Hanum sedang mencuci pinggan di dapur.Dia terdengar bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumahnya.Dia sudah tahu gerangan siapa.Tiba-tiba suara Hadi memanggil namanya dengan terjerit-jerit.
"Hanum...Hanummm".Panggil Hadi dengan kasar.
"Abang Hanum dekat dapur ni".Beritahu Hanum.
"Kau ni aku panggil tak dengar ke ?".Soal Hadi kasar.
"Hanum tengah cuci pinggan ni bang".Jelas Hanum dengan lemah.
"Hish..tak habis-habis menyusahkan".Rengus Hadi.
Air mata Hanum jatuh ke pipi mendengar kata-kata yang kasar dari mulut suaminya itu.
Selepas menyelesaikan tugasannya di dapur,dia membuat keputusan untuk naik ke tingkat atas ke bilik tidurnya untuk berehat.Dia terasa penat semenjak dia sudah berbadan dua.Sesampainya dia di bilik,dia lihat Hadi sedang berbaring di atas katil.Hanum terus masuk ke bilik dan baring di sebelah suaminya untuk merehatkan badan.
Tiba-tiba tangan Hadi merayap ke pinggang Hanum.Hanum tersentak dengan kelakuan suaminya itu.
"Abang,Hanum rasa penat sangat..boleh tak next time ?".Pinta Hanum yang tiada rasa untuk bersama Hadi sekarang ini kerana dia terlalu letih.
"Izinkan abang ?".Pinta Hadi mengoda.Hanum terbuai dengan alunan kata-kata Hadi.Tetapi dia sedar cuma tidak mampu menolak kemahuan suaminya.Hanum mengalirkan air mata.Kerana Hadi mahukan dia sewaktu mahu melepaskan nafsunya sahaja.
~~~~~~~~~~~~~~
Erin yang baru sahaja turun dari tingkat atas sudah membuat riak menyampah kerana papanya berada di rumah.
"Papa tak kerja ke harini ?".Soal Erin dengan nada tidak suka dan tidak memandang wajah lelaki tua itu.
"Tak..Erin papa nak cakap sikit boleh ?".Pinta Dato Kamil.
"Cakaplah".Balas Erin sambil minum air membasahkan tekaknya.
"Beberapa hari lepas Erin ada pergi pejabat Tuan Faizal ye..untuk apa ? ada urusan ke ?".Soal Dato kamil yang agak tegas dan bertalu-talu.
"Kenapa ? salah ke ?".Soal Erin selamba.
"Erin jangan ingat papa tak tahu ye..Erin ada hati dekat Tuan Faizal kan ? Erin tahu tak yang dia tu sebaya lebih kurang papa je ?".Soal Dato Kamil lagi dengan penuh amarah.
"Aah,memang Erin sayang dia..suka dia...dan Erin akan pastikan dia jadi milik Erin".Jelas Erin dengan berani.
"Erin kalau berani buat macam tu..papa hantar Erin pergi duduk dengan mama tau ?".Ugut Dato Kamil.
"I dont care".Jawab Erin.Dia terus bangun meninggalkannya papanya di meja makan itu.
Dato kamil mengeluh.Dia tidak dapat menjaga Erin dengan baik.
~~~~~~~~~~~~~~
"Terima kasih"Ucap Hadi sambil mengucup dahi isterinya.Sewaktu dia melakukan itu,ada sesuatu yang bertandang di hatinya.
"Sama-sama".Jawab Hanum lemah.Air matanya mengalir kerana letih melayan suaminya.Dia tidak mahu jadi isteri yang derhaka.Dia redha dengan apa yang berlaku terhadap rumahtangganya kini.
"Abang minta maaf,kalau abang sakitkan hati Hanum..abang tak mampu nak jadi suami yang baik..abang akan lepaskan Hanum lepas Hanum bersalin anak kita".Luah Hadi.
"Abang taknak cuba selamatkan perkahwinan kita ni ke ?".Soal Hanum lembut dan diiringi air mata kasihnya terhadap Hadi.
"Abang akan cuba..tapi abang minta maaf kalau abang gagal..tapi sayang jangan letak harapan pada abang ye".Ujar Hadi lemah.
"Hanum janji,Hanum akan sentiasa sokong abang".Ucap Hanum sambil mengambil tangan suaminya dan diletakkan di perutnya yang belum lagi besar.Hadi mengusap perut Hanum.Dia mengucup perut Hanum.Hanum terasa bahagia melihat Hadi buat begitu.Mereka tersenyum bahagia bersama.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...