BAB 1

345 12 2
                                    

"Jangan kau berani jejakkan kaki kerumah ini lagi,aku tatang kau macam minyak yang penuh,belakang aku kau buat kerja setan ya ?
kau dengar sini baik-baik..sekali muka kau lalu depan aku..sampai mati aku benci kau".

Kring ! Kring ! Kring

"Astaghfirullahalazim".Mengucap Pak Ahmad terus bangun terduduk setelah tersedar daripada mimpinya.Dia meraup mukanya sehingga kebelakang kepala.Dia melihat jam loceng yang berada di kepala katil,sudah pukul 8 pagi."Eh,abang dah bangun baru nak kejutkan abang".Ucap Puan Hasnah isteri Pak Ahmad."Hmm,takpalah abang dah terbangun dulu,sebab mimpi buruk".Ucap Pak Ahmad."Abang mimpi lagi ya ?".Tanya Puan Hasnah layu seperti dia dapat mengerti apa yang dimimpikan suaminya itu."Alaa,mimpi je..mainan tidur kan..dah lah abang nak mandi".Jawab Pak Ahmad terus berdiri dan mengambil tuala yang tergantung di belakang pintu biliknya,dia membesarkan langkahnya menuju ke bilik air.Puan Hasnah mengalirkan air mata,kerana ego suaminya itu dia kehilangan seorang insan pada hari ini.

Sewaktu di meja makan,dia termenung teringatkan tentang mimpinya tadi,sejak kebelakangan ini dia kerap kali bermimpi dengan mimpi yang sama.Dia rasa tidak keruan dengan kejadian yang menimpa dirinya itu.
"Ayah ni selalu sangat termenung depan rezeki tau,tak baiklah ayah".
Ucap anak gadis Pak Ahmad dengan Puan Hasnah itu.Hanum Izzati adalah anak sulung.Dia kini berjaya menjadi seorang pensyarah.Dan bakal berkahwin pada hujung bulan ini bersama pilihan hati orang tuanya."Eh,mana ada..ayah tengah fikir nak buat meriah yang macam mana masa majlis kamu nanti".Ucap Pak Ahmad ingin menutup rasa dihatinya."Tak payah nak megah sangat lah ayah,sekadar majlis akad nikah pun dah memadai".Ucap Hanum penuh keikhlasan."Aah lah bang,kita pun tak jemput ramai sangat kan,nanti membazir pulak".
Sampuk Puan Hasnah yang tiba-tiba muncul sejak tadi menghilang tidak nampak bayang."Bila aku kata nak buat,aku akan buat juga..Hanum ni sorang je anak aku..takda sapa boleh bantah keputusan aku tu..faham ?".Tegas kata-kata Pak Ahmad kepada dua orang insan yang berada di satu meja dengannya.Hanum dan Puan Hasnah saling berpandangan,sesuatu yang bertandang di hati Puan Hasnah sekarang ini.Dia cuba menahan rasa itu dengan memgumpul semua kekuatan yang berada di dalam hatinya."Ayah ada nak ke bandar ke harini ?".Soal Hanum yang hendak menepis situasi sunyi sepi itu."Ada tapi nanti ayah tumpang pakcik Jamil je,sebab dia pun nak ke bandar juga harini".
Beritahu Pak Ahmad dengan suara mendatar.Hanum hanya mengangguk faham dengan penyataan ayahnya itu.Mereka sekeluarga menghabiskan makanan masing-masing sebelum memulakan tugas harian mereka.


~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini adalah hari pertama Tuan Faizal Imran hadir ke pejabat.Dia seorang pakar motivasi tentang Perniagaan.Di usianya mencecah 40 tahun dia berjaya mendirikan sebuah Syarikat miliknya sendiri.Syarikat F.I Empire kini berdiri megah di Malaysia dan bersaing dengan syarikat besar-besar yang lain.Tuan Faizal walaupun sudah mencecah 4 dekad dia masih belum berpunya ataupun berkahwin.Dia hanya memberi tumpuan terhadap perniagaannya sahaja.Setibanya dia di bangunan kemegahan ramai itu,dia terus menuju ke pintu lif dan menekan butang ke tingkat 14.Sampai sahaja dia di tingkat tersebut,seseorang sudah memberi senyuman manis buat dirinya sebaik sahaja pintu terbuka.Dia keluar dari perut lif itu lalu menuju ke arah gerangan yang menghadiahkan senyuman buatnya tadi."Selamat pagi Marina,apa jadual saya pada pagi ni ?".Soalnya kepada pembantu peribadinya itu.
"Selamat pagi Tuan CEO,pagi ni Tuan takda apa-apa aktiviti selain ada tetamu yang sedang tunggu Tuan dalam bilik Tuan".Jawab Marina sambil memberi isyarat kepada Tuan Besarnya itu."Hmmm,bila dia datang ?".Soal Tuan Faizal diiringi keluhan yang berat.Kerana dia sudah dapat meneka gerangan tetamu yang dimaksudkan Marina itu.Pagi-pagi mood sudah spoil !.

"Erin,awak buat apa dekat pejabat saya pagi macam ni ? kalau ada urusan selain kerja boleh call saya lepas habis waktu kerja kita jumpa dekat luar je".Tuan Faizal terus memotong kata-kata erin sebelum gadis itu memulakan mukadimahnya."Sorry Tuan,saya cuma nak sampaikan amanah je..Papa yang suruh saya hantarkan fail penting ni pada Tuan,sebab papa ada meeting pagi ni".Erin berterus terang kepada Tuan Faizal atas tujuannya ke mari."Oh sure,well you can go now".Arah Tuan Faizal kepada gadis yang berusia 25 tahun itu.Erin meminta diri kepada Tuan Faizal dengan penuh hormat kerana lelaki itu sesusia bapanya tetapi masih belum mendirikan rumah tangga.Erin keluar dari bilik itu,dan dia berdiri di suatu kawasan di dalam tingkat 14 itu juga
"Kau sombong eh dengan aku,takpa Faizal aku akan pastikan kau jadi milik aku juga satu hari nanti".Ucap Erin sambil tersenyum sinis keseorangan.Erina Mikayla akan dapatkan apa sahaja yang dia mahu sehingga tercapai.


Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now