Puan Hasnah sedang mengemas bilik belakang yang terletak di sebelah pintu dapur rumahnya.Dia mengemas kerana bilik itu sudah penuh dengan habuk.Sedang dia mengemas,ada suatu barang yang terjatuh ke lantai dan termasuk ke bawah katil.Puan Hasnah terpaksa tunduk dan mengambil barang itu.Dia dapat mencapai dan tarik keluar dari bawah katil itu.Tersentap jantungnya,apabila melihat sebuah jam tangan kanak-kanak yang sudah lama tidak dilihatnya masih berada di rumah itu.Gugur Air mata seorang ibu,dia amat merindui dengan seseorang tetapi hati wanitanya diseksa oleh suaminya yang ego.
"Pejal...pejal kat mana sekarang ni nak ? Ibu rindu pejal...balik lah nak....
ibu terseksa ni nak..pejal tak kesian kat ibu ke ?".Seru Puan Hasnah diiringi tangisan yang lebat.Hati ibu mana yang tidak terseksa jika anaknya dihalau dengan penuh rasa benci kerana sebuah ego.Kasih Ibu ibarat permata,kasih ayah seperti akar.
~~~~~~~~~~~~~~
Amira sedang menyiapkan tesis yang bakal dihantar kepada lecturer
nya tengahari nanti.Sedang dia menyiapkan tugasnya itu.Dia dipeluk oleh seseorang dari belakang."Mira,kau ni rajin betul ehh buat bende ni ?".Soal Iman menyakat.
"Kau pernah tertelan pen tak ? kau nak try apa rasa tertelan pen..kau boleh lah cakap..kerja kau bukan kau yang buat pun..ada orang yang buatkan..tahu-tahu siap je".Balas Amira kepada Iman dengan nada menyampah.
"Alaa,aku kan ramai peminat...so ramai lah nak tolong buatkan".Jawab Iman berlagak.
"Sanalah menyebok je".Ujar Amira menepis tangan Iman.Iman masih mencuit-cuit pinggang Amira.
"Haa,apa cerita dengan Tuan kesayangan kau tu ?".Soal Amira tiba-tiba.
"Kenapa ? okay je..sihat je...aku tengok dia belum nak mati lagi pun..tapi ajal maut siapa yang tahu kan ?".Jawab Iman selamba.
"Aku tak tanya kau bila dia nak arwah ? aku tanya dia dah okay ke belum dengan kau ? semalam muka kau tu macam orang mati laki tahu tak ?".Balas Amira dengan geran dengan suara yang menekan.
"Ohhh,okay je..tapi semalam dia buat aku tak boleh tido malam weiii..
dia panggil aku sayang".Terjerit Iman teruja menceritakan kepada Amira yang Tuan Faizal memanggil dia 'Sayang'."Panggil je kan ? dia tak peluk kau..tak cium kau pun kan ? tak payah over please".Amira bercakap sambil mengangkat tangannya tanda berhenti.
"Elehhh,jealous lah tu takda orang nak panggil kau sayang..ada pakwe pun panggil 'Mira'....'Mira'...".Ejek Iman.
~~~~~~~~~~~~~~
Marina kini berada di dalam bilik pejabat Tuan Faizal.Dia ingin menyampaikan laporannya kepada Tuan Faizal.
"Marina terima kasih sebab ajar saya pujuk Iman".Ucap Tuan Faizal dengan senyuman.
"Ohh,okay je untuk Iman..tapi untuk orang lain pandai-pandailah Tuan nak adjust okay ?".Jawab Marina selamba."Kenapa kalau Iman ? awak suka dia ke ?".Soal Tuan Faizal ingin tahu.
"Iman tu baik,manja..sesuai sangat dengan Tuan".Ucap Marina selamba lagi.
"Eheh,saya tak cakap apa-apa pun..awak pulak yang memandai".Ujar Tuan Faizal.
"Hihihi".Ketawa Marina.
"Oh ye sebelum saya terlupa.Haritu Tuan ada suruh saya cari maklumat tentang Iman kan ?".Jawab Marina.
"Aah,dah jumpa maklumat lengkap pasal dia ?".Soal Tuan Faizal ingin tahu.
"Dah".Jawab Marina.
"Haa apa maklumat dia yang awak jumpa ?".Soal Tuan Faizal lagi.
"Okay,Iman Khalida Binti Zain...dia anak yatim piatu...dan ada seorang kakak..Hanum Binti Zain...tetapi mereka di jaga oleh keluarga angkat di Kampung Bekalan Batu Muar".Beritahu Marina dengan jelas.
Terkejut Tuan Faizal mendengar nama kampung tersebut.Dia rasa sekarang ini tidak mampu berkata-kata.Dia harus mengumpul semua kekuatan miliknya yang hilang tiba-tiba.
"Marina...s....siapa penjaga mereka ?".Soal Tuan Faizal ingin tahu lagi.
"Ohh yang tu saya tak dapat kesan..Tuan tanyalah Iman sendiri ?".
Jawab Marina."Okay takpa,awak boleh keluar..terima kasih".Arah Tuan Faizal.
Dia terpinga-pinga dengan penyataan Marina tadi.Sudah 23 tahun dia tidak mendengar nama Kampung itu.Tiba-tiba satu perasaan hiba hinggap di hatinya,dan membuatkan dia mengalirkan tangisan.Cukup menyayat hati selepas mendengar nama kampung itu.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...