Hari ini sudah seminggu Iman dan Tuan Faizal pulang ke Malaysia selepas berbulan madu.Kini Tuan Faizal pun sudah mula bekerja seperti biasa dan sangat sibuk dengan seminar-seminarnya.
"Abang..harini Iman malas lah nak pergi Uni..boleh kan ?".Soal Iman manja.
"Kenapa malas pulak ? kalau pergi takda lah bosan".Beritahu Tuan Faizal.
"Abang kalau tak pergi kerja boleh ?".Soal Iman takut-takut.
"Boleh lah..boleh abang tutup terus syarikat abang tu".Sindir Tuan Faizal.
"Tak suruh pun tutup syarikat..kalau tak boleh cakap je lah tak boleh..".
Rajuk Iman terus meninggalkan Tuan Faizal."Sayang..jaganlah merajuk nanti susah abang nak pujuk".Ujar Tuan Faizal kepada Iman.Iman terus hilang dari pandangan Tuan Faizal.
Seaampai Tuan Faizal di tingkat bawah.Dia terus menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama-sama isterinya.Dia melihat Iman sudah makan terlebih dahulu tanpa menunggunya walaupun sekejap.
Tuan Faizal mengeluh kecil."Memang dah tak reti tunggu abang ke ?".Soal Tuan Faizal dengan sindiran kecil.Namun tidak dipedulikan Iman.Dia hanya meneruskan makanannya sahaja.
"Sayang..dengar tak abang cakap ni".Soal Tuan Faizal yang agak tinggi suaranya.Mak Biah yang baru datang dari dapur pun terkejut mendengar suara Tuan Faizal itu.
"Kan Iman tengah makan".Balas Iman dengan makanan yang agak penuh didalam mulutnya.
"Sayang jangan buat abang macam ni lah..abang serba salah nak pergi kerja".Jelas Tuan Faizal dengan raut wajah sedikit hampa dengan telatah isterinya.
"Abang sibuk sangat nak pergi kerja..sibuk sangat nak cari duit kan".
Soal Iman agak keras."Kalau abang sibuk sangat nak cari duit..kita takkan pergi honeymoon tau haritu..abang akan biarkan sayang nak buat apa..nak jadi apa pun..
abang tak kisah..tapi apa yang abang buat dan apa yang abang dapat itu semua untuk sayang..tahu tak".Jelas Tuan Faizal dengan suara sedikit menekan.Tuan Faizal terus bangun dari meja makan dan meninggalkan Iman bersendirian.Iman manangis kerana sikapnya suaminya marah kepadanya.~~~~~~~~~~~~~~
Pak Ahmad harini akan mula bersiap sedia untuk tugasnya minggu hadapan.Dia diarahkan untuk menjalani sedikit latihan.Pak Ahmad seorang anggota polis berpangkat rendah tetapi dia amat dihormati dan disegani oleh semua anggota polis walaupun berpangkat tinggi.
"Ahmad..kau dah sedia ke nak start minggu depan ?".Soal Pak Jamil agak teruja.
"Alhamdulillah dah..kau okay ?".Soal Pak Ahmad mesra.
"Aku okay je".Jelas Pak Jamil.
"Tapi aku ada sesuatu nak cakap dengan kau lah Mil...lelaki yang kita nak bertugas dengan dia ni..nama dia sama dengan nama budak tu".
Jelas Pak Ahmad memaksudkan seseorang.Terkejut Pak Jamil dengan pernyataan sahabatnya itu.Sebenarnya Pak Jamil sudah tahu terlebih dahulu yang mereka bakal bertugas itu adalah bersama Tuan Faizal tetapi Pak Jamil terpaksa merahsiakan supaya Pak Ahmad tidak membuat sesuatu yang tidak diigini.Dia tidak dapat lupa peristiwa 23 tahun yang lepas.
23 tahun lepas....
"Ahmad..Ahmad...Ahmad...".Laung Jamil memanggil Ahmad.
"Haa..kau dah kenapa Mil ?".Soal Ahmad kepasa Jamil.
"Polis...polis dah masuk kampung..diorang cari anak kau".Jelas Jamil.
Terkejut Ahmad apabila mendengar anaknya dicari polis."Apa yang dia dah buat ?".Belum sempat Jamil menjawab polis sudah memasuki perkarangan rumah Ahmad diiringi orang-orang kampung yang ingin tahu perkara sebenar.
"Assalammualaikum Encik Ahmad".Polis itu mengenali Ahmad.
"Waalaikummusalam..ye ada apa cari anak saya ?".Soal Ahmad ingin tahu.
"Anak awak..Faizal Imran..betul ?".Soal anggota tersebut untuk kepastian.
"Ye saya".Jelas Ahmad.
"Minta maaf ye Encik..kami terpaksa menahan anak Encik atas kesalahan merogol".Jelas anggota itu kepada Ahmad.Berubah air muka Ahmad apabila anggota polis itu memberitahu anaknya terlibat dengan kes merogol.
******
"Mil...Mil..".Panggil Pak Ahmad yang menyedarkan rakannya dari mengelamun.
"Haa ye".Jawab Pak Jamil selepas tersedar dari lamunanya.
"Amboii jauh termenung..ingatkan bini dekat kampung ke ?".Sakat Pak Ahmad.
"Hishh kau ni..mana ada".Bidas Pak Jamil.
"Kau dengar tak aku tanya apa tadi ?".Soal Pak Ahmad ingin memastikan soalannya difahami Pak Jamil.
"Haa dengar...bukan lah tu..kau kan dah lama tak jumpa dia".Ucap Pak Jamil ingin menyelamatkan keadaan.Pak Ahmad hanya mendiamkan diri.
~~~~~~~~~~~~~~
Iman kini menuju ke bilik tidurnya untuk mendapatkan Tuan Faizal.
Sesampainya dia di bilik,dia melihat Tuan Faizal sedang membuat solat Dhuha.Dia duduk di hujung kepala katil sehingga Tuan Faizal memberi salam kiri dan kanan menandakan dia sudah selesai solat.Segera sahaja Iman membatalkan wudhuk suaminya.Terus dipeluk Tuan Faizal dari belakang."Abang..Iman minta maaf kalau Iman buat abang marah".Rayu Iman seperti anak kecil.
"Iman kan tak sayang abang".Ujar Tuan Faizal masih lagi dalam nada merajuk.
"Iman minta maaf abang".Ucap Iman lagi.Sekarang dia betul-betul menghadap Tuan Faizal yang masih lagi berada di atas sejadah.
"Nak apa ?".Soal Tuan Faizal serius.
"Nak minta ampun".Ujar Iman yang sudah menghulurkan kedua tangannya seperti hendak meminta ampun di hari raya.Tuan Faizal juga sudah menghulurkan tangan seperti Iman.Tetapi dia mahu tergelak melihat isterinya.
"Abang..Iman minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki..
ampunkan Iman abang..Iman janji taknak buat lagi".Pinta Iman dengan nada yang kelakar."Yelah sekarang janji..sekejap lagi buat lagi ?".Ujar Tuan Faizal selamba.
"Abang ni Iman serius ni nak minta ampun".Ujar Iman mengada.
"Yelah abang maafkan sayang..".Ucap Tuan Faizal yang terus mencium dahi isterinya.
"Nak lagi ?".Pinta Iman.
"Nak apa..penampar ?".Soal Tuan Faizal yang sudah bersedia untuk memberi tamparan kepada Iman.
"Bukanlah..nak kiss".Pinta Iman mengada.Baru sahaja Tuan Faizal ingin mengucup dahinya.Mulutnya ditahan Iman.
"Ehh..taknak kat situ..nak kat sini".Ujar Iman yang tersenyum nakal sambil menunjukkan ke arah bibirnya.Tuan Faizal sudah menyampah.
Sekali lagi Iman membatalkan hasratnya untuk menyiapkan tugas-
tugas yang dihantar Marina melalui E-mel.Laju sahaja Iman naik atas katil mereka sambil merenung tajam tubuh suaminya yang sudah terdedah.Tuan Faizal merangkak mendekati Iman di atas katil dan mencium bibir isterinya dengan penuh godaan.
Iman sudah tidak keruan lagi.Dia dibuai nafsu dirinya dan nafsu Tuan Faizal.Mereka menjalankan tanggungjawab suami isteri itu sekali lagi.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...