BAB 41

88 6 0
                                    

Tuan Faizal menolong Iman mengemas pakaiannya untuk dibawa pulang ke kampung nanti.Iman wajah sayu.Tuan mengucup dahi isterinya.

"Kenapa monyok je muka ni..macam itik tersepit".Terhambur tawa Tuan Faizal gembira dapat mengenakan isterinya yang comel itu.

"Nanti Iman rindu abang Iman nak buat apa ?".Soal Iman manja.

"Sayang doakan untuk abang je".Ucap Tuan Faizal lembut.

"Abang balik lah kampung sekali ikut kitaorang..Iman tak boleh takda abang".Ucap Iman dengan manja.

"Sayang kena belajar berdikari..lepasni macam mana ?".Soal Tuan Faizal.

"Abang tak sayang Iman eh ?".Soal Iman rajuk.

"Siapa cakap abang tak sayang bidadari abang ni ?".Soal Tuan Faizal.

"Takda sapa cakap..".Balas Iman sayu.

"Sayang kena pandai hidup lepas ni..tak boleh berharap dengan abang je..tahu tak ?".Soal Tuan Faizal lagi.

"Sayang abang..muahh".Ucap Iman gedik.Laju sahaja dia mencium Tuan Faizal.Tuan Faizal terbuai dengan ciuman isterinya.Dia rasa amat bahagia.

"Dah cepat..pergi tidur..nanti esok pagi nak jalan jauh".Ucap Tuan Faizal yang menahan rasa dihati.

"Abang nak manja dengan abang ?".Pinta Iman manja.Tuan Faizal sudah dapat mengagak apa yang dimahukan Iman.

"Last ehh".Ugut Tuan Faizal.Dia membaringkan isterinya.Iman merangkul leher suaminya.Dia memandang wajah tu dengan dalam.Entah mengapa hatinya terusik.Rasa sukar untuk dilepaskan.
Sehingga dia memejamkan matanya.

Iman tertidur di atas dada Tuan Faizal.Tuan Faizal mengusap kepala isterinya dengan penuh kasih.Dia mencium ubun-ubun Iman dengan berhati-hati.Dia menangis melihat wajah itu.Kerana Iman lah dia dapat bertemu kembali dengan keluarganya.Kerana Iman lah dia dapat mengetahui keadaan terkini Ibunya.Dia tertidur dengan airmata rindu.


~~~~~~~~~~~~~~

Puan Hasnah tidak dapat melelapkan mata.Dia berpusing ke arah kiri dan kanan bersilih ganti.Dia rasa resah.Dia bangun dan bersandar di kepala katil.Dia termenung mengenakan konflik 23 tahun yang lepas....

"Abang..jangan pukul dia abang..anak kita tak salah abang".Tahan Hasnah daripada membiarkan suaminya memukul Faizal setengah mati.

"Kau diam..dia dah conteng arang dekat muka aku..biar dia mampus dekat luar sana daripada jadi anak aku".Ujar Ahmad kasar.

"Jangan macam tu bang..buruk baik dia..dia tetap anak kita abang".
Pujuk Hasnah lagi.

"Aku..lebih rela..mengaku yang aku takda anak..daripada aku kena mengaku anak setan ni anak aku".Naik seoktaf suara Ahmad kepada Hasnah.Hasnah hanya mampu menangis melihat anaknya dibantai separuh mati oleh suaminya.

Puan Hasnah menyeka airmatanya.Dia melihat sekeping gambar Faizal.Dia mencium gambar itu dengan lama.Dia berbaring semula dan gambar itu diletakkan di tepi bantal.Dia juga tertidur dengan airmata rindu.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now