Hanum sedang mengemas rumahnya,dia mengemas di bahagian bilik bacaan Hadi.Sedang dia mengemas dia terjumpa sekeping gambar yang terselit di tepi meja itu.Dia mengambil dan melihat foto tersebut.
Tiba-tiba dia tidak bermaya kerana melihat gambar tersebut.Gambar itu milik suaminya Hadi tetapi bukan gambar Hadi atau dirinya.Gambar itu adalah gambar Iman.Adik kandungnya sendiri.Dia mengalirkan air mata kerana kecewa dengan suaminya.Rupa-rupanya suaminya menyimpan perasaan suka pada adiknya sendiri.Dia memusingkan gambar tersebut untuk melihat tulisan yang ditulis oleh Hadi.'Wahai cinta hatiku,Iman Khalida..sudah lama aku
pendamkan cintaku padamu Iman.Aku ingin halalkan
mu wahai Iman,tapi susah untuk aku luahkan rasa cinta
ini.Aku sayang kau Iman.'Gugur lebat air mata Hanum membaca ayat pujangga suaminya itu buat Iman.
"Ya allah kenapa kau uji aku sebegini sekali ya allah ?".Doa Hanum dengan penuh hiba.
~~~~~~~~~~~~~~
Iman yang sedang membuat tugasan di taman dalam kawasan UTM itu,tiba-tiba ditegur seseorang.
"Iman".Panggil Hadi.
"Eh,Prof..kenapa Prof cari Iman ?".Soal Iman yang sedikit janggal dengan abang iparnya itu.
"Prof ? kenapa panggil Prof..panggil je lah abang macam biasa".Jelas Hadi yang ingin memancing gadis itu.
"Yelah,sekarang kita dekat Uni so kena lah panggil ikut gelaran macam biasa".Jelas Iman yang agak menyampah dengan Hadi.
"Tak payah nak gelaran sangat lah...panggil abang je...okay ?".Terang Hadi.
"Hmm yelah".Jawab Iman.
"Iman free tak ?".Soal Hadi.
"Tak,kejap lagi Iman nak balik ngan Mira..kenapa ?".Soal Iman kembali.
"Iman taknak balik dengan abang ? boleh tidur rumah abang malam ni".Jawab Hadi sambil tersenyum.
"Taknak lah,nanti Iman susah nak buat kerja sebab...".Kata-kata Iman dibidas oleh Hadi.
"Susah sebab abang eh ?".Soal Hadi meneka sambil senyum gatal.
"Eh,mana ada..Iman tak cakap macam tu pun..okay lah abang Iman nak cari Mira nak ajak dia balik".Jawab Iman.
"Hmm yelah,Iman ni sombong lah dengan abang".Nyata Hadi agak sayu.Iman terus meninggalkan Hadi seorang diri.
Hadi dapat merasakan yang dia berjaya untuk mula tarik perhatian Iman terhadap dirinya.
~~~~~~~~~~~~~~
Erin kini berada di rumah bersama papanya.Dia menonton TV tanpa menghiraukan papanya yang berada di satu tempat dengannya.
"Erin,asyik tengok TV je dari tadi..taknak cakap something dengan papa ke ?".Soal Dato Kamil kepada anak gadisnya.
"Nak cakap apa ? takda benda yang nak dicakapkan".Jawab Erin kurang sopan.
"Jangan lah macam tu Erin,papa tahu yang Erin marahkan papa sebab papa asyik outstation kan ?".Luah Dato Kamil agak kecewa.
"So,papa boleh tinggalkan semua kerja papa tu and focus pada Erin je ? Boleh ? tak boleh kan..sebab papa takkan mampu buat macam tu".Jawab Erin yang agak sakit hati dengan papanya.
"Papa tahu papa tak mampu jadi papa yang baik untuk Erin,tapi bila papa nak spend time macam ni dengan Erin..Erin tak bagi papa peluang pun".Luah Dato Kamil lagi.
"Suka hati papa lah nak cakap apa pun,Erin nak life Erin sendiri..jangan sibuk dengan apa yang Erin buat okay".Erin terus meninggalkan Dato Kamil bersendirian di ruang tamu.
Dato Kamil gagal mendidik Erin menghormatinya,kini dia yang susah untuk berhadapan dengan anak gadisnya itu.
~~~~~~~~~~~~~~
Tuan Faizal sedang menonton televisyen di ruang tamu.Dia seronok melayan filem aksi yang dibintangi Tom Cruise itu.Sedang dia menonton TV Mak Biah datang kepadanya.
"Tuan,kita ada tetamu".Jawab Mak Biah yang agak teruja dengan kata-katanya.
"Siapa Mak Biah ?".Soal Tuan Faizal pelik.
"Assalammuakaikum Tuan".Iman menerjah suasana yang agak sunyi itu.
"Ish budak manja ni rupanya..kenapa nak datang tak beritahu ?".Soal Tuan Faizal yang agak terkejut dengan kehadiran gadis dihadapannya itu.
"Eh,kenapa ? Tuan ada simpan perempuan ke dalam rumah ni ?".Soal Iman selamba.Tuan Faizal menggelengkan kepalanya.
"Bukanlah sayang,saya nak suruh Mak Biah siapkan makanan..nanti boleh lah awak makan puas-puas..awak kan kuat makan".Jelas Tuan Faizal.
"Hihihi,Tuan sayang saya eh ?".Soal Iman yang agak gedik tapi malu.
"Kalau saya cakap ye ?".Jawab Tuan Faizal sambil megangkat-angkat keningnya.
"Tuan,kalau nak tanya something boleh ?".Tanya Iman yang ingin mengubah tajuk.
"Nak tanya apa ? tanyalah".Jelas Tuan Faizal.
"Tuan taknak..taknakk...taknakk..".Iman tergagap ingin menanyakan soalan pada Tuan Faizal.
"Nak tanya apa Iman ? susah nak tanya".Jawab Tuan Faizal.
"Ahh,Tuan taknak terima tawaran saya haritu ke ? yang kahwin dengan saya".Iman terus matikan suaranya kerana malu tapi mahu mendengar penjelasan Tuan Faizal.
"Allahuakhbar,Iman saya bukan taknak terima awak..saya ikhlas kenal dengan awak..tapi macam saya cakap awak tak boleh paksa hati dan jiwa raga saya..hidup saya adalah pilihan saya..saya memang sayang awak tapi bukanlah sebagai yang istimewa hanya sebagai seorang adik mungkin...atau anak..kalau saya dah kahwin pada usia saya sekarang ni patutnya saya dah ada beberapa orang anak yang sebaya dengan awak..jadi saya harap awak faham okay".Jelas Tuan Faizal yang agak berat ingin meluahkan.
Iman dikecewakan buat kali yang ketiga.Dia redha kalau ini takdir buat dirinya.Iman membuat keputusan untuk balik.Dia ingin bangun dari duduknya tetapi terhalang kerana tangannya ditarik Tuan Faizal dan dia terjatuh di atas riba Tuan Faizal.
".....kalau awak boleh bagi saya masa untuk jatuh cinta dengan awak Iman".Jawab Tuan Faizal yang agak berbisik di telinga Iman dengan penuh mengoda.
Iman hanya diam dan bangun dari riba Tuan Faizal dan berlalu pergi.
Tuan Faizal meraup mukanya.Dia buntu kenapa gadis itu cuba membunuh jiwa raganya.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...