Malam itu keluarga kecil Pak Ahmad makan bersama di meja.Pada malam ini juga,Puan Hasnah memasak lauk kegemaran Faizal.Dia sengaja masak kerana hendak menunjuk protes pada suaminya.
"Yang awak pergi masak lauk kegemaran Faizal ni dah kenapa ?".Soal Pak Ahmad selamba tanpa dia sedar telah menyebut nama Tuan Faizal.
"Ehh,abang sedar, tahu ke ni semua lauk kegemaran Faizal".Soal Puan Hasnah yang sakit hati dengan lelaki itu.Pak Ahmad hanya diam.Dia sudah kalah dalam kata-katanya.
"23 tahun...23 tahun abang seksa saya..harini abang mengaku yang abnag tahu pasal Faizal kann.sampai lauk kegemaran dia pun abang tahu".Ucap Puan Hasnah penuh perasaan.
"Aku ayah dia..aku tahulah".Ucap Pak Ahmad yang sudah jatuh dengan ego dia sendiri.
"Haa..sekarang baru ayah sedar yang ayah tu..ayah kepada Faizal Imran...suami kepada anak ayah ni kan".Luah Iman dengan tegas.
"Aku memang ayah yang gagal".Ucap Pak Ahmad sedih.
"Ayah tak gagal kalau ayah mengaku suatu perkara yang ayah sedar..
ayah tak rugi kalau ayah buang ego tu jauh-jauh..sebab dia rosakkan diri ayah".Ucap Hanum dengan air mata."Dah lah..kalau ayah dah sedar dengan keputusan apa yang ayah patut buat sekarang ni..kita buang yang keruh kita ambil yang jernih..".Ujar Hadi menenangkan keadaan sekeliling.
Pak Ahmad terus bangun dan menuju ke bilik.
~~~~~~~~~~~~~~
"Marina..awak dah siapkan fail projek baru kita tu..?".Soal Tuan Faizal kepada Marina.
"Dah Tuan".Jawab Marina ringkas.
"Okaylah Marina..saya ingat projek tu saya nak bagi awak handle..sebab awak pun dah ada pengalaman kan".Ucap Tuan Faizal seraya tersenyum
"Haa betul ke ni Tuan ?".Soal Marina gembira seperti tidak percaya.
"Ye betul..awak bekerja dengan saya bukan baru semalam..bukan 2 tahun..tapi dah lebih 10 tahun Marina..saya doakan awak berjaya..saya doakan awak capai segala impian awak".Ucap Tuan Faizal bangga.
"Saya pun nak ucap benda yang sama terima kasih sebab Tuan sudi jadikan saya sebahagian keluarga kecil Tuan..anggap saya macam adik sendiri..Terima kasih banyak-banyak".Ujar Marina sebak.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...