Seminggu kemudian...
Gempa membetulkan posisi tidur kedua anaknya di atas katil khas untuk bayi.
Dia tersenyum melihat wajah lena si anak kembarnya.
Jam dinding dia pandang, sudah masuk angka lapan malam namun Ice belum kelihatan. Mesti kerja lelaki itu banyak.
Brak!
Gempa melompat kaget apabila mendengar bunyi benda jatuh yang berasal dari tingkat bawah. Jantung Gempa berdegup kencang. Banyak kemungkinan yang bermain di fikirannya.
"Si..siapa?"
Dengan sedikit keberanian, Gempa keluar bilik dan menuju ke tingkat bawah.
Raut tergamam terjelas di wajah Gempa tatkala melihat seorang berpakaian hitam sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Wajah orang itu tertutup oleh mask dan topi hoodie jaket hitamnya.
"Kau siapa? Apa kau nak?!"
Di balik mask bercorak tengkorak, tercetak satu senyuman sinis.
"Well Gempa si sundal bisu, akhirnya aku dapat juga berjumpa dengan kau secara berdepan."
Gempa tersentak apabila namanya disebut oleh orang itu. Macam mana orang asing itu boleh tahu namanya?
"Siapa kau? Macam mana kau boleh kenal aku? Kita saling kenal ke?"
"Tch! Dasar jantan bisu berlagak polos!"
Sebilah pisau dikeluarkan dan hal itu mengejutkan Gempa. Dia berjalan berundur apabila orang itu datang mendekatinya.
Bugh!
Belum sempat Gempa mahu melawan, perutnya ditumbuk tepat mengenai tempat jahitannya yang baru sahaja mahu sembuh. Bekas jahitan semasa dia menjalankan pembedahan melahirkan kedua anak kembarnya.
Gempa membongkok sambil menahan rasa sakit yang begitu menggila. Dapat dia rasa yang bekas jahitannya terbuka dan mengeluarkan cecair merah. Terbekas pada baju kuningnya.
"Kau.." sambil menahan sakit, Gempa menatap tajam pada orang itu.
Gelak sinis terluah dari orang berbaju hitam itu.
"Senang betul nak tumpaskan kau rupanya, mana suami kau? Kesian, suami ada tapi tak datang tolong pun isteri dia yang berada di dalam kesusahan ni. Suami kau memang bodoh."
"Kau siapa ha?! Kenapa kau serang aku?!"
"Siapa aku? Aku adalah adik kepada perempuan yang pernah jadi isteri kepada suami kau! Dan dia mati ditali gantung sebab korang berdua!! Tak guna!"
"A..apa?"
Bulat mata Gempa mendengarkan itu. Orang di hadapannya ini adalah adik kepada Elies?
"Dan kedatangan aku ke sini sebab aku nak bunuh kau!!"
Tangannya yang memegang pisau diangkat tinggi lalu diayunkan pada Gempa yang sudah memejamkan mata rapat-rapat seolah pasrah dengan takdirnya.
Belum sempat pisau itu mengenai Gempa, tubuh orang yang mengaku sebagai adik kepada Elies ditendang daripada belakang membuatkannya tersungkur ke lantai rumah.
"Jangan berani kau cederakan isteri aku! Langkah mayat aku dulu kalau kau nak lukai dia!"
Tbc...
Hahahambar... K bai.. QwQ...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...