BAB 42

84 6 0
                                    

Pada pagi awan mendung ini,Iman,Pakcik Jamil dan Pak Ahmad.Akan bergerak untuk pulang ke kampung.Sepanjang perjalanan Iman dan Tuan Faizal hendak ke kereta.Iman tidak mahu melepaskan tangan Tuan Faizal.Dia memegang erat tangan lelaki itu.Tuan Faizal juga berasa amat berat hati mahu membiarkan isterinya pergi tetapi demi menagih sebuah kasih.Dia redhakan pemergian Iman.

"Abang nanti jaga diri tau..jangan tak makan..kalau sakit cepat-cepat jumpa doktor..tapi jangan gatal pulak dengan doktor tu".Ujar Iman didalam tangisan.Tuan Faizal tertawa kecil.Perilaku Iman itu disaksikan oleh ayahnya dan Pakcik Jamil.

"Ye sayang.abang tahu..sayang pun jaga diri dekat sana..abang dah takda dengan sayang..sayang kena berdikari sendiri..jaga hati ni untuk abang..jangan melawan cakap ayah dengan ibu..jangan nak buat perangai sayang tu je..lepas ni dah takda siapa nak layan tau".Ujar Tuan Faizal panjang.

"Ye tahu..kalau rindu Iman abang peluk cium baju Iman yang belum basuh tu tau...nanti hilang rindu".Ujar Iman selamba dengan memuncung.

"Yeke hilang rindu..bukan nanti makin busuk bilik kita tu ?".Sakat Tuan Faizal.Lepas ini dia akan rindu untuk menyakat buah hatinya itu.Dia tersenyum melihat Iman.

"Pakcik..nanti kalau sepanjang perjalanan nanti dia tak reti dengar cakap..pakcik letak je dia dekat RNR tau..biar kene lelong".Sakat Tuan Faizal lagi.Pakcik Jamil hanya tertawa dengan gelagat Tuan Faizal dan Iman.

"Dah..dah..cepat..nanti lambat gerak..nanti lambat sampai".Ujar Pak Ahmad tegas.Dia tidak berminat untuk menyaksikan adegan romantis Tuan Faizal dan Iman itu.

"Abang Iman pergi dulu tau..ingat pesan-pesan Iman tadi..jangan Iman balik nanti abang dah madukan Iman pulak ?".Ujar Iman melawak.

"Ehh..takk nanti abang pergi terus je".Ujar Tuan Faizal.

"Pergi terus mana ?".Soal Iman tidak puas hati.

"Abang pergi terus ke syurga cinta kita..chia..chia".Ujar Tuan Faizal juga melawak.Mereka tertawa bersama.

Iman mencium tangan suaminya lama.Tuan Faizal juga lama mencium dahi isterinya dan memeluk Iman dengan erat.Seolah tidak sanggup membiarnya pergi.Mana tidaknya,sejak mereka berkahwin tidak pernah sekali Iman berenggang denganya.Sehingga pergi ke pejabat pun Iman ikut.Dia masuk ke dalam kereta.Dia melambai Tuan Faizal sehingga hilang dari pandangannya.


~~~~~~~~~~~~~~

Sesampai sahaja Iman di kampung.terus dia mendapatkan ibunya.Dia memeluk Puan Hasnah erat.Mereka menangis kesedihan.Dia meminta ampun kepada ibunya.

"Maafkan Iman ye Ibu".Ujar Iman didalam tangisannya lagi.Hanum menenangkan kedua wanita itu.

"Faizal tak balik ke Iman ?".Soal Puan Hasnah yang mengejutkan Iman.
Dia mengalirkan airmata dengan deras.

"Tak Ibu..dia banyak kerja".Jawab Iman.Puan Hasnah melepaskan pelukannya dengan Iman.

"Sampai hati dia..taknak balik jenguk ibu dia...setakat surat yang dia bagi tu apa lah sangat nak lepas rindu pada dia".Ucap Puan Hasnah sebak.Iman terpinga,surat apa yang Ibu dia dapat daripada suaminya.
Ya,baru dia teringat.Tuan Faizal ada menulis sepucuk surat beberapa hari lepas.

"Nanti Iman suruh dia balik jenguk ibu ya".Ucap Iman memujuk Puan Hasnah.

"Aku yang tak kasi dia balik".Ucap Pak Ahmad yang mengejutkan seisi rumah dengan penyataannya itu.

"Kenapa abang suka seksa hati saya macam ni..apa dosa saya dengan abang ?".Soal Puan Hasnah dalam tangisan yang lebat.

"Aku tak kasi..aku punya sukalah...kau kena ingat walaupun syurga dia ada dengan kau..tapi syurga tu ada dengan aku..bila aku kata tak boleh. tak boleh lah..tak faham lagi ?".Ujar Pak Ahmad kasar.

Iman dan Puan Hasnah berpelukan dan menangis.Mereka berdua tersiksa jiwa merindui orang yang sama.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now