BAB 44

79 5 0
                                    

Harini Tuan Faizal tidak ke pejabat kerana tiada kerja yang penting dia perlu selesaikan.Marina sudah mengambil alih tugasnya.Tuan Faizal duduk di beranda sambil melihat pantai yang luas dan tenang itu.

"Tuan nak air ? boleh Mak Biah buatkan".Ujar Mak Biah yang sedang tercegat di sebelah Tuan Faizal.

"Takpa Mak Biah saya tak rasa nak minum".Kata Tuan Faizal mesra.

"Tuan ni banyak termenung sejak Iman takda beberapa harini..Tuan ada masalah ke dengan Iman ?".Soal Mak Biah risau.

"Aah Mak Biah..saya ada masalah dengan Iman..masalah rindu".Ujar Tuan Faizal tenang.Dia asyik terkenangkan buah hatinya itu.

"Tuan Faizal kenapa tak ikut Iman sekali balik kampung".Soal Mak Biah.

"Sebenarnya Iman tu anak angkat ayah saya..saya baru tahu masa ayah saya bertugas dengan saya bulan lepas..tapi ayah saya tak boleh terima saya lagi sebab kisah silam tu..tapi dia nak Iman je ikut dia balik kampung..tu saya lepaskan Iman walau berat hati saya ni Mak Biah..
dengan cara macam tu lah saya nak menagih kasih daripada ayah saya tu".Jawab Tuan Faizal sayu.Mak Biah disebelahnya sudah mengalirkan airmata.

"Takpalah Tuan..Tuan doa lah banyak-banyak..mana lah tahu allah tu lembutkan hati ayah Tuan..orang macam Tuan ni dah kita teraniaya..
doa orang teraniaya ni termakbul tau Tuan..cubalah..insyaallah allah makbulkan".Balas Mak Biah lembut.

"Terima kasih Mak Biah..selama ni Mak Biah banyak beri nasihat pada saya untuk lebih kuat hadapi ujian kehidupan ni..jasa Mak Biah takkan saya lupakan sampai bila-bila".Ucap Tuan Faizal sebak.


~~~~~~~~~~~~~~

Iman yang duduk di pangkin di hadapan rumahnya itu sedang melihat kemesraan Hadi dan Hanum.Dia berasa sebak tiba-tiba mengingatkan kata-kata ayahnya yang tidak mampu menerima Faizal.

"Kenapa ayah keras hati sangat tak boleh terima abang..apalah dosa abang sebagai anak sampai ayah jadi macam tu" Rintih Iman seorang diri.

"Iman nak abang..Iman nak balik..Iman tak boleh duduk dekat sini tanpa abang".Ujar Iman seorang diri.

"Ya allah..kau lembutkanlah hati ayah aku..kau lembuatkanlah hatinya untuk terima semula satu-satunya anak lelakinya dan suami aku ya allah".Doa Iman dalam tangisan.Tiba-tiba ada seseorang menyentuh bahunya.

"Kenapa Iman bersedih ni nak ?".Soal Puan Hasnah yang berada di belakang Iman.Tetapi Iman tetap membuang pandangan pada pasangan bahagia itu.

"Iman rindu abang..Iman nak abang..Iman sayag dia Ibu".Rintih Iman kepada ibunya.

"Kita rindu pada orang yang sama Iman..kita merana kerana orang yang sama Iman..dan kita terpaksa menanggung seksa terhadap orang yang sama juga Iman..kita berdua kena tabah...dan berserah pada Allah".Ujar Puan Hasnah tenang.

Iman pantas memeluk ibunya.Mereka menangis bersama.Adegan itu mencuri tumpuan Hanum dan Hadi.

"Macam mana kita nak tolong ibu dengan Iman abang ?".Soal Hanum kepada suaminya.

"Abang buntu sayang..kita cakap dengan ayah pun dah takda gunanya lagi".Ujar Hadi seperti orang yang berputus asa.

Mereka mengeluh kecil.Mereka tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah keluarga mereka ini.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now