Kini sudah seminggu Tuan Faizal tidak bertemu Iman.Dia berasa sungguh gusar kerana tawa dan gelaknya mati semasa ketiadaan Iman.Dia juga sudah seminggu tidak ke pejabat.Segala urusan kerja diuruskan oleh Marina.
"Tuan,saya dah call pihak pentadbir.Nanti Tuan akan ada Majlis Motivasi dengan pihak perkerja KWSP.Tuan kena pergi tau ?".Soalan Marina tidak disambut.
"Tuannn....".Panggil Marina yang agak kuat.
"Ye,ada apa ?".Soal Tuan Faizal yang tidak mendengar kata-kata Marina itu dan membuang pandangannya ke pantai.
"Tuan ni kenapa ? dah seminggu dah Tuan Macam ni".Soal Marina pelik.
"Saya salah Marina...saya jahat...saya permainkan hati dia".Jawab Tuan Faizal yang memaksudkan seseorang.
"Saya dah nasihatkan Tuan kan..tapi Tuan yang taknak dengar sekarang ni saya pun tak tahu nak buat apa ?".Jawab Marina dengan nada hampa.
"Boleh awak carikan dia untuk saya tak ?".Soal Tuan Faizal dengan wajah yang sayu.
"Ye Tuan,saya akan cari dia..tapi boleh Tuan janji dengan saya..jangan lukakan hati anak yatim Tuan..susah hidup Tuan nanti".Balas Marina yang menusuk jiwa.
"Saya akan minta maaf dengan dia".Jawab Tuan Faizal.
Dia tersenyum kerana Marina berjanji hendak mencari Iman untuknya.
~~~~~~~~~~~~~~
"Abang,awal balik harini ?".Soal Hanum mesra.Tapi dihatinya hanya allah saja yang tahu.
"Aah,abang habis kerja awal".Jawab Hadi dengan memberi senyuman pada Hanum.
"Sayang,dah seminggu abang busy sampai takda masa untuk sayang".
Jelas Hadi yang memaksudkan sesuatu."Abang ni,kan baru balik kerja..pergilah mandi dulu".Ujar Hanum yang cuba mengelak.
"Alaa..jom lah sayang".Ajak Hadi lagi.Hanum diam.Dia berasa berat di hati.
"Boleh abang jujur dengan Hanum satu perkara ?".Soal Hanum.
"Ye sayang,boleh..nak jujur apa ?".Soal Hadi penuh manja.
"Abang pernah ada hubungan dengan Iman ke ?".Jujur Hanum menanyakan soalan tersebut.Terperanjat Hadi dengan soalan Hanum itu.
"Kenapa sayang tanya macam tu ?".Soal Hadi ingin tahu,datang dari manakah punca soalan itu.
"Ni...Hanum jumpa dekat bilik bacaan abang..terselit dekat meja..apa semua ni abang ?".Soal Hanum sambil menunjukkan gambar.Air matanya tidak lagi dapat bertahan.
"Sayang.....jangan salahkan Iman...abang yang salah..abang yang tamak....abang minta maaf ye sayang".Terang Hadi.
"Kenapa abang buat Hanum macam ni ? jahat sangat ke Hanum ni sampai abang nak balas semua benda ni dekat Hanum ?".Soal Hanum diiringi tangisan yang lebat.
"Sayang terlalu baik untuk abang,tapi abang keliru dengan perasaan abang sayang..sayang maafkan abang ye ?".Pinta Hadi lagi.
"Iman tu adik Hanum abang...macam mana Hanum nak berdepan dengan adik Hanum tu sedangkan abang ada perasaan dekat dia".Jawab Hanum lagi.Dia terlalu kecewa dengan perangai suaminya.
"Sayang bagi abang peluang untuk perbetulkan keadaan ni sayang ?".
Pinta Hadi lagi.Hanum terus beredar ke bilik tidur mereka dan meninggalkan Hadi keseorangan di ruang tamu.~~~~~~~~~~~~~~
"Assalammualaikum Iman".Marina membuat panggilan dengan gadis itu.
"Waalaikummusalam akak".Jawab Iman yang ceria.
"Iman dekat mana ni ?".Soal Marina ingin tahu.
"Iman dekat Taman IT kak..kenapa akak ?".Soal Iman yang agak pelik.
"Sebenarnya akak ada benda nak bagitau Iman.Tapi tak boleh nak cakap dalam phone lah..susah..boleh akak datang sana ?".Soal Marina.
"Ohh,boleh..datanglahh..".Jawab Iman ceria.
"Okay Iman tunggu akak ye..lagi 30 minit akak sampai".Balas Marina dan terus mematikan panggilan.
"Tuan Iman ada dekat Taman IT".Marina memberi maklumat tentang Iman kepada Tuan Faizal yang menjadi saksi perbualan Marina dengan Iman daripada tadi.Tanpa banyak cakap Tuan Faizal terua mengambil kunci kereta dibuntuti Marina dan laju menekan pedal minyak menuju ke Taman IT.
Tidak beberapa lama kemudian,mereka tiba di Taman IT.Marina dan Tuan Faizal keluar dari isi perut kereta itu.Tuan Faizal membuat keputusan agar dia sahaja yang bertemu Iman.Selepas dia memasuki kawasan yang tidak begitu padat dengan manusia.Dia ternampak satu tubuh yang berpaling dengannya.Dia terus pergi ke arah itu.
"Assalammualaikum Iman".Tuan Faizal berasa sedih ketika itu.Belum sempat dijawab salamnya Iman ingin bangun dan larikan diri.Tuan Faizal menahan dan memegang pergelangan tangan Iman dengan kuat.
"Iman nanti,bagi lah saya peluang Iman".Pinta Tuan Faizal yang sudah jatuh berguguran air matanya.
"Bagi peluang ? untuk apa ? untuk sakitkan hati saya lagi ?".Soal Iman bertalu-talu.
"Tak,saya nak minta maaf dengan awak Iman".Jelas Tuan Faizal.
"Hmm,Tuan minta maaf harini dan esok Tuan buat lagi..dan akan berlaku hari-hari seterusnya..macam tu ?".Balas Iman yang sudah muak dengan perkataan maaf.
"Tak sayang,saya nak awak...saya tak boleh tipu hati dan perasaan saya..tolong lah maafkan saya sayang".Tuan Faizal jatuh melutut di depan Iman Khalida.Dia tidak peduli dengan dirinya lagi.
"Jangan lah macam ni,nanti orang nampak lah..awak ni suka buat hal lah".Jawab Iman yang agak kurang selesa dengan cara Tuan Faizal itu.
"Sayang...awak cakap dulu yang awak maafkan saya...saya dah fikir betul-betul kita akan kahwin..hujung minggu ni juga".Jelas Tuan Faizal.
Terlopong mulut Iman mendengar pengakuan kanda pujaanya itu."Awak janji tak buat lagi ?".Soal Iman ingin kepastian.
"Saya janji sayang..saya nak jaga awak baik-baik".Ujar Tuan Faizal ikhlas.
"Tapi kenapa cepat sangat nak kahwin ?".Soal Iman lurus
"Sebab nanti ada buaya lain makan awak ?".Jawab Tuan Faizal yang tertawa itu.
"Hahaha..awaklah satu-satunya buaya yang saya ada".Ucap Iman lalu mencuit batang hidung Tuan Faizal yang mancung itu.
Harini allah memberinya berita gembira dan bahagia.Syukur !.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...