BAB 17

96 4 0
                                    

"Aku terima nikahnya Iman Khalida Binti Zain dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran.Laungan Ucapan Sah telah bergema di dalam rumah agam Tuan Faizal.

Tetamu yang hadir bagi menjayakan majlis ringkas ini adalah Marina,
orang-orang kepercayaan Tuan Faizal dan saksi-saksi akad nikah.Tuan Faizal bangun dari duduknya menuju ke arah Iman khalida yang kini bergelar isterinya.Iman tertunduk malu sewaktu Tuan Faizal ingin menyarungkan cincin ke jari manisnya.Entah mengapa perasaan malu itu bertandang di hatinya.

"Terima kasih Honey".Ucap Tuan Faizal.Iman hanya membalas senyuman kepada suaminya itu.

Selepas tamat majlis tersebut,para tetamu minta diri untuk pulang dan mengucapkan tahniah kepada Iman dan suaminya.

Haa,Tuan..lepas ni jangan nak buat hal lagi pulak tau ?".Tegur Marina.

"Buat hal apa ?".Soal Tuan Faizal.

"Buat hal suka sakitkan hati Iman lah".Balas Marina.

"Ohh..insyaallah saya tak buat yang tu..tapi..saya akan buat hal yang melibatkan pahala...".Jawab Tuan Faizal sambil mengenyitkan mata pada Iman.

"Tuan..saya faham perasaan Tuan sekarang ni..tapi please bukan dekat sini".Jawab Marina selamba.

"Saya pun tak cakap nak buat dekat sini..nanti lah tunggu malam sikit..awal lagi ni".Balas Tuan Faizal selamba yang membiarkan Iman terpinga-pinga dengan penerangan dia itu.

"Korang jangan kias-kias boleh tak ? nak cakap..cakap jelah..Iman tak faham lah".Jujur Iman yang rasa dipermainkan oleh suaminya dan Marina.Terhambur tawa Tuan Faizal dan Marina.

"Takpa eh Iman,malam ni abang akan buat Iman faham".Jawab Tuan Faizal dengan penuh makna.

"Kenapa malam,tak boleh ke sekarang ?".Soal Iman selamba.Marina sekali lagi berdekah dengan kuat.

Iman Khalida seorang remaja yang mentah dan manja.


~~~~~~~~~~~~~~

"Abang,tadi Iman call..dia kata majlis dia dah selesai..alhamdulillah dapat lagi kita menantu ye bang ?".Beritahu Puan Hasnah.

"Alhamdulillah...itu namanya rezeki...kita jaga lah keluarga kita ni dengan baik".Balas Pak Ahmad.

"Abang,saya nak tanya sikit boleh ?".Soal Puan Hasnah yang agak gementar itu.

"Haa,nak tanya apa ?".Soal Pak Ahmad kembali.

"Abang....taknak cari Pejal ke ? saya rindu dia abang".Soal Puan Hasnah yang mengumpul keberaniannya didada.

"Kenapa aku kena cari dia...dia yang buat taik dekat muka aku ni lagi nak suruh aku cari dia ?".Soal Pak Ahmad yang suaranya agak bergetar.

"Itu anak kita bang,saya ni yang mengandungkan dia...susah sangat ke abang nak maafkan anak kita tu..lembutkan lah hati abang tu..lapang
kan lah dada abang tu untuk terima anak kita balik bang".Luah Puan Hasnah.

Pak Ahmad hanya mendiamkan diri.


~~~~~~~~~~~~~~

"Abang dari mana ?".Soal Hanum kepada suaminya.

"Kau sibuk kenapa ?".Soal Hadi kasar.

"Hanum tanya je abang".Jawab Hanum lemah.

"Kau tak payah sibuk pasal aku nak ke mana ? kau jaga anak dalam perut tu baik-baik sudah".Jawab Hadi yang agak sinis.

"Hanum tak tahu..apa salah Hanum dengan abang ? sampai abang layan Hanum macam ni sekali".Soal Hanum diiringi tangisan.

"Kau jangan tanya soalan bodoh ni dekat aku boleh tak ? kau nak tahu kenapa ? sebab kau lah aku tak dapat adik kau tu".Luah Hadi dengan kasar.

"Ya allah,kenapa abang taknak terima takdir ni abang...Iman tu tak tertulis untuk abang pun".Luah Hanum diiringi tangisan yang makin lebat.

"Kau memang bawa sial dalam hidup aku tahu tak ?".Jawab Hadi lagi.

Hanum hanya mampu meluahkan sakit didalam hatinya dengan tangisan sahaja.


~~~~~~~~~~~~~~

Sewaktu makan malam,Tuan Faizal pinta kepada Mak Biah supaya hanya dia dan Iman sahaja yang menikmati makan malam dan suasana kawasan pantai tersebut.

"Abang....terima kasih sebab terima Iman dalam hidup abang..Iman tahu Iman nakal..tapi Iman cintakan abang".Luah Iman sambil menghulurkan sudu yang berisi nasi itu ke mulut suaminya.

"Sama-sama sayang...abang sayangkan Iman sangat-sangat..Iman jadi isteri yang baik untuk abang okay ?".Luah Tuan Faizal pula.

"Lepas ni kalau Iman nak minta abang apa-apa pun boleh lah ye ?".Soal Iman agak teruja.

"Boleh sayang".Ucap Tuan Faizal lembut.

"Tapi abang nak bagitau ni..kita nanti akan pindah tau..abang dapat diiktiraf jadi VVIP..so lepas ni kita akan ada bodyguard..polis yang mengawal..dan kemudahan yang lain".Beritahu Tuan Faizal kepada Iman.

"Wahh bestnya...terima kasih abang bahagiakan Iman".Tuan Faizal terus mengucup dahi isterinya itu.

Mereka menikmati makanan dengan tenang dan pemandangan yang indah itu.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now