BAB 45

86 8 0
                                    

Pak Ahmad yang sedang duduk di ruang tamu itu sedang diperhatikan Hanum dengan rasa takut.Kerana dia ada perkara ingin disampaikan kepada ayahnya itu.

"Ayah..boleh tak kita panggil Faizal balik kampung ?".Pinta Hanum sekali lafaz tapi dalam keadaan takut yang amat.

"Betul tu ayah..kalau Faizal dah ada dekat sini..kita boleh bawak berbincang".Sampuk Hadi pula.

"Hanum tahu..di sudut hati ayah tu tetap akan ada rasa kasih terhadap Faizal..tapi ego ayah dah menyelaputi kasih ayah tu..kasih seorang ayah memang kita tak nampak..di umpama akar yang menjalar..tapi kita dapat rasa".Ujar Hanum kepada ayahnya.

"Kau jangan nak ajar aku..aku tahu apa yang aku buat..".Ujar Pak Ahmad.

"Suka hati ayahlah..Hanum dengan Hadi dah penat dah nasihat orang yang tak makan nasihat macam ayah ni..hmm..tapi satu je Hanum nasihat kan ayah..jangan sampai satu hari ayah menyesal pulak ye".Ujar Hanum sinis.Dia terus bangun dari tempat duduknya dan masuk ke bilik.Hadi hanya mengeluh kecil dengan sikap isterinya.

Hadi masuk kebiliknya dengan Hanum.Hanum yang sedang berdiri di tingkap bilik itu didapatkannya dan dipeluk dari belakang.Hanum terkejut dengan kelakuan Hadi itu.Hadi mengucup lembut kepala isterinya.

"Abang tahu ayah tu keras kepala..tapi tak apa yang sayang buat tadi tu tak patut..buruk baik dia..dia tetap ayah kita".Nasihat Hadi lembut kepada isterinya.

"Hanum minta maaf kalau buat abang rasa serba salah..tapi Hanum dah tak mampu nak tahan lagi dengan perangai ayah tu".Ujar Hanum kecewa.

"Sekarang ni kita dah buat kerja kita..dan kita diam je..kita tengok..
segala usaha kita selama ni sia-sia ke berbaloi..ayah tu pun manusia biasa jugak sayang..keras-keras hati dia..pasti ada lembutnya lagi".Ujar Hadi lembut.Hanum memusingkan badannya menghadap Hadi.Laju sahaja Hadi mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih.Mereka berpelukan sambik meyaksikan bulan yang menerangi malam di bumi ini.


~~~~~~~~~~~~~~

Tuan Faizal baru sahaja menyelesaikan tugasnya sebagai hamba.Dia melipat sejadah dan diletakkan di hujung katilnya.Dia duduk di atas katil.Dia terpandang kawasan di sebelahnya.Dia menyentuh cadar di kawasan sebelahnya itu.Dia berasa hiba.

"Sayang..abang rindu sayang...sayang janganlah tinggalkan abang lama dekat sini..abang nak sayang..doakan abang ye..abang nak bersatu dengan keluarga abang semula..abang nak ibu abang semula..dialah satu-satunya wali keramat abang..sayang permata hati abang..abang dah tak boleh nak hidup tanpa sayang".Ujar Tuan Faizal dalam tangisan.

Dia merenung di tempat selalu Iman baring.Dia meraba kawasan itu.Dia menitiskan airmata di kawasan itu.Sehinggalah dia terlelap dengan airmatanya.Dia menanggung perasaan rindu terhadap dua orang wanita yang jadikannya kuat.

Tuan Faizal sentiasa berharap supaya ayahnya memberi dia peluang.
Menjadi anak ayahnya semula dan memberi dia peluang untuk terus berbakti kepada keluarganya.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now