Tuan Faizal sedang duduk di tikar sejadah.Dia mengelamun memikirkan kejadian siang tadi.Dia amat rasa terkejut dengan kejadian siang tadi.Dia meraup wajahnya.Dia berdoa kepada allah.
"Ya allah ya tuhanku,sesungguhnya aku hamba yang hina ya allah..aku anak yang durhaka ya allah..aku jahil ya allah..aku bukanlah suami yang terbaik buat bidadariku ya allah.Aku berharap kepadamu ya allah supaya engkau membimbing hatiku untuk terus kuat".Tuan Faizal menangis teresak-esak.
"Abang..kenapa abang menangis ?".Soal Iman yang baru sahaja masuk ke ruangan kecil untuk solat di dalam rumah agam itu.
"Takda apa sayang..sayang dah jumpa.....ayah ?".Soal Tuan Faizal sambil mengusap kepala Iman.Dia amat berat ingin menyebut perkataan ayah itu.
"Belum...Iman takut..takut ayah tak boleh terima abang...tadi tengok muka ayah pun...ayah macam tak suka je".Terang Iman.Tuan Faizal agak terasa dengan penyataan Iman tentang ayahnya tidak boleh terima dirinya.Iman bagai dapat rasa.
"Taklah sayang..ayah belum kenal abang lagi kan..tu yang dia semacam tu..nanti dah kenal boleh abang jadi geng ayah".Jelas Tuan Faizal menipu Iman.Dia tidak mahu isterinya tahu tentang kisah silamnya.Dia belum bersedia menghadapi liku-liku kehidupan bersama orang yang dicintai kerana dia hanya ingin bahagiakan Iman.
"Yelah..tapi abang janji nanti cakap dekat ayah pasal kita ?".Soal Iman.
"Ye sayang..abang janji".Jelas Tuan Faizal sambil mengangkat tangannya seperti orang bersumpah.
"Abang nak manja ngan abang".Pinta Iman mengada.Hati Tuan Faizal terusik dengan permintaan Iman itu.Dia berasa sayu.
"Tak takut ayah ?".Soal Tuan Faizal menyakat isterinya.
"Tak..takut allah ngan abang je".Jawab Iman berani.Satu kucupan hangat hinggap di dahi Iman.Iman terbuai dengan perilaku Tuan Faizal.
Tuan Faizal mengangkat Iman dan bawa ke katil mereka.Dia merebah
kan Iman perlahan-lahan di atas katil."Izinkan abang sayang".Pinta Tuan Faizal dengan penuh romantis.
"Iman nak rasa lebih lagi dengan abang malam ni".Ujar Iman yang terus mencium leher jinjang suaminya.Tuan Faizal terbuai.Dia agak kekok kerana selalu dia memulakan adegan romantis ini.Tetapi kali ini Iman mengambil tugasannya.Dia memejamkan mata.Tidak mampu berkata-kata.Mereka melayari bahtera asmara pada malam Jumaat.
~~~~~~~~~~~
Puan Hasnah sedang menonton TV.Tiba-tiba dia ditegur Hanum.
"Ibu..Ibu ingat tak..Ibu pernah janji dengan Hanum nak cerita pasal anak Ibu tu".Jelas Hanum.
"Haa kenapa ?".Soal Puan Hasnah berlagak kuat.Sedangkan dia sudah tidak mampu kuat lagi.
"Ayah kan takda Ibu ceritalah kenapa ayah buang dia ?".Soal Hanum ingin tahu.Dia duduk sebelah Hadi dan sambil memegang tangan suaminya.
"Ayah buang dia sebab ada orang fitnah dia merogol..sedangkan dia tak buat..ayah polis masa tu..dia jenis panas baran..memang taknak tanya lagi betul ke tidak..dia dah tak izinkan Faizal balik rumah ni lagi".
Menangis Puan Hasnah menceritakan kisah Faizal kepada Hanum dan Hadi."Faizal ? Faizal Imran ke ?".Soal Hanum ingin kepastian.
"Macam mana Hanum boleh tahu nama penuh dia ?".Soal Puan Hasnah terkejut Hanum menyebut nama penuh Faizal.
"Ibu ada gambar dia ?".Soal Hanum.
"Ada..kejap".Beritahu Puan Hasnah.Selepas beberapa minit Puan Hasnah keluar dengan sekeping gambar.Dia menghulurkan kepada Hanum dan Hadi.
"Ya allah !".Ucap Hanum terkejut.
"Ibu ni suami Iman".Ujar Hadi terkejut.
"Iman kahwin dengan Faizal ?".Soal Puan Hasnah yang ingin gugur jantungnya.Menangis Puan Hasnah.Dia bakal bertemu dengan pengerang jantung hatinya.Hanum dan Hadi menenangkan Hadi.
Sungguh dia tak kuat untuk menghadapi hari-hari seterusnya.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...