BAB 23

107 7 0
                                    

Tuan Faizal dan isteri tercintanya selamat tiba di London.Sesampainya mereka di sana,tempat pertama dituju adalah London Bridge atas permintaan Iman.Dia teringin hendak ke London Bridge seperti yang dilihat selebriti didalam filem.

"Abang..Iman happy sangat..thank you abang..I love you".Ucap Iman yang terlalu gembira.

"Sama-sama sayang..anything for you honey..and I love you too".Balas Tuan Faizal lalu memberi kucupan cinta di dahi Iman.

"Lepasni sayang nak pergi mana ?".Soal Tuan Faizal sambil mengusap kepala isterinya.

"Kita check in lah dulu abang...".Belum sempat Iman menghabiskan ayatnya Tuan Faizal membidas.

"Amboii..nak check in terus ehh..dah tak sabar ke sayang ?".Soal Tuan Faizal nakal.

"Hishh abang ni..tak habis-habis nak fikir yang bukan-bukan..Iman nak rehat..penat flight dari tadi".Balas Iman dengan memuncung.

"Yelah..abang gurau je lah".Jawan Tuan Faizal sambil mencuit hidung isterinya.

Iman dan Tuan Faizal terus berjalan dan menuju Hotel yang mereka akan menginap itu.


~~~~~~~~~~~~~~

Pak Ahmad membuat keputusan untuk membuat panggilan bersama isterinya Puan Hasnah.

"Assalammualaikum".Salam diberi oleh Pak Ahmad.

"Waalaikummusalam..abang sihat ?".Jawab Puan Hasnah dan terus mengajukan soalan.

"Alhamdulillah...abang sihat je..awak sihat ke dekat sana ?".Soal Pak Ahmad tentang keadaan isterinya.

"Sihat je..dekat sini pun Leha selalu jenguk saya..abang jangan lah risau..abang yang dekat sana tu jaga diri baik-baik".Pesan Puan Hasnah.

"Ye saya tahu..haritu saya ada ke rumah Hanum".Beritahu Pak Ahmad.

"Haa,macam mana keadaan dia abang..okay ke ? maklumlah orang tengah berbadan dua".Tanya Puan Hasnah yang agak risau dengan anak perempuannya itu.

"Dia okay je..yang tak okay adik dia".Ujar Pak Ahmad dengan sindir.

"Haa,kenapa dengan Iman..dia ada masalah rumahtangga ke ?".Soal Puan Hasnah risau.

"Awak tahu tak ? yang anak awak tu kahwin dengan orang tua..suami dia dah umur 40 dah..saya pun tak faham dengan si Iman tu".Jelas Pak Ahmad dengan nada orang yang runsing.

"Ya allah...dia dah kenapa ? dah takda lelaki lain nak kahwin dengan dia ?".Soal Puan Hasnah.

"Nanti pandai-pandai lah awak nasihatkan dia".Ujar Pak Ahmad.

"Ye lahh,nanti saya call dia".Jawab Puan Hasnah.

"Tapi jangan call minggu ni..kata Hanum dia pergi berbulan madu dengan suami dia".Beritahu Pak Ahmad.

"Hishhh..selera pulak nak pergi berbulan madu ?".Jawab Puan Hasnah dengan suara menjengkelkan.

"Hahahha..dah lah saya ada kerja lagi ni..nanti saya call lagi".Beritahu Pak Ahmad yang terus mematikan panggilannya.

Pak Ahmad duduk di sofa yang berada di luar rumahnya itu.Dia terfikir sesuatu tiba-tiba,Iman berbulan madu dengan suaminya minggu ini dan VVIP yang bakal dia bertugas tu juga pergi berbulan madu minggu ini.
Adakah mereka orang yang sama ?.


~~~~~~~~~~~~~~

Sesampainya Iman di bilik hotel yang akan dia menginap itu,terus melopong mulut Iman memandang kemewahan Hotel Shangri-La itu.
Dia menghempaskan dirinya di atas katil dengan tangan yang didepa
kan.Tuan Faizal turut mengambil kesempatan,menimpa Iman yang kini berada di bawahnya.

"Abang nak mula lah tu".Sindir Iman.Laju saja bibir Tuan Faizal bertaut dengan bibir Iman.

"Lain kali jangan sindir-sindir abang".Tegas Tuan Faizal tapi tawakan Iman.

"Abang ni suka buat macam ni tau..taknak kawan".Balas Iman.

"Habis..macam mana abang nak buat anak malam ni kalau sayang taknak kawan abang ?".Soal Tuan Faizal tanpa rasa malu.

"Eh,apa kena mengena dengan anak pulak ?".Soal Iman yang mula rasa malu dengan penyataan suaminya itu.

"Yelah..abang taknak lah buat anak secara paksa..mesti lah sayang kena ada rasa nak buat juga..mana tahu..suka sama suka nak buat boleh dapat genetik kembar ?".Ujar Tuan Faizal lagi tanpa Rasa malu.

Iman menepuk dahinya kerana perangai suaminya yang dah gila seks ini.

"Abang bawak mengucap boleh tak ? abang tu dah tua..sedar sikit".
Jawab Iman mengejek.

"Hmmm,sayang cakap lah selalu abang dah tua..kalau dapat sekali empat..masa tu jangan terkejut tau".Berlagak Tuan Faizal.

"Elehhh,berlagak lah pulak..okay fine..kita tengok..abang tu kuat mana je ?".Ejek Iman lagi.

Tuan Faizal merenung Iman penuh mengoda.Dia bangun dari menimpa tubuh Iman,dia membuka pakaiannya satu persatu dan memakai tuala yang telah disediakan oleh pihak Hotel di atas katil itu.Dia berjalan menuju ke bilik air tanpa anak matanya tidak lari terus memandang Iman.Dia terus hilang dari pandangan Iman kerana sudah berada di dalam bilik air.

"Matilah aku malam ni".Ujar Iman yang sudah rasa susah mahu telan liurnya kerana pandangan suaminya tadi.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now