BAB 2

126 8 0
                                    

Hari ini Iman akan pergi ke sebuah syarikat untuk menyiapkan tesisnya.
Dia sudah nekad yang dia akan pergi ke syarikat yang kini berdiri gah
di Negara ini.Iman tidak menjamah makanan yang telah disediakan oleh rakan sebiliknya malah dia terus bergegas keluar sahaja.

"Eh Iman,kau tak sarapan dulu ke ?".Jerit Amira kepada Iman yang sudah pun berada di luar rumah sedang menyarungkan kasutnya ke kaki."Tak lah,aku dah lambat ni ".Ujar Iman yang terus meninggalkan rakannya itu bersendirian di rumah."Hmm,yelah kau dah lambat..sebab semalam kau dah buat kerja gila yang orang tak pernah buat kan".Ujar Amira seorang diri dengan perangai sahabatnya itu.Amira terus mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan dan disuapkan ke dalam mulutnya.Selepas makan dia terus bersiap untuk kerumah ibu bapanya yang agak dekat dengan kawasan perumahannya.

Di F.I. Empire yang agak sibuk dengan tetamu dan juga kakitangan
syarikat tersebut.Tuan Faizal sedang meneliti fail dan dokumen-dokum
en penting di biliknya.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang dari luar."Yes,come in".Arah Tuan Faizal Kepada gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu."Ahh,Tuan..Tuan ada tetamu..saya dah cuba
halang dia..t...tapi dia taknak dengar".Luah Marina pembantu peribadi Tuan Faizal."Siapa yang nak jumpa saya ?".Soal Tuan Faizal kepada pembantunya itu.Tiba-tiba terjegul satu wajah yang amat dia kenali dan wajah itulah yang membuatkan fikirannya bercelaru semalam.

"Assalammualaikum Tuan,ingat saya lagi ?".Soal Iman seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam yang membuatkan orang dihadapannya terjerit kuat melihat kad ucapan pemberiannya itu."Eh,awak macam mana boleh masuk ke bangunan ni ? kalau ada apa-apa urusan selain kerja saya tak layan.Tolong keluar sekarang !".Marah Tuan Faizal dengan Iman,tetapi Iman hanya memberi riak wajah selamba seperti tidak takut dengan suara yang agak keras diberi oleh Tuan Faizal."Alaa,
Tuan saya cuma nak jumpa Tuan,rindulah".Terkejut Tuan Faizal dengan penyataan gadis itu.Sedangkan dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan gadis dihadapannya."Awak jangan nak buat kerja gila lagi ye,
cukuplah semalam awak dah buat saya gila...".Kata-kata Tuan Faizal mati apabila dibidas oleh Iman."Haa,gila..Tuan gila apa ?....Tuan gilakan saya ke ?Hahaha..saya tahu memang ramai gilakan saya tapi saya tak gilakan dorang saya gilakan Tuan je..Hahaha".Penyataan Iman itu membuatkan Marina yang berada di sisi majikannya itu terbutang mata dan tenganga mulutnya.Tuan Faizal tidak mampu berkata-kata dengan gadis itu lagi.Dia mengurut-urut dahinya yang terasa denyut kerana melayan gadis yang tidak waras itu."Eh,Tuan sakit kepala ke ? hmm tulah Tuan,saya suruh kahwin dengan saya Tuan taknak..kalau dah jadi bini boleh saya tolong picitkan kepala Tuan,tapi bukan setakat picit kepala..Nak picit dari atas sampai bawah pun boleh ?".Nyata Iman dengan riak wajah tidak bersalah.Marina menepuk dahinya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya kerana tertekan dengan perangai gadis itu.

"Iman Khalida,sepanjang saya didalam karier ni belum pernah sekali pun ucapan atau hadiah yang pelik saya dapat,tapi semalam awak berjaya ubah hidup saya jadi gila..awak memang ada sesuatu kelainan Iman..saya belum pernah dapat kad ucapan yang orang ajak saya kahwin.Iman awak muda lagi masih jauh perjalanan awak,dan saya doakan awak jumpa dengan jodoh yang mampu bahagiakan awak ye Iman".Luah Tuan Faizal kepada gadis dihadapannya."Ohh,okay..so kira saya kena reject lah ni ? takpa-takpa saya akan usaha lagi untuk dapatkan Tuan ye ?".Ucap Iman bersahaja.Tuan Faizal dan Marina saling berpandangan,gadis ini terlalu berani dengannya.


~~~~~~~~~~~~~~

Selepas habis kelas bersama pelajar bidang arkeologi Hadi terus menuju ke kafe untuk membasahkan tekaknya yang sudah kering akibat terlalu banyak bersuara sepanjang sesi mengajar."Amira,tunggu kejap".Panggil Hadi yang ternampak kelibat gadis itu menuju ke suatu arah."Eh,Prof Hadi..ye kenapa Prof panggil saya ?".Soal Amira ingin tahu."Awak dari mana ?  bukan ke selalu awak dengan Iman ? mana dia ?".Soal Hadi ingin tahu tentang keadaan gadis itu."Aah,harini saya sorang je..Iman ada kerja so saya datang sorang je lah..saya dari rumah mak saya..datang sini pun nak ambil barang kejap".Terang Amira."Ohh,
awak boleh bagi saya nombor Iman tak ?".Tanya Hadi meminta Izin.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now