Iman hari ini ke Universiti,buat pertama kalinya selepas dia berkahwin.
Dia sedang berjalan menuju ke kelas,tiba-tiba ada suara yang memanggilnya dari belakang."Iman".Panggil seseorang.
"Abang..ada apa panggil Iman ni ?".Soal Iman kepada Hadi.
"Kenapa semalam tak datang ?".Soal Hadi mesra.
"Kenapa abang nak tahu ?".Soal Iman pelik.
"Takda lah patutnya semalam kan Iman kena buat pembentangan tapi dah Iman tak datang..abang bagi dekat orang lain".Jawab Hadi lembut.
"Ohh,Iman lupa lah...tapi takpa kan ?".Soal Iman.
"Takpa nanti abang potong markah je".Jawab Hadi mengenakan Iman.
"Ishh,sama je".Jawab Iman membuat muka cemberutnya.
"Akak sihat ?".Soal Iman tentang Hanum.
"Alhamdulillah dia sihat je..Iman taknak datang rumah abang ke ? boleh jumpa kak Hanum".Soal Hadi lembut.
"Insyaallah...ada masa nanti Iman bawak suami Iman sekali ye".Jawab Iman selamba.
"Ye lah,nanti boleh jadi geng abang".Balas Hadi.Dia harus redha yang Iman bukan milinya.
"Okaylah abang..Iman nak balik..assalammualaikum".Hadi menjawab salam dan beredar untuk pulang.
~~~~~~~~~~~~~~
Di kampung,Ibu Hadi iaitu Makcik Zaleha singgah di rumah besannya.
"Nah,aku nak tanya sikit boleh ?".Soal Makcik Zaleha.
"Tanyalah..kau nak tanya apa Leha ?".Balas Puan Hasnah.
"Anak kau tu memang takda balik langsung ke ?".Soal Makcik Zaleha.
"Takda Leha..aku pun tak tahu hidup ke..mati ke..makan ke..anak aku tu
kalau cakap pasal Pejal dekat abang Ahmad mesti dia nak marah..aku pun tak tahu kenapa susah sangat dia nak terima budak tu"."Sabar lah Nah..suatu hari nanti kau pasti akan jumpa dia juga..doa lah banyak-banyak supaya allah makbulkan doa kau".Puan Hasnah mengalirkan air mata.
"Ni aku nak beritahu..si Iman tu dah kahwin beberapa hari lepas..dia kahwin pun secara tertutup je dekat johor".Beritahu Puan Hasnah kepada Makcik Zaleha.
"Lahhh,kahwin dengan siapa ?".Soal Makcik Zaleha terkejut.
"Aku tak kenal pun dengan suami dia..nanti dia balik lah kampun masa ada cuti".Beritahu Puan Hasnah.
Mereka menjamu air dan kuih-muih yang telah terhidang.
~~~~~~~~~~~~~~
Iman sudah pulang terlebih awal sebelum suaminya pulang.Dia berehat di bilik kerana demam.Tuan Faizal yang baru pulang terus menuju ke bilik tidur mereka.
"Sayang....".Panggil Tuan Faizal lembut.
"Ye abang...".Jawab Iman lemah kerana demam.
"Sayang kenapa tiba-tiba demam ni ?".Soal Tuan Faizal yang merapati tubuh isterinya yang sedang terbaring.
"Tak tahu...rasa sejuk".Ngadu Iman manja.
"Kejap eh".Beritahu Tuan Faizal yang terus bangun ingin membuka butang-butang kemeja kerjanya.
"Abang nak buat apa ? Iman tak larat ni..tak payah lah abang".Pinta Iman yang fikir Tuan Faizal ingin setubuhi dirinya.
"Abang bukan nak manja-manja dengan sayang lahh..abang nak manjakan sayang.haba orang lelaki ni hangat..so kalau abang peluk sayang nanti hilang lah rasa sejuk sayang tu".Jelas Tuan Faizal kepada isterinya yang manja.
"Ohh..tak cakap awal-awal".Balas Iman dengan nada gurau.
Tuan Faizal terus menanggalkan bajunya dan naik ke atas katil.Dia memeluk Iman dan Iman menekap mukanya ke dada Tuan Faizal.Nafasnya turun naik.Dia berasa sesuatu apabila suaminya buat begitu.
"Abang...".Panggil Iman meleret.Dia mengangkat wajahnya yang disembamkan ke dada Tuan Faizal.
"Ye sayang..nak apa ?".Soal Tuan Faizal lembut.
"Iman laparlah".Luah Iman.
"Sayang nak makan apa ?".Soal Tuan Faizal yang sedang asyik main helaian rambut isterinya.
"Nak makan abang boleh ?".Soal Iman nakal.
"Hmm,sayang ni...rasa dah hebat sangat ke nak bergurau macam tu.....
jangan sayang...apa-apa jadi abang tak jamin ye".Soal Tuan Faizal dengan satu nada yang buat Iman susah hendak menelan liurnya."Ehh,takdalah gurau je".Bidas Iman segera kerana takut jika suaminya yang membuat sesuatu.
"Sayang nak makan apa..cakaplah".Soal Tuan Faizal lagi sekali.
"Nak bubur boleh ?".Tuan Faizal hanya membalas anggkkan dan senyuman.
"Kejap abang suruh Mak Biah masakkan ye ?".Beritahu Tuan Faizal.
Iman terasa seperti Tuan Puteri kerana dilayan sahaja apa yang dia mahu.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...