BAB 35

87 6 0
                                    

Pada pagi ini Tuan Faizal sekali lagi untuk tidak kepejabat.Dia sendiri membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama isteri tercintanya.Tuan Faizal di bilik tayangan.Dia mengajak Iman menonton filem.Iman bersetuju dengan ajakannya itu.Dan Tuan Faizal mengarah
kan pihak anggota iringannya turut berada sentiasa dengannya walaupun dia tiada urusan kerja.Kerana dia plan untuk menegenakan ayahnya.Iman menjadi mangsanya.

"Sayang tengok movie jom ?".Ajak Tuan Faizal sambil menjeling ke arah ayahnya.Pak Ahmad hanya merenung pada Iman.

"Abang nak tengok cerita apa ? kita tengok cerita sex nak ? boleh belajar macam-macam style".Pinta Iman selamba.Terbutang mata Tuan Faizal.Dia menepuk dahinya.

"Haihh..sayang ni..suka tau cakap macam ni..nakal eh ?".Ayat terakhirnya sengaja dia tinggikan suara pada Iman kerana dia ingin melihat reaksi ayahnya.Pak Ahmad mencerlung tajam kepada Tuan Faizal.Tetapi tetap tidak diendahkan oleh Tuan Faizal.Dia girang di dalam hati.Dia berjaya mencuit hati ayahnya walaupun dengan cara kasar.Dia terpaksa menagih kasih dari lelaki tua itu.

"Abang ni tak payah lah cakap kuat-kuat..Iman tak pekak lagi lah..dapat bini pekak baru tau ?".Ugut Iman.Telatahnya itu diketawakan oleh beberapa orang anggota termasuk Pakcik Jamil.Mereka tidak tahan melihat kerenah manjanya itu.

"Ktuk !..jom".Satu ketukan hebat singgah di kepala Iman.Iman menggosok kepalanya kerana sakit.Dia geram melihat suaminya tiba-tiba sahaja mahu berkasar dengannya.Dia tidak tahu itulah cara Tuan Faizal ingin mencuri dan menagih kasih ayahnya.Bukan seperti Iman memang sudah disayang seperti Tuan Puteri.


~~~~~~~~~~~~~~

Puan Hasnah kini hanya berbaring atas katil akibat tidak sihat.Dia sakit kerana menahan rindu pada anak lelakinya.Dia ingin berjumpa dengan anak lelakinya itu.Tapi apakan dayanya,suaminya tidak mengizinkan dia berjumpa dengan Faizal.

"Ibu..Hanum ada bawak bubur untuk Ibu..kita makan sikit ye".Ajak Hanum.

"Ibu takda selera nak makan".Jawab Puan Hasnah lemah sambil memandang mangkuk bubur yang dipegang Hanum.

"Ibu janganlah macam ni..kesian dekat Hanum..penat Hanum masak sedap-sedap untuk Ibu..Ibu tak sayangkan Hanum ke ?".Soal Hanum ingin memujuk ibunya.

"Ibu nak Faizal".Pinta Puan Hasnah.Hanum mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hanum boleh je minta Faizal balik sini tapi kalau ayah dapat tahu..mesti dia akan halang Hanum balik jumpa Ibu..Hanum taknak kehilangan Ibu sama macam Faizal kehilangan Ibu".Kata-kata Hanum sedikit tersekat kerana menahan sebak didada.

"23 tahun Hanum...23 tahun Ibu pendam perasaan ni..tapi takda siapa pun yang tanya atau tahu..bila Ibu tahu Iman dah jadi isteri Faizal...Ibu bangga sebab allah dah dekatkan dia dengan Ibu...tapi kalau ayah masih simpan ego dia..Ibu tak boleh nak buat apa-apa..terpaksa pendam perasaan ni sampai mati je".Ucap Puan Hasnah hiba.

Hanum menangis dan memeluk Ibunya.Dia ingin membantu Ibunya bertemu dengan Faizal.Tapi apakan dayanya dengan keadaan dia yang sedang mengandung 5 bulan itu.Dia juga hanya mampu berdoa kepada allah supaya segalanya dipermudahkan.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now