Hari ini Tuan Faizal membuat keputusan tidak akan ke pejabat kerana hendak menguruskan majlis pernikahannya dengan Iman.Tuan Faizal sedang meneliti fail-fail sulit yang diuruskan dari pejabat agama.
Marina tiba-tiba muncul dengan wajah yang gembira."Haa,ni kenapa tersengih macam kerang busuk pulak ni ?".Soal Tuan Faizal pelik.
"I have good news for you".Ujar Marina yang tidak sabar untuk memberitahu berita gembira itu.
"What Marina ?".Soal Tuan Faizal..dia sudah teruja untuk tahu berita itu.
"Tuan ingat tak..yang Tuan pernah pergi satu majlis kerabat diraja..and ada kerabat cakap dengan Tuan kan..dia nak iktiraf Tuan sebagai orang nombor satu berpengaruh dekat malaysia ni ?".Jelas Marina yang teruja.
"Aah..kenapa ?".Soal Tuan Faizal lagi.
"Pihak dia baru buat panggilan..dia akan sediakan sebuah rumah banglow 5 star lengkap dengan kecangihan dan dia akan iktiraf Tuan sebagai VVIP tak lama lagi".Ujar Marina seraya menjerit gembira.
"Hahaha..Alhamdulillah..rezeki kita Marina".Ucap Tuan Faizal.
"Eh, jangan lupa dah nak ada bini..rezeki Iman juga".Ujar Marina bergurau.
Mereka ketawa gembira..hanya allah saja yang tahu betapa bahagianya mereka.
~~~~~~~~~~~~~~
Amira sedang ralit melihat Iman kemas pakaiannya untuk dibawa kerumah barunya selepas dia berkahwin.
"Kau memang tak sayang aku kan ?".Soal Amira sebak.
"Lahh..kenapa cakap macam tu ? aku sayang kau lah".Jawab Iman sambil menyeka air mata Amira.
"Kenapa cepat sangat kau nak tinggalkan aku ?".Soal Amira dalam keadaan teresak-esak.
"Kau ni macam budak kecik lah..kan nanti jumpa jugak dekat Uni..
jangan lah sedih camni".Pujuk Iman."Nanti kalau dah kahwin kau jadilah isteri yang baik buat Tuan Faizal.
Aku tahu dia suami yang baik..dia boleh bimbing kau".Nasihat Amira."Terima kasih Amira..sebab sebelum ni kau banyak tolong aku...aku tak sangka idea bodoh kau jadi kenyataan untuk aku kahwin dengan Tuan Faizal".Tertawa mereka berdua.Amira yang memberi cadangan pada Iman untuk ajak Tuan Faizal kahwin pada pertama kali dia menulis kad ucapan buat Kanda pujaanya itu.
~~~~~~~~~~~~~~
"Abang,dah berapa hari ni abang diam je ?".Soal Hanum pada suaminya.
"Aku diam pun salah ke ?".Tempik Hadi.
"Hanum cuma tanya je abang,Hanum risau kalau abang tak sihat ke ?".
Tanya Hanum lembut dan penuh sabar walaupun dilayan kasar oleh suaminya."Ye memang aku tak sihat..tak sihat dengan perangai adik kau tu..aku akan pastikan dia terima balasan sebab tolak cinta aku".Ujar Hadi sinis tanpa menghiraukan isterinya yang ada didepannya sekarang.
"Abang boleh bawak mengucap tak ? Iman tu adik Hanum..dia dah nak kahwin..sudah lah abanggg..Hanum tersiksa dengan perangai abang ni..cukup-cukup lah abang buat Hanum...kalau abang tak sayang kan Hanum abang lepaskan Hanum lepas Hanum bersalin".Terang Hanum
membuatkan Hadi terkejut."Mengandung ?".Soal Hadi yang tidak tahu mahu gembira atau sebaliknya.
"Ye Hanum mengandung 2 minggu..tapi Hanum rasa sia-sia je beritahu abang".Jawab Hanum kecewa.
"Aku ni suami kau tau..kau patut beritahu aku".Terang Hadi.
"Hmm,buat apa beritahu..kalau abang asyik sibuk dengan perkara yang tak sudah".Jawab Hanum ringkas dan terus meninggalkan Hadi sendirian.
Hanum dan Hadi sering bergaduh,kerana Hadi masih menceritakan tentang Iman pada Hanum.Hati isteri mana yang tidak sakit jika suami menceritakan tentang perempuan lain padanya.Lagi-lagi Iman itu adalah adik kandungnya.
~~~~~~~~~~~~~~
Erin yang sedang duduk di halaman rumah itu termenung sambil memikirkan tentang Tuan Faizal yang bakal berkahwin beberapa hari lagi.Dia rasa sakit hati dengan wanita yang menjadi pilihan Tuan Faizal itu.
"Hmm,kau pilih Iman ? budak mentah ?..takpa Faizal..aku akan pastikan kau akan menyesal dengan pilihan kau tu..kau tolak cinta aku sebab papa aku kan...dan kau..aku akan pastikan kehilangan cinta kau kerana aku..hahahaha".Erin tertawa jahat dan berlagak dengan plannya mahu meruntuhkan masjid yang akan dibina Tuan Faizal tidak lama lagi.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...