Iman sedang termenung ke luar tingkap.Dia amat rindu pasa suaminya Tuan Faizal.Dia ingin membuat panggilan dengan pengerang jantungnya itu.Iman mendail nombor segera suaminya.
Tut ! Tut ! Tut .
"Assalammualaikum sayang".Jawab Tuan Faizal.
"Waalaikumusalam abangggg".Jerit Iman gembira dapat mendengar suara suami tercintanya.
"Sayang jangan lah jerit-jerit..pekak lah abang".Ucap Tuan Faizal seraya tertawa kecil.
"Hahaha..biar abang pekak..abang sihat ke ?".Soal Iman yang suaranya sudah mula berat kerana menahan sebak didada.
"Sihat alhamdulillah...sayang okay tak dekat kampung..yang lain dekat kampung ada buli manja abang ni tak ?".Soal Tuan Faizal menyakat isterinya.
"Takda..tapi rindu nak kena buli dengan abang".Pinta Iman.
"Aikk..peliknya..orang takut nak kena buli. sayang rindu nak kena buli".
Jawab Tuan Faizal sambil tertawa."Abang ada mengatal tak dekat sana ?".Soal Iman cemburu tiba-tiba.
"Siapa yang nak mengatal dengan abang pulak ?".Soal Tuan Faizal pelik.
"Erin ke ? bukan boleh percaya dia tu".Jawab Iman selamba
"Ohhh..ada je dia kacau abang dekat office tapi abang suruh guard halau dia".Jawab Tuan Faizal jujur.
"Bagus..padan muka dia".Balas Iman suka.
"Sayang okay tak semalam tidur takda abang".Tanya Tuan Faizal
"Tak okay..sebab tak kena gentel dengan abang".Jawab Iman selamba.
"Hahahha..sayang ni nakal lah".Jawab Tuan Faizal sambil tertawa.
"Sayang..sebenarnya abang tengah kerja ni..nanti call lagi ye".Ujar Tuan Faizal meminta diri.
"Okay..abang I love you so much".Ucap Iman romantis.
"I love you too manja".Balas Tuan Faizal.Dan terus mematikan panggilan.
Iman tersenyum gembira selepas dapat berbual dalam panggilan dengan suaminya.
~~~~~~~~~~~~~~
Pak Ahmad,Hanum,Hadi dan Puan Hasnah sedang duduk di dapur sambil menyantap hidangan yang disediakan Puan Hasnah.Hanum hanya mampu melihat perangai ayahnya yang bersahaja dengan rasa tidak bersalah walau sedikit pun.
"Ayah...kenapa ayah taknak terima Faizal...ayah tak kesian dekat Ibu ke ?".Soal Hanum lembut.
"Kenapa aku kena kesian dekat Ibu kau pulak..dia yang lagi sibuk nak cari budak tu..budak tu yang dah conteng arang dekat muka aku ada dia kisah ?".Balas Pak Ahmad tanpa ada belas kasihan.Puan Hasnah terus merenung tajam suaminya.
"Abang memang manusia takda hati perut..abang sentiasa nak fikir pasal maruah abang je..habis abang ingat saya ni tak bermaruah ke ?".Soal Puan Hasnah dengan suara yang agak tinggi.Hanum disebelahnya menenangkan ibunya.
"Tapi saya tahu anak saya Faizal Imran tak buat bende terkutuk tu".Jelas Puan Hasnah yang mempertahankan Faizal anaknya.
"Sudah lah ayah..doa lah bebanyak pada allah..supaya bukakan pintu hati ayah tu..lembut kan hati ayah tu..sampai bila ayah nak jadi macam ni ?".Soal Hanum pula dengan lembut.
"Korang semua tak payah nak ajar aku..aku tahu apa yang aku buat...
aku lebih kenal anak aku".Jawab Pak Ahmad angkuh."Saya yang kendong dia 9 bulan abang..saya ni ibu dia..naluri ibu tak pernah salah..walaupun anak dia jauh..tapi dia kenal dan tahu siapa anak dia".Jawab Puan Hasnah dalam tangisan.
"Kau nangis lah airmata darah sekali pun..aku tetap dengan pendirian aku".Jawab Pak Ahmad dengan tegas dan terus bangun meninggalkan mereka bertiga di dapur.
Iman yang sudah tercegat di pintu dapur daripada tadi telah memeranjatkan Pak Ahmad yang ingin keluar dari kawasan dapur.Iman berdiri tegak di pintu dapur dengan airmata.
"Ayah..mungkin tak boleh terima Faizal sebagai anak..tapi ayah kena ingat Iman isteri dia..Iman tetap akan pilih dia..sebab dia syurga Iman".Jawab Iman dengan berani.
"Iman kau nak pilih dia ke..kau nak mati sama-sama dengan dia ke..itu ayah taknak tahu..yang ayah tahu..dia bukan anak aku".Jawab Pak Ahmad yang suaranya tinggi seoktaf.
Menangis Iman selepas ayah pergi membiarkan dia di pintu dapur tersebut.Puan Hasnah dan juga Hanum turut menangis mendengar penyataan Pak Ahmad itu.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...