Ting tong..
"Kejap!!"
Kedengaran suara yang menyahut dari dalam rumah itu. Tidak lama kemudian, pintu rumah itu terbuka.
"Oh kamu Ice, ada apa kamu datang ke mari?"
Ice mendongak memandang wajah ibu mertuanya.
"Mama, Ice datang nak minta maaf. Tolong beri tau Ice, ke mana Gempa pergi."
Puan Lily tersenyum sinis.
"Gempa? Bukan bisu ke? Ke sampah masyarakat?"
Ice mengetap bibir, dia tahu wanita itu mahu memperlinya dengan apa yang pernah dia ucapkan pada Gempa dahulu.
"Mama.."
"Cari sendiri. Kamu yang halau dia kan? Jadi usahalah sendiri cari isteri kamu tu! Kamu ingat mama akan maafkan kamu selepas apa kamu buat kat anak mama? Mama tak akan maafkan kamu, kalau Gempa belum dijumpai dan juga mama akan maafkan kamu kalau Gempa dah maafkan kamu."
"Sampai hati mama, Ice.."
Puan Lily merengus. Wajah menantunya dipandang dingin.
"Sampai hati? Kamu dera Gempa boleh pula, kamu lagi sampai hati Ice. Teruk! Suami yang teruk! Apa susahnya terima dia seadanya? Memang hati kamu dah hitam sangat ke? Dah berapa tahun kamu tak cucikan hati hitam kamu tu biar putih balik?"
Ice diam, tidak terasa tubir matanya berair. Dia menunduk. Perasaan bersalah yang menebal singgah di hatinya.
"Maaf..Ice menyesal.."
Helaan nafas terhembus dibelah bibir Puan Lily bila melihat wajah lesu Ice itu. Rasa kasihan pula.
"Kamu bahagia ke dengan isteri sundal kamu tu?"
Ice tidak menjawab, geleng tidak angguk pun tidak.
"Tak bahagia kan? Terima karma kamu Ice. Satu aje mama nak cakap."
"Apa?"
"Lepaskan Gempa, cukup lah kamu hancurkan hidup dia yang sudah sedia hancur itu. Mama tak nak dia makin menderita lagi. Then, mama nak kamu berambus dari hidup Gempa. Jangan pernah munculkan diri kamu di hadapan Gempa lagi. Itu aje mama minta. Senangkan?"
Tangan Ice terkepal kemas. Rasa tercabar dengan ucapan dari wanita itu.
"Senang mama kata? Ice tak akan lepaskan Gempa walau apa pun yang terjadi. Dia tetap isteri Ice! Ice akan cari dia sampai dapat!"
"Isteri? Baru sekarang kamu nak mengaku dia tu isteri kamu? Selama ni? Hanya jalang bisu dan juga sampah masyarakat yang ada kan? Kamu.."
"Sudahlah mama! Kalau kedatangan Ice hanya dapat hinaan dari mama, baik Ice balik dan cari Gempa. Jangan pernah suruh Ice ceraikan dia! Sebab Ice aje yang boleh pegang dia."
Puan Lily berdecit.
"Tch! Habistu isteri kamu yang kat rumah tu macam mana? Masih nak simpan isteri sundal kamu yang talam dua muka itu? Dasar perempuan pengikis."
"Itu urusan Ice. Ice tahu apa yang Ice nak buat nanti. Ice pergi dulu, maaf mengganggu mama."
Ice berbalik untuk beredar dari rumah mak mertuanya. Namun, langkah kakinya terhenti bila mendengar ucapan Puan Lily.
"Gempa masih ada di bumi malaysia, dia tak lari sampai ke luar negara pun. Dia ada aje dekat dengan kamu, cuma kamu harus berusaha cari dia. Tu aje mama boleh cakap. Semoga berjaya dapatkan Gempa balik."
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...