Hari ini Pak Ahmad dipanggil oleh ketua dari Jabatan PDRM.Iaitu DSP Fairuz Mizan.Pak Ahmad akan ditugaskan ke suatu tempat di bandar besar Johor beberapa bulan lagi.
"Assalammualaikum Tuan,saya datang ingin melapor diri Tuan.Saya Inspektor Ahmad Bin Din akan melaksanakan Tugas dan Tanggungjawa b dengan adil Tuan...Tuan".Tabik Hormat diberi oleh Pak Ahmad kepada Ketuanya sebagai seorang anggota.
"Baik,saya di sini ingin menyampaikan amanah yang telah diberi kepada saya untuk Encik Ahmad.Beberapa bulan lagi kita akan ke bandar dan bertugas di sana untuk mengawal dan menjaga keselamatan VVIP yang akan disenaraikan tidak lama lagi".Jelas DSP Fairuz.
"Baik Tuan,arahan diterima Tuan.Terima Kasih Tuan".Sekali lagi Tabik Hormat diberi kepada Tuan DSP.
"Baik,terima kasih".Ucapan Terima Kasih diberi mengakhiri perjumpaan secara rahsia itu.
~~~~~~~~~~~~~~
Hadi yang ralit meneliti fail semakan pelajar itu terhenti tingkah laku
nya apabila seseorang yang dicarinya beberapa hari lalu melintas dihadapan."Iman,saya nak cakap dengan awak sekejap".Panggil Hadi yang tahan
Iman dari teruskan perjalanannya menuju ke kelas itu."Yes Prof,boleh saya bantu Prof ke ?".Soal Iman apabila lelaki itu menahannya tiba-tiba.
"Ah,saya nak tanya awak dah ada dalam group whatsapp tu ke belum ?".Soal Hadi yang tidak ada punca ingin menanyakan soalan.
"Ohh,dah..kan Prof dah masukkan saya dalam group tu..cuma Prof belum masukkan saya dalam hati Prof je..hihihi..".Gurau Iman dengan Hadi.Hadi tersenyum bahagia dengan gurauan Iman itu.kerana dia menyimpan sebuah perasaan terhadap gadis itu.
"Eh,boleh je kalau awak nak..bagi alamat rumah saya hantar rombongan".Jawab Hadi teruja.
"Eh,taklah Prof..saya gurau je".Nyata Iman tentang gurauanya itu.
"Tapi kalau betul-betul apa salahnya kan ?".Soal Hadi cuba masuk perangkap.Iman sudah tidak selesa dengan lelaki itu.Tidak dia sangka gurauannya itu diambil serius oleh Hadi.
"Ahh,Prof saya ada kelas ni..saya pergi dulu ye..assalammualaikum".
Salam diberi dan Iman terus berlalu dari situ.Kalau makin dilayan makin menjadilah Profnya itu.Hadi memerhatikan kepergian Iman itu dari belakang.Dia tersenyum melihat gadis itu.Dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu.Dan dia sedang usahakan sesuatu buat gadis itu.
~~~~~~~~~~~~~~
Pada pagi ini Tuan Faizal berpakaian kasual ke F.I. Empire.Dia mengam
bil keputusan untuk tidak terlalu lama berada di pejabatnya.Sesampai sahaja dia di tingkat tempat dia bekerja,dia melihat ada sepasang mata yang melihatnya dari jauh."Tuan..Tuan..Tuan,nak tanya boleh ?".Tahan Marina pada Tuan Faizal setelah lelaki itu menghampiri di mejanya.
"Nak tanya apa Marina ?".Soal Tuan Faizal Kepada Marina.
"Tuan ada sakit jantung tak ?".Tanya Marina dengan riak wajah yang suspen itu.
"Eh,awak dah gila ke ? 3 bulan lepas saya pergi check doktor rekod kesihatan saya baik".Jawab Tuan Faizal dengan penuh yakin tapi ada nada sangsi dengan pembantu peribadinya itu.
"Saya harap kalau Tuan masuk bilik nanti,Tuan tak kena heartattack lah ye ? Dan saya harap Tuan fikirlah masak-masak keputusan apa yang patut Tuan buat".Jelas Marina kepada Tuan Faizal.Ada sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan oleh Marina tapi sayang tidak difahami Tuan Faizal.
"Awak ni mangarut lah Marina,banyak sangat tengok drama lah ni".
Marah-marah sayang Tuan Faizal kepada Marina.Marina hanya membuat riak wajah risau.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...