Iman kini berada di johor bahru.Dia telah membuat keputusan selepas habis waktu kelas dia ingin terus ke F.I.Empire untuk bertemu dengan buah hatinya.
"Iman jom lunch".Ajak Amira yang datang dari arah dewan kuliah itu.
"Alaa,tak boleh lah...esok ehh..aku ada date ni".Jelas Iman.
"Date ? dengan siapa ?....kau jangan terlalu taruh harapan Iman..aku tak nafikan keberanian kau tapi jangan kau menyesal atau kau patah hati sudah lah..satu je aku nak nasihatkan...kita manusia jangan terlalu bergantung dengan manusia".Nasihat Amira dengan penuh hiba.Dia sayangkan sahabatnya itu.
"Kau janganlah risau..aku okay..aku tahu nak kawal hati aku ni..aku kan kuat..".Ucap Iman dengan nada acuh tidak acuh.
"Okaylah..aku pergi dulu okay..nanti esok kita pulak date".Ucap Iman dan terus beredar dari situ.
~~~~~~~~~~~~~~
"Lahh,awak ni susah-susah je Erin.Saya ingat lunch dekat luar je".Ujar Tuan Faizal yang sedang memerhatikan gadis didepannya menghidang bekalan buat mereka berdua.
"Alaa,mana ada susah ? bukan selalu tau nak lunch dengan Tuan ni..so bila dapat peluang keemasan ni..jangan lah kita lepas".Jawab Erin diiringi satu jelingan mengoda.
"Mesti sedap kan awak masak Erin ?".Soal Tuan Faizal ramah.
"Saya masak takda lah sedap mana,tapi untuk Tuan...insyaallah cukup rasa".Balas Erin dengan nada gedik.
Sedang Tuan Faizal menikmati makanan yang dibekalkan oleh Erin.
Pintu pejabatnya diketuk lalu dibuka oleh Marina."Tuan,lepas lunch,Tuan ada meeting dengan Pengarah Pendidikan Johor".Jelas Marina sambil membalas jelingan kepada Erin yang agak tidak puas hati dengan kehadirannya tiba-tiba itu.
"Ohh,tak boleh postpone ke Marina ?".Soal Tuan Faizal.
"TAK".Jawab Marina dengan tegas.
"Okaylah,lepas lunch saya pergi..nanti suruh Azmi siapkan kereta ya".
Arah Tuan Faizal.Marina hanya senyum dan keluar dari bilik itu.Tuan Faizal dan Erin menyambung semula santapan mereka yang tergendala.
~~~~~~~~~~~~~~
"Assalammualaikum abang,tengah buat apa tu ?".Soal Hanum yang membuat panggilan pada suaminya.
"Waalaikummusalam sayang,abang dah makan dah tadi..sayang dah makan ke ?".Soal Hadi kembali.
"Dah,malam ni abang nak makan apa ? Hanum nak masak untuk abang".Soal Hanum yang ingin tahu.
"Wahh,isteri abang nak masak lah...malam ni abang nak makan asam pedas ikan pari..boleh ?".Tanya Hadi dengan teruja.
"Boleh abang...".Jawab Hanum dengan meleret.
"Sayang masak sedap-sedap tau..abang nak makan puas-puas..kalau tak puas abang makan sayang ?".Jawab Hadi dengan nada mengoda.
"Ish,suka lah kacau orang macam ni tau".Ucap Hanum yang malu dengan penjelasan Hadi itu.
"Okay lah sayang abang nak off call ni,nanti abang call lagi".Jawab Hadi.
"Okay abang..bye...Iloveyou".Balas Hanum mengoda.
~~~~~~~~~~~~~~
Sedang Tuan Faizal asyik menghayati makanannya bersama Erin.Pintu bilik pejabatnya diterjah tiba-tiba oleh seseorang.
"Tuannn....".Panggil Iman dan dia agak terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak dikenalinya.
"Eh,Iman..awak buat apa kat sini ?".Soal Tuan Faizal seperti tidak mengerti.
"Ahhhh....Tuan kata nak lunch dengan saya".Soal Iman yang suaranya mula mendatar kerana menahan sesuatu didalam hati.
"Who are you ?".Soal Erin berlagak kepada Iman.
"Erin,she my student..so dia datang nak hantar lunch je..it's okay nanti saya cakap dengan Marina".Bidas Tuan Faizal yang cuba menyebelahi Erin.
"Iman awak keluar dulu boleh ?".Soal Tuan Faizal lembut.
Iman hanya mengangguk dan beredar dari bilik itu.Dia rasa hatinya kini sudah remuk.Iman berjalan ke meja Marina dengan lemah.
"Akak,nah...ambil lah...Iman tak jadi nak makan".Jelas Iman.
"Ehhh,ni kan Iman nak makan dengan Tuan kenapa Iman bagi akak ?".
Soal Marina seperti tidak tahu."Takpa lah,kan dah ada yang teman makan dekat dalam tu..mungkin teman hidup sekali".Jawab Iman sebak didada tidak dapat ditampung lagi.
Kini dia rasa hatinya baru lepas berlanggar dengan sesuatu.Remuk seribu !.Apa yang ditanggungnya atau dirasanya hanya allah saja yang tahu.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...