BAB 7

79 6 0
                                    

Pada Pagi yang indah ini,di kampung halaman yang damai bersaksikan sawah padi yang luas terbentang dan burung-burung berkicauan.Suatu
Majlis telah berlangsung di rumah Inspektor Ahmad.

"Aku terimah nikahnya Hanum Bin Zain dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai...".Dengan sekali lafaz Hadi sah menjadi suami kepada Hanum.Orang-orang kampung yang menjadi saksi melaungkan syukur
kepada Allah.

Hadi perlahan-lahan bangun dari duduknya dan pergi ke arah Hanum untuk majlis batal air sembahyang.Dia melutut di hadapan Hanum,dia mengambil cincin yang telah dihulurkan oleh Ibunya Puan Zaleha.
Dia menyarungkan cincin ke jari manis Hanum.Hanum membalas dengan mencium tangan Hadi yang kini telah bergelar suami buatnya.

"Terima kasih sayang".Ucap Hadi yang agak berbisik di telinga Hanum.

"Ehem..ehem..jangan lupa ye ada budak tak cukup umur dekat sini".
Gurau Iman tiba-tiba mencelah.

Hanum dan Hadi tertawa dengan gurau Iman itu.Tapi ada sesuatu,yang terbuku didalam hati Hadi.Dia rasa berat hati untuk pandang wajah Iman.Dia betul-betul pendam perasaan kepada gadis itu.

Hanum bangun dari duduk dan bersalaman dengan Puan Hasnah dengan penuh rasa hiba di dada.Dia mengucup kedua buah pipi Puan Hasnah dengan penuh kasih.Puan Hasnah megambil tangan Hadi dan Hanum disatukan dan berkata dengan penuh rasa sebak.

"Hadi,Ibu jaga Hanum dari kecik sampai lah besar..Ibu sayang Hanum macam anak Ibu..Ibu harap Hadi pun boleh jaga dan jadi suami yang baik buat Hanum ye nak".Ucap Puan Hasnah diiringi dengan tangisan.

Hanum terus memeluk ibunya kerana dia juga tidak dapat menahan sebak.


~~~~~~~~~~~~~~

Pada pagi yang Indah ini,Tuan Faizal membuat keputusan untuk berehat di rumah agamnya sahaja.Dia sedang duduk di beranda yang menghadapkan pandangan ke pantai yang indah di rumahnya.

"Assalammualaikum Tuan Faizal".Salam diberi.Tuan Faizal amat mengenali suara tersebut.

"Waalaikummusalam,eh Erin..awak buat apa dekat sini ?".Soal Tuan Faizal yang agak malu untuk memandang Erin kerana pemakaian gadis itu.

"Awak buat apa datang sini Erin ?".Soal Tuan Faizal yang membuang pandangannya ke pantai.

"Tuan kata,kalau takda urusan penting tak boleh jumpa dekat pejabat....
jadi saya datang lah rumah Tuan..boleh kan ?".Tanya Erin.

"Hmmm,yelah...salah saya jugak..so ?..ada apa yang awak nak jumpa saya ni ?".Soal Tuan Faizal yang agak mesra.

"Saya ingat nak ajak Tuan lunch esok..saja je..kita dah lama tak spend time kan..dulu senang lah sebab papa banyak urusan dengan Tuan..
now papa pun dah busy dengan kerja dia..so dah susah kita nak jumpa".

"Okay lah,tapi for today awak lunch dekat rumah saya je okay ?".Jawab Tuan Faizal sambil menghadiahkan senyuman yang manis kepada Erin.

"Okay Sir".Jawab Erin ringkas tapi mengoda.

Erin sudah berjaya dengan rancangannya untuk perangkap Tuan Faizal.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now