Balik sahaja dari hospital, Ice terus membisukan diri. Sampaikan Elies dibuatkan terheran-heran dengan perubahan Ice. Dalam hatinya tertanya, suaminya kenapa?
Dia memandang Ice yang duduk di sofa sambil mengetik sesuatu di tabletnya. Buat kerja kut?
"You okey? Balik dari hospital you terus diam, kenapa? Ada masalah syarikat ke?"
Elies melabuh duduk di sebelah Ice, baru sahaja dia mahu menyentuh bahu Ice. Suaminya sudah berganjak ke sofa lain. Seolah mahu menjaga jarak di antara mereka.
Elies mendesah kesal dengan sikap Ice yang mengabaikan dirinya.
"Sayang, you kenapa? Kalau you ada masalah, I boleh tolong?"
Kepala Ice terangkat bahkan tangannya yang sibuk mengetik di permukaan skrin tablet turut terhenti. Dia pandang wajah Elies dengan tatapan mata yang menyiratkan pelbagai rasa.
"Kau nak tolong?"
Kepala Elies terangguk, senyuman manis diberikan pada Ice.
"Hm! Apa yang boleh I tolong? Teruk sangat ke masalah yang you hadapi tu?"
Sudut bibir Ice terangkat sebelah, dia buang muka ke arah lain.
"Aku nak kau jaga diri kau sendiri dan juga anak dalam perut kau tu. Tu aje."
Ice bangkit dari duduknya, lantas berlalu pergi dengan tablet di tangannya.
Elies hanya memandang kepergian Ice. Tidak lama, dia tersenyum. Perutnya diusap perlahan.
"Walaupun you dingin dengan I, tapi I tau you amat ambil berat pasal I. Tapi, I tak puas hati lagi dengan you. Sebab utama, kenapa you masih mempertahankan lagi si bisu tu! I tak kira, walaubagaimanapun I akan singkirkan sundal bisu tu dari hidup kita Ice."
Tbc..
Pendek tul kan chapt kalini? Aku tulis apa yang terlintas dalam kepala aje. So, sabo aje eh dapat author camni. Lol 😂..
Btw aku suka baca komen korang yang penuh dengan emosi. Sampaikan ada yang nak sembelih si Icecube bear. Lol 😂 🤣.
Ko sabo jap, aku akan kasi korang lagi beremosi nanti. Kejam kan aku lol 😂
*cabut lari*
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...