Iman sedang duduk di atas katil sambil makan makanan ringan yang dibekalkan dari Malaysia.Tuan Faizal memerhatikan sahaja isterinya yang buat dirinya seperti tidak wujud.Dia mendekati Iman yang berada di atas katil.Dia memaut bahu Iman dan merapatkan ke dadanya.
"Abang ni dah kenapa ? kan Iman tengah makan".Jelas Iman yang pelik dengan kelakuan suaminya itu.
"Sayang dah lupa cabaran sayang siang tadi ?".Soal Tuan Faizal sinis.
"Cabaran ? cabaran apa ?".Soal Iman yang sudah terlupa dengan kata-katanya.
"Abang ni ngarut lah".Bidas Iman lagi.Tiba-tiba sahaja dia berhenti makan makanan yang berada di tangan dia tersebut.Dia teringat kata-katanya yang ingin melihat kekuatan suaminya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.Iman menekup mulutnya dan dia memandang Tuan Faizal yang sudah memberi pandangan mahu menelan sahaja dirinya.
"Alaa..abang janganlah amik serius dengan apa yang Iman cakap tu".Pinta Iman dengan penuh manja.Sebenarnya dia sudah gerun berada di sebelah suaminya.Rasa mahu lari tinggalkan Tuan Faizal.
"Sayang yang cakap nak tengok kehebatan abang kan ? so jom lah..abang tunjuk".Jawab Tuan Faizal nakal.
"Abang ni...tak baik buat budak macam Iman ni tau".Rayu Iman manja.
"Masa kahwin dengan abang ada fikir ke sayang ni budak ke tak ?".Soal Tuan Faizal selamba.
"Tak sempat nak fikir".Jawab Iman sambil tersengih.
ktuk !.Satu ketukan hebat hinggap di kepala Iman.Iman menggosok kepalanya yang diketuk oleh Tuan Faizal.Dia mengaduh sakit.Tuan Faizal hanya memberi jelingan maut saja.
"Lain kali jangan minta abang pergi holiday or honeymoon lagi".Jelas Tuan Faizal merajuk.
"Alaaa..abang merajuk ke ?".Soal Iman ingin pujuk suaminya.
"Kalau tak mampu nak layan abang..jangan bagi harapan lain kali".
Jelas Tuan Faizal dengan tegas.Iman Khalida terasa dengan kata-kata
suaminya.Segera dia memujuk Tuan Faizal yang sudah tutup mata untuk tidur."Abang Iman minta maaf..abang jom lah kita buat anak".Ajak Iman lurus.Terhambur tawa Tuan Faizal mendengar ajakan isterinya.
"Abang tahu lah sayang nak pujuk abang..tapi tak payah lah direct macam tu".Jelas Tuan Faizal yang masih dalam tawanya.
"Eleehhhh..abang tu tadi boleh pulak cakap direct ?".Soal Iman kepada Tuan Faizal tidak puas hati.
Tuan Faizal hanya mampu tersenyum melihat wanita yang manja di hadapannya itu.
~~~~~~~~~~~~~~
Erin kini berada di rumah mamanya.Dia berasa runsing memikirkan bagaimana hendak mendapatkan Tuan Faizal.
"Ma..I love him..how I want to get him ?".Soal Erin tidak berdaya.
"Erin..mama berapa kali nak beritahu Erin..kalau kita tak dapat dengan cara kasar..kita perlu guna cara halus".Beritahu mamanya dengan satu seyuman yang cukup jahat.
"How ?".Soal Erin ingin tahu.Mereka hanya tersenyum sahaja.Erin ada rancangan yang tidak baik untuk Tuan Faizal.
~~~~~~~~~~~~~~
Iman sudah lena dibuai mimpi.Tuan Faizal yang tersedar dari tidurnya melihat jam menunjukkan tepat pukul 12 malam.Dia rasa bahagia kerana Iman sudi melayan dirinya malam ini.Dia mengambil tuala dan melilitkan di pinggangnya lalu bangun ke beranda luar.Dia menghirup udara malam yang sejuk di London itu.
Dia masuk kembali kedalam dan duduk di sisi Iman yang sedang tidur lena.
"Abang minta maaf..kalau perkahwinan kita tak sempurna macam yang sayang impikan..abang akan sentiasa ada untuk sayang..abang sayangkan isteri abang sangat-sangat.Abang hanya ada sayang dalam hidup sayang.Ayah abang buang abang masa umur abang 17 tahun sayang..abang pergi dari hidup keluarga abang dengan sehelai sepinggang.Abang takda sesiapa..sampai lah abang jumpa dengan sesorang yang sudi jadikan abang sebahagian keluarga dia.Abang nak jumpa ibu abang tapi abang takut.Abang takut ayah abang halau abang lagi.Maafkan abang sayang..I love you so much..kata-kata ni boleh diungkap oleh sesiapa..tapi abang nak buktikan cinta abang pada sayang dengan apa yang abang usaha untuk kebahagiaan kita sayang".
Tuan Faizal menitiskan airmatanya.Dia terasa rindu pada Wali keramatnya.Tapi dia risau jika ayahnya tidak menerima kepulangannya.Dia mengucup dahi Iman dan memeluk Iman dengan erat.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...