BAB 39

78 7 0
                                    

Malam itu,Tuan Faizal diminta berkumpul di ruang tamu oleh Pak Ahmad bersama-sama Iman dan Pakcik Jamil.Dia sudah bersedia jika ada peperangan dia bersama Iman tentang kisah silamnya.

"Kenapa ayah panggil kami ?".Soal Iman ingin tahu.Tuan Faizal hanya mendiamkan diri disebelahnya.

"Ayah nak bagitahu Iman...yang Faizal...anak ayah".Jelas Pak Ahmad dengan nada tidak suka.

"Anak ?...".Iman terkejut dengan penyataan ayahnya.Dia melihat Tuan Faizal disebelah,malah lelaki itu hanya membuang pandangan ke lantai.

"Kenapa abang tak bagitau Iman yang ayah adalah ayah kandung abang ?".Soal Iman tidak puas hati dan suaranya agak tinggi.

"Iman jangan biadap dengan abang ye".Amaran diberi oleh Tuan Faizal.

"Abang ni memang suka berahsia dengan Iman ye..sampai hati abang".
Ujar Iman sambil menangis.

"Iman tak perlu tahu siapa abang dengan ayah..cukup ayah tahu yang Iman milik abang seorang".Ucap Tuan Faizal sambil memandang ayahnya.

"Abang nak jadi anak derhaka ke ? abang bukan nak balik kampung pun..ada abang balik tengok Ibu..dia selalu cakap dekat Iman dengan kakak dia rindu dekat seseorang..rupanya itu....abang".Jelas Iman lagi dengan kuat tangisannya.

"Cukup Iman..abang memang anak derhaka..abang ni anak tak guna..
semua orang salahkan abang..dan teruskan sahaja salahkan abang..
abang penat..penat jadi baik..penat hidup atas muka bumi ni. tapi takda sesiapa pun yang hargai abang".Suara Tuan Faizal naik seoktaf memeranjatkan Pak Ahmad dan Pakcik Jamil.

"Kalau rasa diri tu tak cukup baik..lain kali jangan tunjuk diri tu macam orang baik.".Sinis kata-kata Iman.

Iman terus meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu.Hempasan pintu bilik dapat didengari seisi rumah.Tuan Faizal meminta maaf kepada kedua orang tua itu.Dia naik ke bilik untuk mendapatkan Iman.

"Iman..pergi minta maaf dengan ayah..tadi Iman dah kurang ajar dengan ayah".Ucap Tuan Faizal dengan tenang.Tapi hatinya masih marah.

"Abang lah pergi minta maaf dengan ayah..abang yang kurang ajar dengan ayah..dia yang buat hal..kita pulak jadi mangsa".Ujar Iman biadap dengan suaminya.Tuan Faizal merenung Iman dengan dahi berkerut.

"Iman...abang tak pernah ajar Iman kurang ajar macam ni..kenapa dengan Iman ni ?".Soal Tuan Faizal tidak puas hati

"Iman biadap sebab dapat suami yang tak guna macam abang ni".Biadap Iman kepada suaminya lagi.

"IMAN KHALIDA.....".Naik seoktaf sekali lagi suara Tuan Faizal memarahi Iman.

"Iman benci abang".Ujar Iman terus memasuki bilik bacaan yang berada di dalam bilik tidurnya.

Tuan Faizal meraup mukanya kasar.Dia menangis.Dia tidak dapat memperbetulkan keadaan.Dia berbaring di atas katilnya tapi tidak dapat melelapkan mata.Dia termenung menghadap siling.Dia bangun dari pebaringan dan masuk ke bilik bacaan yang berada di dalam bilik itu.Dia mendapati ada tangisan kecil dari Iman.

"Sayang...".Belum sempat Tuan Faizal habis berkata.Iman terus bangun dari perbaringan dan memeluk Tuan Faizal erat.

"Iman berdosa...Iman minta maaf abang..Iman sayang abang..tak pernah sekali pun Iman rasa menyesal kahwin dengan abang..ampunkan Iman abang".Ucap Iman didalam tangisan.Tuan Faizal mengeratkan pelukannya dengan isteri tercintanya.

"Iman isteri yang baik..abang bersyukur sebab ada Iman...thank you sayang sebab sudi jadi permaisuri hati abang".Ucap Tuan Faizal romantis didalam tangisannya.

Iman mencium tangan suaminya.Tuan Faizal membalas dengan kucupan cinta didahi Iman Khalida.Mereka sudah menjalani liku kehidupan pada hari ini.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now