Beberapa minggu kemudian..
"Kamu masih nak mempertahankan lagi si isteri jalang kamu tu? Kamu memang bodoh eh? Kamu tau tak budak yang dalam perut dia tu bukan anak kamu?"
Ucapan Puan Jasmine membuatkan Ice yang sedang sibuk dengan dokumen, berkalih pandang. Dia memandang ke arah mamanya yang melangkah masuk ke dalam ruangan pejabatnya.
"Mama.. Bila mama masuk?"
"Tadi, kamu yang khusyuk sangat buat kerja. Hm, kamu tak jawab lagi soalan mama."
Ice mengeluh perlahan, pen yang digunakan untuk menandatangan diletak.
"Macam mana mama tau?"
Puan Jasmine tersenyum sinis, dia melabuh duduk di kerusi berhadapan dengan anaknya. Dia mencampak telefon bimbitnya pada Ice, nasib baik anaknya sempat sambut jikalau tidak sudah berkecai telefon jenama Iphone X itu.
"Tengok video itu, so renung-renungkan lah. Baik kah dia? Kalau nak dibandingkan dengan menantu kesayangan mama si Gempa itu, mama lebih pilih my sweety Gemgem. Biar pun bisu asalkan hati dia tak sehitam hati macam minah tu termasuk kamu. Sama-sama hitam hati."
Ayat pedas lagikan savage keluar dari belah bibir Puan Jasmine, senyum sinis tidak lekang bermain dibibirnya. Wajah lesu anaknya dipandang, ada rasa simpati namun dia masih geram dengan sikap Ice yang lebih mementingkan ego. Walau pun begitu, Ice tetaplah anak dia.
Ice diam sedikit sentap dengan ayat mamanya barusan, kena tepat di batang hidungnya. Dia menekan video yang ingin mamanya tunjukkan padanya.
Perasaan marah mula menguasai dirinya. Tak sangka yang Elies masih bermain di belakangnya. Dan yang paling tidak sangka, orang yang bersama Elies ialah bekas tunangnya sendiri.
"So? Macam mana perasaan kamu lepas tengok kehanatan isteri kedua kamu tu? Perempuan yang dulu kamu cinta dan puja, tengok lah apa dia buat kat kamu. Itu ke balasan dia pada kamu selepas kamu jadi pak sanggup untuk tanggungjawab pada anak yang bukan dari darah daging kamu?"
Puan Jasmine makin ingin memanaskan Ice, mahu tengok apa yang akan dilakukan anaknya. Sengaja ingin menyakitkan hati anaknya sendiri seperti mana dia sakitkan hati Gempa.
"Bila..bila video ni mama ambil?"
"Masa tu kamu di korea, niat mama nak melawat dia tapi tak sangka mama akan dapat kejutan yang luar biasa. Tak sangka dia tak ada beza seperti anjing yang liar. Dah ada suami tapi still melayan dengan lelaki lain. Dasar kurap pembawa virus corona."
Anak dan emak sama sahaja, sama-sama mulut pedas dan begitu tajam bahasa bicara mereka. Sampaikan orang yang dengar pun jadi sakit hati. Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?
"Oh.."
"Tu aje kamu balas budak hodoh?"
Ice menjeling ke arah mamanya, suka suki mengatainya.
"Apa tak puas hati? Mama tak kira! Mama nak kamu bawa Gempa balik ke pangkuan kamu, kalau kamu tak nak bagi Gempa pada mama biar mama jaga dan mama tak akan biarkan kamu jumpa dengan dia lagi. Dan satu lagi, kalau kamu dan pompuan ular tu tak berpisah lagi mama sendiri yang angkat tangan.
Mama pergi boom rumah kamu haritu juga. Ingat, ucapan mama tak pernah bergurau. Kamu ingat mama ada masa nak bergurau? Sudahlah, mama balik dulu. Tengok muka kamu yang hodoh tu, buat perut mama lapar. Mama balik dulu. Roger and out."
Kecil besar saja Ice pandang Puan Jasmine yang sudah berlenggang kangkung keluar dari ruang pejabatnya, dengan wajah tidak boleh blanya. Wajah mengejek.
"Tch."
Ice berdecit.
Kring!
Iris biru Ice bergerak, menatap ke arah skrin telefonnya. Nama Elies naik di permukaan skrin telefonnya.
Dengan malas dia mengangkat panggilan tersebut.
"Apa kau nak? Jan.."
"Ice tolong I, perut I sakit! I rasa dah tiba masanya. Sakit Ice.."
"Baiklah aku balik sekarang, tunggu aku."
•••••
"Tahniah Tuan, isteri anda selamat melahirkan anak perempuan."
Ice hanya tersenyum kecil seraya mengangguk, riak wajahnya di buat seceria mungkin agar doktor yang menyampai berita itu tidak mencurigainya. Ialah dapat berita isteri selamat melahirkan bayi, mestilah kena gembira kan? Tapi.. Tu bukan anak dia, patut ke dia gembira atas kelahiran anak yang bukan dari darah dagingnya?
Puan Jasmine yang turut berada di situ akibat di tarik paksa oleh si anak, hanya mampu memandang. Dia langsung tidak gembira dengan berita yang dia dengar barusan. Baginya hanya membosankan.
"Terima kasih, boleh saya jenguk isteri saya?"
"Sure. Kalau macam tu saya minta diri."
Ice mengangguk kecil, dan doktor lelaki itu beredar pergi. Kini tinggallah mereka dua beranak.
"Kamu masuklah, mama tak ada hati nak tengok muka pompuan tu. Mama tunggu kat luar aje. Lagipun mama nak call papa kamu. Pergilah kat isteri hanat kamu tu."
Puan Jasmine mendorong tubuh Ice agar anaknya segera pergi.
"Yalah."
Ice mengerling mamanya sekilas, lantas kakinya mengorak langkah masuk ke dalam bilik rawat Elies.
Masuk sahaja ke dalam bilik itu, dia melihat Elies terbaring lemah di atas katil pesakit. Perempuan itu memandangnya dengan senyuman manis. Namun, senyuman itu luntur bila tidak melihat reaksi ceria yang terpamer di wajah suaminya.
"Ice, anak kita dah selamat lahir. Tengoklah dia comelkan?"
Elies mengusap bayi perempuan yang berwajah putih kemerahan. Comel.
Ice hanya memandang si bayi kecil itu, budak yang langsung tidak berdosa. Namun, jiwanya rasa kosong seolah tidak tertarik untuk mendekati dua beranak itu bahkan menyentuh bayi yang baru saja lahir itu.
"Ice? Kenapa you tercegat kat situ? Mehlah datang dekat, you tak nak pegang anak you? Ke you tak suka dengan anak kita? You.."
"Tu bukan anak aku."
Ucapan Ice itu, buatkan Elies tersentak. Dia pandang Ice dengan wajah keliru.
"Ni anak you lah, kenapa you cakap macam tu? Kita kan pernah.."
"Cukup. Kita tidak pernah buat benda tu selain tido bersama. Aku masih waras nak buat benda tu pada orang yang belum tentu sah milik aku. Dan, aku nak tanya kau. Tu anak Danny kan? Si bekas tunang kau tu kan? Mengakulah jangan nak berselindung lagi sebab kebusukan kau tu dah aku tahu."
Ice berkata dengan wajah serius dan datar. Anak matanya tajam merenung ke arah Elies.
Renungan mata Ice yang amat dingin dan tajam menusuk itu buatkan Elies gelisah. Dia dengan susah payah bangun dari pembaringan.
"Ice tu anak kita, bukan anak dia." bantah Elies, masih menafikan hal sebenarnya.
Ice senyum senget.
"Sure? Aku tanya sekali lagi, jawab dengan jujur!" Ice masih mengawalkan suaranya dari membentak kerana dia tidak mahu menganggu lena si kecil yang tidak berdosa itu.
"Tak Ice, tu anak kita. Anak.."
Ucapan Elies dipotong laju oleh Ice. Perkataan yang keluar dari lelaki itu, buatkan dunia Elies bagaikan berputar.
"Aku ceraikan kau dengan talak 3."
Tbc....
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...