Iman sedang mengemas bag pakaian yang akan dibawanya untuk berbulan madu nanti.
"Sayang dah siap kemas ?".Soal Tuan Faizal yang baru keluar dari bilik air dengan berikatkan tuala dipinggang.
"Tengah kemas ni abang".Jawab Iman sambil mata jahatnya memandang Tuan Faizal yang hanya bertuala itu.
"Kenapa tengok abang macamtu ?".Soal Tuan Faizal pelik.
"Takda apa".Jawab Iman yang ingin menutup kesangsian Tuan Faizal.
"Hihihi.....sayang tergoda dengan abang eh ?".Soal Tuan Faizal nakal.
"Alaaa..dari belum kahwin memang dah tergoda".Jawab Iman bersahaja.
Tuan tanpa banyak cakap lagi,terus mendapatkan Iman yang sedang mengemas itu.Dia menarik Iman supaya berdiri sama dengannya.Dia bermainkan bibir isterinya,dia cuba untuk mencium namun dihalang oleh Iman.
"Nanti boleh tak abang ? Iman nak kemas bag dulu".Pinta Iman takut-takut.
"Hmm..takut cakap je lah takut".Balas Tuan Faizal sambil berlalu ke bilik pakaiannya.
Iman tersenyum sambil melihat Tuan Faizal yang berlalu pergi itu.Dia tidak sangka dapat menjadi isteri kepada lelaki pujaan wanita di dalam negara ini.
~~~~~~~~~~~~~~
Hanum yang sedang ralit melihat telefonnya,tiba-tiba ada yang memberi salam di luar rumahnya.Dia terus mencapai tudungnya dan dipakai.Dia melihat siapa gerangan yang memberi salam.Alangkah terkejutnya Hanum ayahnya kini berada di luar rumahnya.
"Ayah...mari masuk ayah".Ajak Hanum yang gembira dan ingin menangis melihat ayahnya berada di rumahnya.
"Apa khabar kamu,sihat ?".Soal Pak Ahmad mesra.
"Sihat alhamdulillah ayah..ayah dah mula bertugas ke ?".Soal Hanum.
"Belum lagi..katanya lagi dua minggu sebab VVIP tu baru berkahwin jadi dia akan berbulan madu dulu..lepas di pulang barulah ayah mula bertugas dengannya".Beritahu Pak Ahmad.
"Ohh..habis ayah datang Johor ni tinggal dekat mana ?".Soal Hanum yang agak risau.
"Ayah disediakan tempat tinggal...dekat kuarters..kamu jangan lah risau".Jawab Pak Ahmad.
"Ha,Hanum ni ayah nak tanya..adik kamu Iman ada datang rumah kamu ?".Soal Pak Ahmad.
"Ada ayah..beberapa minggu lepas..dia datang dengan suami dia..
katanya..suami dia tu orang berpengaruh ayah".Beritahu Hanum."Tak kisah lah berpengaruh ke tak..tapi ayah nak tahu kenapa dia kahwin macam orang terdesak ?".Soal Pak Ahmad.
"Sebab anak ayah tu gatal".Jawab Hanum sambil tertawa.
"Hish kamu ni..ayah tanya bebetul dia jawab main-main pulak ?".Marah Pak Ahmad manja.
"Betul lah ayah..dia lah yang ajak suami dia kahwin..sampai merajuk bagai..ngada-ngada je lebih..tapi ayah..suami dia tu dah tua..umur dah 40 dah ayah".Jelas Hanum.
"Kenapa ? dah takda lelaki muda lagi ke dalam Malaysia ni ? kalau dia cari sebaya ayah kan bagus boleh juga jadi kawan ayah".Gurau Pak Ahmad.
"Hahaha..dia tu memang pelik sikit..Hanum pun tak faham dengan perangai dia..".Jelas Hanum.
Mereka berdua tertawa apabila bercerita tentang perangai Iman.
~~~~~~~~~~~~~~
Iman sedang duduk di hadapan Tuan Faizal di beranda bilik tidurnya.
Mereka sedang menikmati juadah kuih muih yang disediakan oleh Mak Biah untuk minum petang.Iman tersengih-sengih melihat suaminya yang sedang asyik bermain game itu.Tetapi pandangannya itu terhenti apabila suaminya sendiri dapat menghidu apa yang sedang dilakukan oleh isterinya yang manja itu."Apa tengok-tengok".Jerkah Tuan Faizal.
"Elehhh..perasan kita tengok dia..bukan handsome pun ?".Ejek Iman.
"Hmm yelah..nanti malam nak tido cari abang jugak pastu tiba-tiba puji abang..cakap handsome lah...baik lah..macam-macam lah".Ejek Tuan Faizal pula.
"Tu nak tido lain lah".Balas Iman bersahaja.
"Abang ni asyik main game je..macam orang muda pulak..sedar lah skit awak tu dah tua".Selamba Iman.
"Dah sayang yang taknak main dengan abang..abang main game je lah".Balas Tuan Faizal sambil mengeyitkan mata kepada isterinya.
Terlopong mulut Iman mendengar penjelasan suaminya itu."Hishh..abang ni memang suka cakap kotor ehh ?".Soal Iman tidak puas hati.
"Dengan siapa yang tengah abang bercakap ni ?".Soal Tuan Faizal.
"Abang tahu kan Iman budak lagi".Jelas Iman.
"Kalau dah tahu diri tu budak lagi..kenapa gatal nak kahwin lelaki yang tua dan matang macam abang ni ?".Bidas Tuan Faizal lalu menggelakkan Iman.Iman membuat muncung yang sedepa.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...