BAB 22

105 7 0
                                    

Pada pagi ini,Tuan Faizal dan Iman Khalida akan berangkat ke London untuk berbulan madu.Iman sungguh teruja hingga tak lalu makan.

"Sayang kenapa tak makan ?".Soal Tuan Faizal yang agak risau melihat mee goreng di dalam pinggan Iman tidak terusik.

"Dah kenyang".Jawab Iman yang tersenyum-senyum dari tadi.

"Jangan lah macamtu sayang..kita nak flight lama tau..makan lah sikit..
abang suap eh ?".Tawaran di buat kepada Iman

"Nakkkk".Laju sahaja Iman mengangakan mulutnya.

"Laju je..nak manja-manja eh Iman".Sampuk Mak Biah.

"Iman ni memang manja Mak Biah..kalau dalam bilik lagi teruk..macam baby".Balas Tuan Faizal mengenakan Iman.Laju sahaja tangan Iman mencubit lengan Tuan Faizal.Sehingga Tuan Faizal mengaduh.

"Sakit lah sayang".Adu Tuan Faizal.

"Gatal lah lagi".Ejek Iman.

Mak Biah hanya tergelak melihat telatah Iman dan Tuan Faizal.


~~~~~~~~~~~~~~

Erin yang berada di anak tangga terakhir bersama bag pakaiannya ditegur oleh Dato Kamil.

"Erin nak pergi mana ni ?".Soal Dato Kamil pelik.

"Haritu papa cakap nak hantar Erin duduk denga mama kan ? so tak payah susah-susah nak hantar Erin..Erin memang nak pergi duduk dengan mama..duduk dengan papa asyik sakit hati je ?".Jawab Erin biadap.

"Erinnnn".Jerit Dato Kamil.

"Papa tak pernah ajar Erin kurang ajar macam ni tahu tak ?".Jelas Dato Kamil.

"Papa yang buat Erin jadi macam ni".Luah Erin sambil mengalirkan air mata.

"Papa bukan sayang Erin pun..Erin taknak semua ni..Erin nak papa..ada papa tunaikan apa yang Erin nak ?".Soal Erin.Dia terlalu sakit hati sekarang ni.

"Papa tahu Erin..papa salah..tapi jangan hukum papa macam ni".Ucap Dato Kamil yang mula rasa sebak didada.

"Patutlah mama tinggalkan papa jugak".Erin menyindir dengan sinis.

Pang !.Satu tamparan hebat hinggap di pipi Erina Mikayla.

"Kau boleh cakap atas semua kesalahan aku...tapi kau tak patut hina aku..aku ni bapak kau tau Erina Mikayla".Jerit Dato Kamil.

Erin memegang pipinya yang sakit akibat tamparan hebat tersebut.

"Aku pun tak nak ada bapak macam kau ni lah".Jerit Erin kepada Dato kamil.Dia terus pergi meninggalkan papanya yang terkejut mendengar ayat yang baru dilaungkan Erin.

Dato kamil jatuh terjelupuk di lantai.Dia menangis semahu-mahunya sehingga bahunya terhinjut-hinjut.


~~~~~~~~~~~~~~

Hadi kini berada di rumah,dia telah diberi cuti oleh pihak UTM kerana dia telah bekerja selama sebulan tanpa cuti bagi menyiapkan tesis dan projek barunya itu.Hanum yang melihat suaminya yang sedang menonton TV itu,dia turut serta dan duduk disebelah Hadi.

"Sayang okay ?".Soal Hadi mengambil berat.

"Okay".Jawab Hanum ceria.Sambil tangannya membelek muka suaminya.

"Ni dah kenapa pulak belek muka abang ni..gigit baru tau".Ujar Hadi yang mengacah mahu gigit jari Hanum.

"Nak manja-manja dengan abang..boleh kan ?".Soal Hanum dengan nada yang menyedihkan.

Tiba-tiba Hadi mengalirkan airmata kerana sebak mendengar permintaan Hanum itu.Mana tidaknya isteri yang berjuang untuk dirinya dan anak didalam perut mengemis kasih sayang daripadanya sedangkan itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

"Boleh sayang".Jawab Hadi yang mengalirkan airmata dengan deras.
Dia mengucup dahi Hanum dengan penuh kasih.Dia menghampakan Hanum.Dia terlalu melayan perasaannya yang tidak sudah itu.

"Terima kasih abang".Ucap Hanum yang turut mengalirkan airmata.
Hadi terus menarik Hanum kedalam dakapannya.Mereka berpelukan dengan suatu rasa yang hiba hinggap di hati masing-masing.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now