"Aku akan pastikan yang mamat sundal yang bisu itu mampus di tangan aku walau apa pun yang terjadi! Aku akan balas dendam! Hidup dia tak akan bahagia selagi aku hidup kat muka bumi ni!!"
Dia tersenyum sinis, dia tatap gambar yang tertampal pada permukaan dinding. Gambar seseorang yang dia benci. Dia membaling pisau rambo yang sedari tadi dia pegang ke arah sasaran, dan tepat mengenai wajah orang yang dia benci.
"Kalau aku tak dapat kau, anak kau yang jadi sasaran aku. Si sundal bisu."
•••••
"Gem, hati-hati jalan tu. Jangan lah laju sangat, nanti terjatuh ke apa ke? Ha macam mana, suka sangat buat hati aku susah. Dah-dah, kau ni tak boleh duduk diam betullah. Tak padan dengan perut buncit. Kang terberanak kat situ, baru tau."
Ice membebel pada Gempa yang sedari tadi, tidak boleh duduk diam. Ada sahaja yang mahu dia lakukan. Geram sahaja dia tengok, risau jikalau terjadi pada isterinya yang sarat mengandung itu.
"Alah, saya bosan asyik duduk aje. Alah, kerja saya ni dah nak siap. Sikit lagi."
Gempa menyahut sambil menyapu lantai rumah yang sememangnya dah bersih daripada habuk.
Ice menggelengkan kepala, tegur pun tiada guna juga. Keras kepala.
"Suka hati."
Ice mendekati Gempa lalu dia merampas batang penyapu daripada tangan Gempa. Hal itu, mengejutkan Gempa.
"Apa ni? Bagi balik."
"Tak boleh! Dah sana duduk, biar aku yang buat. Sana dan jangan pernah ingkar, Gempa."
Gempa menghentak kakinya, wajahnya masam dengan mulut memuncung sedepa.
"Tch, kedekut!"
Kepala Ice tergeleng perlahan, pantas dia mencuri cium bibir Gempa yang termuncung seperti itik itu.
Rona merah merebak kedua belah pipi tembam Gempa, apabila menerima ciuman tiba-tiba itu.
"Dah, duduk kat sofa sana. Aku tengok kau pun dah gerun, dengan perut buncitnya. Haihh, macam nak meletup pun ada. Dah-dah pergi duduk sana."
Gempa mencebik. "Fine, tapi nak kiss lagi."
Bibirnya kembali dimuncungkan, meminta habuan daripada sang suami.
Ice simpan senyum. "Tak boleh. Kau tak dengar kata, so tak boleh."
Wajah Gempa cemberut.
"Kedekut bet.."
Ayat Gempa tenggelam sebaik sahaja bibirnya dibungkam oleh Ice.
"Dah dapat kan? Pergi duduk sekarang."
"Ishh yelah."
Gempa berbalik dan menuju ke arah sofa, sementara Ice menyambung tugas Gempa iaitu menyapu.
Baru beberapa langkah, Gempa berhenti. Dahinya mengerut. Dia memegang perutnya yang terasa sakit.
"Shh.." rintih Gempa, dia mencengkam bahu sofa.
"Ice... Sakit! Ice!!"
Ice yang mendengar jeritan Gempa terus angkat wajah, dia mencampak batang penyapu lantas bergegas mendekati Gempa yang seperti menahan kesakitan.
"Kenapa ni Gem? Kau okey tak ni? Mana sakit?" Soal Ice bertubi-tubi, raut risau tergambar begitu jelas di wajahnya.
"Shh.. Sakit, perut saya sakit."
Iris Ice jatuh pada perut bolat Gempa.
"Kita pergi ke hospital sekarang."
Ice terus mencempung tubuh Gempa lalu di bawa keluar dari rumah. Keretanya yang berada di bawah garaj, dituju.
"Sakit Ice.."
"Sabar Gem, tarik nafas dan hembus."
Tubuh Gempa diletakkan pada kerusi di bahagian penumpang.
"Kau tunggu sini, aku nak pergi ambil kunci kereta kejap. Tahan."
"Cepat sikit Ice.."
"Ya!"
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...