Hari ini,hari pertama Pak Ahmad dan Pakcik Jamil bertugas sebagai pengiring VVIP.Mereka sudah bersiap sedia dengan uniform polis dan segala kelengkapan yang telah disediakan.
"Mil..aku rasa macam dah lama tak bertugas macam ni lah..berdebar pulak rasa".Luah Pak Ahmad kepada Pakcik Jamil.
"Alaa.biasalah tu..benda baru nak mula semula..rasa macam tak pernah buat..nanti dah jalan 2,3 hari okay lah tu..takda apa-apalah".Ucap Pakcik Jamil meredakan rasa gemuruh sahabatnya itu.
"Yelah..dah jom..dorang dah berkumpul dah tu".Ajak Pak Ahmad.
Mereka beriringan kedataran yang akan mengumpulkan kesemua anggota polis yang bakal bertugas dengan VVIP itu.~~~~~~~~~~~~~~
Iman sedang bersiap untuk ke kelas.Dia mengayakan kasual stail sahaja.
"Sayang nak pergi mana ?".Soal Tuan Faizal yang sedang menyikat rambutnya dan nampak Iman dari dalam cermin.
"Nak pergi kelas lah".Jawab Iman selamba.
"Sorry abang lupa nak bagitau..abang dah berhentikan sayang dari UTM tu".Jelas Tuan Faizal dengan riak wajah selamba.
"Haaa..berhenti ? kenapa ? abang tak bincang dengan Iman pun ? suka buat keputusan tanpa berbincang dulu tau".Rajuk Iman.
"Habis..membazir duit abang je biaya sayang punya study tapi sayang tak pergi kelas..buat apa ?".Jawab Tuan Faizal penuh yakin.
"Yelah..habis Iman nak buat apa duduk kat rumah..abang bukan duduk rumah pun".Jelas Iman lagi.
"Nanti abang belikan sayang game..atau kita jelah yang buat game tu".Ucap Tuan Faizal nakal.
"Abang takyah pergi kerja boleh ?".Pinta Iman.
"Harini abang kena pergi..tapi abang janji balik awal..okay sayang".Ujar Tuan Faizal memujuk.
"Okay abang..nak cium ?".Pinta Iman mengada.Laju sahaja Tuan Faizal menghalakan bibirnya pada Iman dan ditaut oleh Iman penuh nafsu.
"Dah sayang..abang penat".Ujar Tuan Faizal sambil mengesat bibirnya yang terkena gincu Iman.Iman tersenyum nakal.
~~~~~~~~~~~~~~
"Baik..sekejap lagi Tuan turun semua bagi tanda hormat..faham".Arah seorang anggota polis yang mengetuai mereka.Mereka kini berada di ruang makan yang luas seperti sebuah bilik dan Tuan Faizal juga bakal bersantapan pagi bersama isterinya.
Selepas beberapa minit Tuan Faizal dan Iman memasuki ruang bilik makan tersebut.Seorang anggota polis datang ke arah Tuan Faizal dan memberi tanda hormat."Selamat Pagi Tuan..pagi ini kami pihak anggota akan melaksanakan tugas mengetuai Tuan..Tuan".Tanda hormat diberi sekali lagi."Baik".Jawab Tuan Faizal ringkas.Anggota yang lain terjenguk-jenguk ingin melihat Tuan Faizal dan isterinya.Termasuklah Pak Ahmad dan Pakcik Jamil.
Airmata Tuan Faizal hampir gugur.Apabila dia melihat seorang lelaki yang sudah 23 tahun tidak dilihatnya berdiri tegak sebagai anggota yang bakal megiringinya."Allahuakhbar".Ucap Tuan Faizal perlahan kerana terkejut.Jantungnya berdegup laju.Dia sedang berperang dengan hatinya sendiri.Dia takut kejadian 23 tahun yang lalu berulang kembali.
Iman membutangkan matanya,apabila melihat ayahnya sedang berdiri tegak bersama anggota lain.Dia ingin menangis,dia amat merindui lelaki itu dan berasa takut pada lelaki itu juga.Dia rasa tidak kuat.
"Silakan Tuan..Tuan nak apa-apa ke ?".Soal seorang anggota kepada Tuan Faizal.
"Takpa..saya boleh buat sendiri".Terang Tuan Faizal.Hatinya sudah jadi tidak tenang.Tiba-tiba Iman menyentuh tangannya.
"Abang....ayah".Beritahu Iman dengan nada berbisik.Tuan Faizal terkejut.Iman adalah anak angkat kepada ayahnya.Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dia lakukan.
"Takpa..nanti kita cakap dengan ayah okay".Ucap Tuan Faizal cuba menenangkan Iman tapi hatinya sendiri tidak tenang.Dia curi-curi
memandang ayahnya.Tapi ayahnya mengalihkan pandangan.Dia rasa bersalah.Dia cuba untuk menghabiskan makanan di dalam pinggannya tetapi tidak mampu kerana seleranya sudah mati.Tuan Faizal bangun meninggalkan Iman yang sedang makan.Dia menuju ke bilik bacaanya.Dia termenung di dalam bilik tersebut.Dia rasa gusar tentang apa yang bakal berlaku padanya dan Iman nanti jika ayahnya tahu tentang statusnya dan Iman.
"Ya allah..aku runsing ya allah..kau permudahkanlah urusan aku ya allah..kau bukakanlah pintu jalan untuk aku menyelesaikan masalah ini ya allah".Doa Tuan Faizal di dalam hati.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...