BAB 40

100 6 0
                                    

Pada pagi yang hening.Puan Hasnah menerima sepucuk surat dari anak lelakiya Faizal.Betapa bahagianya dia dihari itu melihat surat yang diterimanya.Dia membuka dengan pantas surat itu.Dan dia membaca ada tulisan di atas permukaan sampul surat itu.

Wali Keramatku...

Assalammualaikum Ibu..Ini Faizal..Anak lelaki Ibu yang pergi meninggalkan Ibu..Faizal sekarang berada di johor..Faizal dah berkahwin..dengan anak angkat Ibu Iman Khalida..dia baik Ibu..bila Faizal tengok dia mesti teringatkan pada Ibu..Faizal rindu Ibu..Faizal harap Ibu sihat-sihat sahaja di kampung..Faizal nak sangat balik kampung..nak jumpa kawan-kawan..nak jumpa Ibu..Faizal dah jumpa ayah dekat Johor..tapi..Ayah masih belum boleh terima Faizal lagi Ibu..

Pejal nak jadi anak ayah dan ibu juga..hari-hari pejal doa untuk ayah dan ibu..pejal nak jumpa ibu..andai kata esok pejal dah takda dapat lah jugak pejal lihat wajah ibu buat kali terakhir..ibu doakan pejal dengan iman ye..doakan kami ada zuriat..doakan anak ibu ni berjaya..doakan anak ibu ni anak syurga.

Dari Anakmu Faizal Imran

Buat Wali Keramatku
Hasnah Binti Hamid

Menangis Puan Hasnah tanpa henti selepas membaca surat itu.Dia dapat rasa anak tunggalnya itu ada bersamanya.

"Hanum...Hanum...".Dia mendapatkan Hanum.Hanum terkejut namanya dipanggil dengan begitu cemas.

"Ehh..nape ni Ibu ?".Soal Hanum ingin tahu.

"Dia ada dekat sini Num..dia ada".Jawab Puan Hasnah didalam tangisan.

"Siapa ?".Soal Hanum pelik.

"Faizal".Makin kuat tangisannya.Dia menghulurkan surat itu kepada Hanum.Hanum turut membaca.Dia menangis memeluk ibunya.


~~~~~~~~~~~~~~

Tuan Faizal sekeluarga sedang menyantap santapan pagi.Pakcik Jamil turut menyertai sesi pada pagi itu.

"Imam..hujung minggu ni ayah nak balik kampung dapat cuti..Iman ikut sekali ye".Ujar Pak Ahmad tanpa rasa bersalah.

"Ahhh..ayah Iman kena bincang dengan pakcik ni dulu..nanti Iman confirmkan balik ye".Ujar Iman sopan.Tapi sempat dia mengutuk Tuan Faizal.Tuan Faizal merenung Iman mahu telan.Pakcik dia panggil Tuan Faizal.

"Kalau ayah yang suruh..ada saja alasan kamu ye Iman".Balas Pak Ahmad sindir Iman.Matanya menjeling Tuan Faizal yang sedang melihat Iman.

"Takpalah sayang..abang izinkan sayang balik dengan ayah..nanti kirimkan salam abang dekat orang kampung je".Ucap Tuan Faizal ingin mencuri perhatian ayahnya.

"Tapi..Iman tak boleh takda abang..nanti nak bermanja macam mana ?".Soal Iman selamba.Tuan Faizal menepuk dahi.

"Takkan lah nak cakap dekat sini".Ujar Tuan Faizal berbisik.

"Kat sini lah..dah tak sempat nanti kalau cakap dekat bilik..sempat sampai bilik je dah kena mula tugasan kita tu".Ujar Iman selamba.Tuan Faizal memicit kepalanya yang rasa berdenyut.

pakcik Jamil hanya tertawa melihat gelagat dua orang di hadapannya.
Pak Ahmad hanya membuat wajah menyampah.

Sesampai sahaja mereka dibilik.Tuan Faizal merebahkan badannya di atas katil.Iman menimpa atas badan Tuan Faizal.Dia mencium rahang Tuan Faizal.

"Sayang tak malu ehh..cakap macam tu depan ayah dengan Pakcik Jamil tadi ?".Soal Tuan Faizal bersahaja.

"Buat apa nak malu..bukan diorang nak tengok pun kita buat apa ?".Jawab Iman.

"Memang lah diorang tak tengok..dan takkan tengok pun..tapi sayang tak boleh cakap macam tu..faham tak ?".Soal Tuan Faizal lembut.

"Tak".Iman menjawab selamba dengan riak tidak bersalah.Dia mencium dada Tuan Faizal setelah Tuan Faizal sendiri menanggalkan pakaiannya.Iman terbuai dengan layanan suaminya.Selepas ini dia tidak dapat layanan ini kerana dia akan ikut ayahnya pulang ke kampung tanpa Tuan Faizal.

"I love you more than anything".Ucap Tuan Faizal penuh romantis.

Mereka melayari bahtera ini buat kali terakhir sebelum Iman pulang ke kampung.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now