BAB 5

73 6 0
                                    

Pada Hari ini,Iman bercadang untuk berjumpa dengan jodoh belum tentu jadinya itu.Dia akan bercuti panjang mulai esok.Jadi bagi tidak menghurung rindunya nanti dia harus berjumpa dengan Tuan Faizal.
Iman terus menuju ke pejabat Tuan Faizal iaitu F.I.Empire.

"Hai assalammualaikum akak yang comel".Salam diberi dan dipuji kepada Marina yang sedang ralit dengan fail kerjanya.

"Eh Iman,...Iman buat apa kat sini..nanti Tuan nampak nanti dia marah...
akak tak jamin apa-apa eh ?".Ugut Marina yang ingin menakut-nakutkan gadis itu.

"Hmm,akak yang kena marah..Iman tak ?".Jawab Iman yang yakin dia selamat daripada amarah Tuan Faizal.Marina menepuk dahi,kerana gadis manis didepannya itu tidak makan saman.

"Habis ni nak apa ? nak jumpa Tuan ?".Soal Marina bertalu-talu.

"Nak lepas rindu".Jawab Iman sambil memberikan senyuman gatal kepada Marina.

"Jom akak hantar kau sampai dalam".Ujar Marina.Iman tersenyum dengan tawaran itu dan hanya membuntuti Marina sahaja.


~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini di kampung,sungguh meriah, mana tidaknya majlis Hanum dan Hadi akan disambut dengan gilang gemilang seperti sambutan ambil anugerah.Perkara ini semua terjadi atas kehendak Pak Ahmad.Dia
mahukan yang terbaik buat anaknya.

"Hanum".Panggil seseorang pada Hanum.

"Lah,awak..bila sampai ?".Tanya Hanum sebaik sahaja Hadi berdiri di belakangnya.

"Tadi,saya letak barang dekat rumah,lepastu terus datang sini..nak jumpa dengan bakal makmum saya".Luah Hadi dengan penuh lembut.

"Hishh awak ni,ada-ada je lah.Awak patutnya rehat dulu sebab baru sampai kan ?".Jelas Hanum.

"Alaa,saya okay je..lagipun bosan lah duduk dekat rumah..duduk sini ada awak".Luah Hadi lagi.

"Dah tak payah nak gatal sangat..jangan lupa bakal bapak mentua awak tu siapa ? pilihan..pilihan juga ye..kalau buat hal memang dia dah xbagi pilihan lagi".Jawab Hanum dengan tertawa kecil.

"Hmm,okaylah saya nak pergi tengok apa yang patut".Jelas Hadi.
Hanum hanya mengangguk sahaja.


~~~~~~~~~~~~~~

Erin yang sedang ralit dengan telefonnya itu ditegur seseorang dari belakang.Dia sedang minum air di dapur hampir tersembur.Erin memberi jelingan tajam kepada gerangan yang membuatnya terkejut itu.

"Ish,kau ni dah kenapa,takda otak ke ?".Soal Erin kasar.

"Pahal kau ni ? period ke apa ? asyik nak marah je ?".Soal Sahabat karibnya Amy.

"Aku takda mood lah,pastu kau pulak nak bergurau...memang tak lah".Jawab Erin angkuh.

"Pahal takda mood,kena reject lagi lah tu ?".Soal Amy kepada Erin.

"Kau tengok aku ni..perfect tau..dia nak apa pun aku boleh bagi..aku cuma nak dia je..itu pun dia tak pandang aku ni sebelah mata".Jawab Erin dengan penuh rasa dihati.

"Hmm,kau cakap..kau tu perfect untuk dia..dia ada cakap ke yang kau perfect untuk dia..haa ?".Soal Amy dengan sinis.

"Hmmm,aku ni Erina Mikayla lah..kalau aku nak..aku nak juga sampai dapat".Jawab Erin dengan penuh angkuh seperti dia yang berkuasa.

"Kau ni ada kuasa...tapi...takda otak".Jawab Amy sinis sambil pandang Erin atas bawah.

"Hmmm,apa yang ada dalam kepala otak kau tu ?".Soal Erin.

Amy hanya memberi senyuman jahat kepada Erin.


~~~~~~~~~~~~~~

Tok ! Tok ! Tok !.

Pintu bilik Tuan Faizal diketuk.Tuan Faizal memberi arahan supaya gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu masuk.

"Hai bakal suami".Tersembul sebuah wajah yang amat menghantui Tuan Faizal di abad ini.

"Haa,Iman..masuklah".Berat hati dan mulutnya mahu menjemput gadis itu masuk kerana dia tahu akan ada kerja gila yang gadis itu akan lakukan.

"Iman datang ni nak lepas rindu dekat Tuan".Jujur Iman.

"Haa,lepas rindu ? Iman nak kemana ?".Soal Tuan Faizal yang bernada ingin mengambil berat tentang gadis itu.

"Iman akan bercuti panjang mulai esok..tapi petang ni dah nak gerak balik kampung.So kalau datang jumpa Tuan dulu,takda lah kampung demam rindu hihihi".Ucap Iman dengan nada ngada-ngada.

"Iman..Iman..macam-macam lah Iman ni,berapa lama dekat kampung ?".Soal Tuan Faizal yang mula ada sesuatu bertandang dihatinya.

"Seminggu".Jawab Iman ringkas.

"Alahai,seminggu je pun..dia punya sembang macam sebulan..setahun".
Balas Tuan Faizal dengan tawa kecilnya.

"Emm,Tuan tak faham perasaan saya..saya...".Belum sempat Iman habiskan kata-katanya.Tuan Faizal sudah mencelah.

"Saya faham perasaan awak Iman..saya faham".Ucap Tuan Faizal dengan penuh makna.Dia menghadiahkan sebuah kenyitan kepada gadis itu.Iman terlopong dan tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now