BAB 4

86 8 0
                                    

Iman Khalida kini berada di rumah,dia dan Amira berada di ruang tamu.
Iman duduk di sofa berhadapan dengan sofa yang Amira duduk.Amira memerhati perangai sahabatnya itu yang tersengih seorang diri.Ntah apa yang mencuit hatinya.

GEDEBUK !.

Sebuah bantal segi empat telah terbang ke arah Iman akibat balingan Amira.Iman berhenti mengelamun akibat terkejut itu terus membuat wajah cemberutnya pada Amira.

"Apa..apa ? yang kau dah kenapa asyik berangan je..kau baru lepas menang loteri ke apa ? tersengih-sengih".Jawab Amira mengejek Iman.

"Hihh,suka aku lah nak senyum ke apa ke ? guna mulut kau ke untuk senyum".Balas Iman dengan muka merajuk.

"Elehh,ke kau dah terkena dengan Pujaan Kanda kau tu ?".Soal Amira tiba-tiba.

"Kalau kena ? kau ada masalah ke ? tahu lah pakwe kau tu tak hotz macam Tuan Faizal".Jawab Iman mengejek Amira.

"Apa yang dia dah mandram kau haa ?".Soal Amira kepada Iman.

"Ehh,tak..tak..bukan dia mandram aku..aku yang mandram dia".Jawab Iman dengan nada gembira seperti anak-anak kecil.

"Habis apa yang kau dah deal dengan dia ? jadi ke kau punya kerja gila tu ?".Soal Amira ingin tahu tentang perjumpaan Iman dan Tuan Faizal petang tadi.

"Adalah...".Jawab Iman meleret sambil membuat muka mengejek.


~~~~~~~~~~~~~~

"Erin,dah beberapa hari ni papa tengok Erin asyik termenung je ? Erin ada masalah ke ?".Soal Dato Kamil kepada anak perempuanya itu.

"Takdalah papa,Erin okay je..cuma makan hati sikit".Jelas Erin yang mahu memberi klu pada bapanya.

"Aikk,lain macam bunyi..ada apa-apa ke ni ? siapa orangnya ? bawaklah jumpa papa".Ujar Dato Kamil.

"Hish papa ni,tak payah nak sibuk masalah Erin boleh tak ? pandai-
pandailah Erin settle masalah sendiri..ni tak..sibuk nak jumpa lah..apa lahh".Rengus Erin depan bapanya.

Dato Kamil hanya mengeluh kecil dengan sikap anak perempuannya itu,semenjak kematian isterinya,Erin makin melampau perangainya.
Kadang-kadang sampai tidak pulang ke rumah beberapa hari.Tidak menghormati Dato Kamil sebagai ayah.


~~~~~~~~~~~~~~

"Hanum,sini kejap dekat Ibu".Panggil Puan Hasnah dari dalam bilik.

"Ye Ibu,kenapa bu ?".Soal Hanum setibanya di bilik tidur Puan Hasnah dan Pak Ahmad.

"Ibu nak bagi ni dekat Hanum..nanti Hanum jaga baik-baik tau".Ucap Puan Hasnah menghulurkan seutas rantai leher Emas kepada anak gadisnya itu.

"Ya allah,terima kasih Ibu..susah-susah je Ibu ni".Ujar Hanum diiringi tangisan.

"Ibu takda apa nak bagi Hanum,lepasni Hanum akan pikul tanggung
jawab macam Ibu pikul.Hanum jadilah isteri yang baik untuk Hadi ye.
Jadi isteri yang banyak bersabar dengan dugaan rumahtangga tau ?".
Nasihat diberi kepada Hanum oleh Ibunya.

Hanum tidak dapat menahan sebak didada lagi,air matanya jatuh ke pipi.Dia amat menyayangi wanita yang dipeluknya itu.Wanita itu ambil dia dan adiknya menjadi anak angkat.Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang.Syukurnya,hanya allah sahaja yang tahu.


~~~~~~~~~~~~~~

Hadi sedang mengemas bag pakaiannya yang akan dibawa pulang lagi beberapa hari.Dia menyiapkan semua persiapannya untuk pulang ke kampung sempena majlis perkahwinannya bermula hari ini.Supaya dia tidak tertinggal barangan yang penting kecuali hatinya pada seseorang.

"Oii,habis tembus dinding jiran sebelah kau termenung".Tegur rakan serumahnya.

"Hish kau ni,terkejut aku lah..sibuk lah...takda apa-apa".Jawab Hadi dengan nada yanh kosong.

"Kau ni betul ke ? nak teruskan majlis ni ? kau jangan main gila Di..
dalam hati kau simpan orang lain..realiti kau kahwin dengan orang lain.
kau ni,suka buat kerja gila lah".Marah rakannya.

"Aku pun tak tahulah,macam mana aku boleh setuju dengan pinangan bapak aku tu.Tapi,semuanya dah terlambat".Jawab Hadi dengan nada yang mendatar.

Dia menerukan sesi mengemas barang-barangnya itu tanpa mahu memikirkan masalah yang dia hadapi.


~~~~~~~~~~~~~~

Tuan Faizal kini berada di rumahnya,dia berada di bilik bacaanya.Dia sedang membaca buku yang bertajuk 'Life For Money'.Sedang asyik dia dengan bukunya itu,seseorang mengetuk pintu dan terjegul lah wajah Marina,pembantu peribadinya.

"Assalammualaikum Tuan,boleh saya masuk ?".Pinta Marina.

"Yes Marina,come in".Jawab Tuan Faizal seraya memberi senyuman kepada Marina.

"Tuan okay ke ? saya dapat berita tergempar dari Mak Biah.Katanya Iman balik dengan muka sembap..mungkin dia menangis..Tuan bagi dia menangis ke ?".Soal Marina ingin tahu.

"Saya belum gila lagi nak dera anak orang sampai menangis,dia sendiri yang menangis sebab tak dapat apa yang dia nak".Ujar Tuan Faizal.

"Nak ? nak apa ?".Soal Marina tidak faham.

"Nak saya lah,nak apa lagi".Jawab Tuan Faiz dengan penuh yakin.

"Tuan lah,jual mahal sangat..alaa Tuan sekarang ni..orang kahwin dah tak kira umur tau..kalau cinta menjadi lah..dah tak kira beza umur jauh ke dekat".Terang Marina kepada majikannya dengan penuh perasaan sehingga berkerut-kerut dahinya.

"Saya ingat Erin je yang buat kerja gila ni,rupanya ada yang lagi gila dari Erin".Ujar Tuan Faizal sambil membuang pandangannya keluar tingkap.

"Erin tu Tuan tak payah layan sangat lah..dia tu gedik je lebih..macam lah cantik sangat..pakai baju pun tak cukup kain".Bidas Marina yang tiba-tiba menyirap dengar nama perempuan itu.

"Satu je lah saya nak bagitau Tuan,kalau Tuan yakin dengan apa yang Tuan nak buat..Tuan teruskan tapi kalau tak...jangan sesekali mainkan hati perasaan orang".Nasihat Marina kepada majikannya dengan penuh lembut.

Tuan Faizal berfikir sejenak dengan penerangan Marina itu.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now