BAB 14

77 5 0
                                    

Iman berhajat untuk ikut Hadi pulang ke rumah dan ingin berjumpa dengan kakaknya.Kerana dia ingin membincangkan majlis perkahwinan dia dan Tuan Faizal.

"Abang".Panggil Iman kepada Hadi.

"Ye sayang,nak apa panggil abang ?".Balas Hadi mengada-ngada.

"Hish,bersayang-sayang pulak...tak payah nak gatal sangat..sedar sikit dia tu laki orang".Balas Iman yang menyampah dengan sikap Hadi itu.

"Yelah..nak gurau pun tak boleh..kenapa panggil abang tadi ?".Soal Hadi ingin tahu.

"Kejap lagi Iman nak balik sekali dengan abang boleh ?".Soal Iman minta izin.

"Boleh".Jawab Hadi ceria.Kerana gadis idamannya itu ingin balik bersamanya.

"Okay..nanti jumpa dekat car park waktu balik".Iman terus meninggalkan Hadi di tempat parkir kereta itu.Hadi hanya tersenyum melihat adik iparnya itu.


~~~~~~~~~~~~~~

"Hai Tuan Faizal".Sapa Erin yang menerjah bilik kerjanya.Tuan Faizal rasa kurang senang dengan tindakan Erin tu.

"Erin,awak buat apa kat sini ?".Soal Tuan Faizal mendatar.

"Saja..nak jumpa Tuan..busy ke ?".Soal Erin.

"Aah..busy..awak ada urusan ke ?".Soal Tuan Faizal lagi.

"Saja nak lepas rindu".Jawab Erin selamba.

"Jangan lah macam tu Erin,tak manis bila awak cakap macam tu dekat saya..patutnya awak kena hormat saya sebab saya kan seakan baya dengan papa awak ?".Jelas Tuan Faizal yang ingin menyedarkan gadis di depannya itu.

"Tuan ni bebel macam papa juga lah..boring".Jelas Erin dengan raut wajah menyampah.

"Oh ye,sebelum saya lupa..saya nak jemput awak ke majlis perkahwinan saya hujung minggu ni hari sabtu".Ucap Tuan Faizal.Erin terkejut dengan penyataan lelaki itu.

"Kahwin ? dengan siapa ?".Soal Erin dengan nada terkejut bercampur tidak puas hati.

"Dengan Iman..Iman yang datang masa kita tengah lunch haritu".Jawab Tuan Faizal tersenyum.

"Ohh okay,insyaallah...nanti saya tengok jadual saya kalau tak penuh".
Dia terus mengambil tasnya dan berlalu keluar dengan rasa amarah di hati.


~~~~~~~~~~~~~~

Iman sudah berada didalam kereta Hadi dibahagian sebelah pemandu.
Dia hanya menyepikan diri.Tiba-tiba tangan Hadi merayap ingin mencapai tangannya yang ada di atas pahanya itu.

"Eh, apa abang ni ?".Soal Iman marah.

"Sorry...abang suka dekat Iman".Jelas Hadi.Terkejut Iman dengan penjelasan lelaki itu.

"Apa yang abang mengarut ni ?".Soal Iman lagi.

"Abang dah lama suka dekat Iman..tapi abang tak mampu luahkan..
walaupun abang dah kahwin dengan kak Hanum..tapi separuh hati abang masih ada pada Iman".Jelas Hadi lagi.

"Kalau macam tu abang jadikan sepenuhnya hati abang milik kakak".
Terang Iman yang ingin menangis.

"Iman tolong lah faham dengan abang...abang nak Iman".Luah Hadi lagi.

"Iman minta maaf bukan kerana tak boleh terima abang..tapi Iman tak dapat jadi adik yang baik untuk abang dengan akak".Balas Iman.

"Iman memang taknak bagi abang peluang ?".Soal Hadi

"Bagi peluang ? untuk apa ? abang cakap jangan macam orang takda otak boleh tak ?".Soal Iman dengan rasa amarah dan diiringi tangisan.

"Iman dah nak kahwin hujung minggu,Iman nak abang berhenti buat kerja gila ni".Luah Iman dengan berani.

"Kahwin ? dengan siapa ?".Soal Hadi yang agak kuat membuatkan Iman terhinjut bahunya.

"Itu abang tak perlu tahu siapa".Jawab Iman.

"Iman memang cabar abang".Ujar Hadi lagi dengan menahan amarah di dada.

Mereka telah tiba di rumah Hadi.Berat hati Hadi sekarang ini.Tapi Iman lagi terseksa kerana Hadi.


~~~~~~~~~~~~~~

Pak Ahmad yang sedang duduk di pangkin itu dipanggil isterinya terjerit
jerit dari dalam rumah.

"Eh,awak ni dah kenapa pulak terjerit-jerit ni Nah".Soal Pak Ahmad kepada isterinya.

"Iman bang...Iman dah nak kahwin hujung minggu ni".Jelas Puan Hasnah yang masih terkejut dengan perkhabaran itu.

"Subhannallah,dah kenapa tiba-tiba nak kahwin ni ?".Soal Pak Ahmad terkejut.

"Tak tahu lah bang,pening saya dengan si Iman ni".Ujar Puan hasnah sambil mengurut-urut dahinya.

"Macam ni lah...kita ni dah tua..kalau fikir banyak sangat nanti dapat pulak penyakit...kalau dia takda buat salah memang niat nak berkahwin dengan hati yang ikhlas..kita biarkan je lah...tapi kalau ada suatu kesalahan yang berlaku...kita redha je lah..paksa pun tak guna..nanti jadi rumit lagi keadaan ni..kita nak ke bandar pun takda kemudahan..
jadi kita dekat sini doalah yang terbaik untuk anak-anak kita".Luah Pak Ahmad menenangkan isterinya.

"Yelah bang,saya ikut je cakap abang".Ucap Puan Hasnah tenang.

"Pejal..Pejal dekat mana nak ? tengoklah Iman ni Pejal..dia buat ibu risau...kalau Pejal ada mesti Pejal tak buat ibu macam ni kan ?".Rintih Puan Hasnah dalam hati.Air matanya bergenang di kelopak mata.Hati ibu yang tergantung rindu.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now