah melawan segala ujian yang pahit, pasti akan ada balasannya suatu hari nanti. Balasan yang sangat indah."

Halilintar mengucup dahi Gempa lama.

"Walaupun berat untuk aku tapi aku tak akan lupakan kau. Sekali aku jatuh sayang, aku akan sayang seseorang itu buat selamanya."

"Goldy, saranghae."

















Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now