Tuan Faizal sedang bersiap untuk pergi kerja.Sedang dia bersiap ada panggilan yang diterimanya.Dia tersenyum bahagia melihat nama si pemanggil 'Honey'.Segera dia mengangkat panggilan tersebut.
"Assalammualaikum sayang".Jawab Tuan Faizal dengan nada ceria.
"Waalaikummusalam abang".Iman menjawab dengan nada sedih.
"Eh..kenapa sayang ? ada sesiapa yang buat sayang ke ?".Soal Tuan Faizal yang sudah tidak keruan.
"Takda..Iman rindu abang je".Ucap Iman yang sudah pun menghamburkan tangisannya dalam talian.
"Laahhh..abang ingat kenapa tadi..ni dah dengar suara abang..okay tak ?".Soal Tuan Faizal bergurau.
"Tetap tak okay..Iman dah benci duduk dekat kampung ni..Iman nak balik".Ujar Iman marah.
"Sayang..kenapa cakap macam tu..tak baiklah".Ujar Tuan Faizal lembut.
"Iman tak suka dengan perangai ayah tu..tak habis-habis nak sakitkan hati ibu..lepastu asyik nak salahkan abang je".Luah Iman marah.
"Hahaha..sayang lupa ehh yang tu ayah abang ?".Soal Tuan Faizal sambil tertawa.
"Elehhh..dia bukan mengaku abang anak dia pun".Ujar Iman selamba.
"Biarlah dia tak mengaku abang anak sekali pun..tapi dia tetap ayah kita..buruk baik dia..dia yang besarkan kita sayang..abang pergi dari rumah tu..sayang dengan Hanum lah pengganti penyeri dalam rumah tu..sayang sebagai isteri abang dan anak ayah..perlu doakan untuk kami je..selebihnya biar allah yang tentukan".Jawab Tuan Faizal tenang .
"Tulah masalah abang ni..terlalu baik sangat sampai orang pijak kepala abang".Ujar Iman membebel.
"Orang tu bukan orang lain pun..ayah kita jugak".Ujar Tuan Faizal selamba".
"Dah lah..malas nak cakap dengan abang..dah kena buang pun relaks lagi..Iman ada keje nak tolong Ibu".Ujar Iman.
"Hahahah..ehh sayang kejap abang nak minta something boleh ?".Soal Tuan Faizal.
"Haa..nak minta apa ? kalau nak yang bukan-bukan tak boleh ni...jauh".
Ujar Iman nakal."Bukanlah...abang nak minta sayang call abang balik nanti...tapi.......
abang nak cakap dengan Ibu..abang rindu nak dengar suara dia".Luah Tuan Faizal.Menitis airmata isterinya."Insyaallah abang..ada masa lapang...Iman call abang bagi cakap dengan ibu eh ?".Ujar Iman.
"Okay bye abang..I love you".Ucap Iman seperti orang gembira sedangkan hatinya terusik dengan permintaan suaminya.
"Okay sayang..I love you too".Ucap Tuan Faizal kembali.
~~~~~~~~~~~~~~
Iman yang telah tiba di dapur itu,ditegur kakaknya Hanum.
"Kau ni asyik hilang je dik..pergi mana ?".Soal Hanum geram.
"Pergi bertenggek dengan buah hati lah".Jawab Iman selamba.
"Ishhh..macam dia sorang ada laki".Membebel Hanum.
"Ehh..laki Iman tu pujaan dinda tau..ramai dinda dalam Malaysia ni nak kanda macam tu tapi dinda ni jugak yang dapat".Ujar Iman berlagak.
"Ye lah tu..mesti laki kau pening nak layan gila kau tu kan ?".Soal Hanum menyakat Iman.
"Ehh tak..dia pening nak layan perangai Iman je".Ujar Iman sindir.
"Gila punya budak".Sindir Hanum.
Mereka tertawa bersama.Sudah lama mereka tidak bergurau sebegini semenjak masing-masing dah kahwin.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...