BAB 48

100 8 0
                                    

Harini Iman hendak menunaikan janjinya dengan Tuan Faizal.Dia akan membuat panggilan pada Tuan Faizal dan beri suaminya bercakap dengan wanita kesayangannya.

"Hello abang...abang dekat mana ?".Soal Iman sebaik sahaja Tuan Faizal menjawab panggilannya.

"Hello sayang..abang ada dekat rumah ni..kenapa tiba-tiba call ni ?".Soal Tuan Faizal pelik.Kerana isterinya tidak sebarang panggilan dengannya semenjak semalam.

"Abang dah lupa ke ? abang minta apa dekat Iman ?".Soal Iman ingin menduga.

"Mintak apa ? mintak anak je lah".Ucap Tuan Faizal selamba.

"Kalau mintak anak..tak payah susah mintak...memang kena buat pun".Jawab Iman menyampah.

"Hahaha..abang lupa lah..abang mintak apa ehh ?".Soal Tuan Faizal semula.

"Kan abang mintak nak cakap dengan Ibu".Terang Iman yang rasa berat didada.Terdiam Tuan Faizal.Dia terkaku di atas kerusi yang diduduknya.
Dia sendiri tidak mampu percaya yang dia bakal dengar suara syahdu wali keramatnya.

"Abang..dengar tak ? nak cakap dengan ibu tak ?".Soal Iman yang tidak mendengar jawapan daripada Tuan Faizal.

"Ye sayang.........abang nak".Ucap Tuan Faizal.Dia sudah tidak kuat nak tempuh keadaan ini.

"Kejap ehh..Iman pergi dekat Ibu" Ujar Iman.Terus dia berlari mendapatkan Ibunya.Puan Hasnah sedang duduk di pangkin bersama anak menantunya.

"Ibu......".Terdiam Iman tidak mampu berkata-kata hanya airmata yang mengalir.

"Kenapa ni Iman ?".Soal Puan Hasnah risau dengan anak perempuan
nya yang tiba-tiba menangis itu.

"Faizal.....".Ucap Iman.Bagai hendak gugur jantung wanita itu mendengar nama Faizal.Dia sudah mengalirkan airmata sebelum berkata-kata.

"Assalammualaikum..Faizal....".Ucap Puan Hasnah tidak kuat.

"......waalaikummusalam ibu".Jawab Tuan Faizal.Mengalir airmata lelaki nya mendengar suara wali keramatnya itu.Puan Hasnah menangis teresak-esak.

"Anak Ibu apa khabar..sihat ke ? Faizal bila nak balik kampung nak ?".Soal Puan Hasnah dalam tangisan.

"Insyaallah nanti Faizal balik ye ibu..ibu sihat ke ?".Soal Tuan Faizal sayu.

"Ibu sihat..tapi hati Ibu ni je tak berapa sihat...dia dah sakit dari 23 tahun yang lepas".Ujar Puan Hasnah dalam tangisan.

"Ibu jangan cakap macamtu..Faizal sayang ibu..Faizal anak ibu..ibu syurga Faizal..ibu nyawa Faizal..ibu jugalah Wali Keramat Faizal..susah senang Faizal..semuanya untuk ibu dengan ayah..Faizal tak dapat nak balik kampung..Faizal taknak lukakan hati ayah lagi..cukup-cukuplah dia benci dengan Faizal selama ni..Faizam tahu ibu kuat..ibu jaga diri ye".Ucap Tuan Faizal dalam tangisan.

"Faizal baliklah nak..sebelum ibu tutup mata. sekurang-kurangya mata ibu boleh tertutup rapat nanti" Ujar Puan Hasnah teresak-esak.

"Faizal nak cakap dengan Iman bu..nanti Faizal call Ibu lagi ye".Ucap Tuan Faizal.

"Ye lah..selalulah call Ibu..boleh ibu lepaskan rindu yang lama terpendam ni".Ucap Puan Hasnah sayu.Telefon diberi kepada Iman.

"Abang..".Panggil Iman.

"Terima kasih sayang..dapat juga abang lepas rindu dekat ibu...sayang tolong tengok-tengokkan ibu dengan ayah dekat sana ye".Ucap Tuan Faizal sebak.

"Ye abang..sama-sama..abang jangan sedih-sedih...lepasni dah boleh selalu call ibu..habislah Iman..dah kena share abang dengan ibu pulak".Terhambur tawa Tuan Faizal.

"Sayang ni macam-macam lah..okaylah..nanti abang call lagi ye ?".Ujar Tuan Faizal.

"Okay abang..bye I love you" Ucap Iman.

"I love you too".Balas Tuan Faizal.Dia rasa bahagia yang amat harini.
Penantian 23 tahunnya tidak sia-sia.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now