BAB 25

112 7 0
                                    

Pagi ini Hadi akan ke UTM.Dia memakai pakaian yang disediakan oleh isterinya.Hadi sudah merancang ingin membawa Hanum keluar makan malam selepas dia pulang dari kerja.

"Sayang..nanti lepas abang balik kerja kita keluar ye ?".Ajak Hadi kepada Hanum.

"Keluar ? nak pergi mana abang ?".Hanum berasa teruja apabila suaminya mengajaknya keluar bersama.

"Kita makan malam nak ?".Beritahu Hadi lagi.

"Tapi nanti abang tak penat ke ? kesian abang nanti balik kerja penat".
Luah Hanum.

"Sayangkan ada...tengok sayang pun abang rasa hilang penat".Jelas Hadi romantis.Ye dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya bersama Hanum.

Hadi mencium tangan Hanum dengan penuh rasa kasih.Hanum membalas ciuman tersebut di dahi Hadi.Mereka kini sedang membina bahtera baharu.


~~~~~~~~~~~~~~

Iman sudah terjaga dari tidurnya.Dia bangun duduk dan bersandar di kepala katil.Dia tidak memakai sebarang baju,hanya selimut menutupi tubuhnya.

"Morning sayang".Tegur satu suara dari luar beranda.Terkejut Iman melihat Tuan Faizal yang hanya berlilitkan tuala dipinggang.Dia sudah tidak keruan melihat suaminya.

"Ingatkan abang keluar tadi".Ujar Iman.

"Takkan lah abang nak keluar ambil angin..pastu tinggalkan buah hati abang dekat sini".Terang Tuan Faizal.

"Abang dah mandi ke ?".Soal Iman yang tidak sedar dia sudah masuk jerat Tuan Faizal.

"Abang suka soalan tu..jom mandi..abang belum mandi lagi".Terang Tuan Faizal dengan nada yang nakal.

"Abang ni pantang ada peluang eh ?".Jelas Iman dengan muka cemberutnya.

"Siapa suruh bagi abang peluang ?".Soal Tuan Faizal selamba.

"Iman nak mandi sendiri..abang pun mandilah sendiri".Jelas Iman dengan wajah yang yakin.

"Abang nak mandikan Iman dan abang nak Iman mandikan abang".
Pinta Tuan Faizal yang tawanya sudah pecah suasana bilik.

"Ehh,boleh..tunggu masa abang dah jadi jenazah nanti Iman mandikan abang".Jawab Iman selamba.

"Ohh..sayang dah tak sayang abang eh ? nak abang mati cepat ke ?".
Soal Tuan Faizal sayu.

"Alaaa..Iman gurau je".Nyata Iman yang mula rasa bersalah.

"Hahahha..tahu takut...".Tawa besar Tuan Faizal.

Iman merajuk dengan suaminya.Namun Tuan Faizal bijak dalam urusan pujuk memujuk Iman.Dia mendekati isterinya,dia mengusap kepala Iman dengan lembut.Iman terbuai dengan perilaku Tuan Faizal.Dia membaringkan tubuh Iman semula dan menimpa Iman dibawahnya.
Dia mencium dahi Iman yang turun ke mata kiri dan kanan,turun kepipi kiri dan kanan dan yang terakhir turun ke bibir Iman yang mengoda.
Lama mereka bertaut bibir.

"Harini hari terakhir kita dekat sini..abang akan puaskan sayang sepuas-puasnya sampai sayang takkan lupa sampai bila-bila".Ujar Tuan Faizal seperti berbisik dan mengoda.

"Iman cintakan abang".Tuan Faizal hanya tersenyum.Itulah perangai Iman jika sudah tergoda hanya tiga perkataan itu sahaja yang keluar dari mulutnya.

Mereka melayari bahtera asmara.Mereka hanyut dalam lautan nafsu.


~~~~~~~~~~~~~~

Pak Ahmad diberi sebuah fail tentang maklumat VVIP yang bakal dia bekerjasama itu.Dia meneliti fail tersebut dengan tumpuan sepenuhnya.

"Faizal ? siapa dia ni ? dia ke ?".Soal Pak Ahmad sendirian.Dia terbaca nama Tuan Faizal,tetapi tidak pasti sama ada orang yang sama dimaksudkan Pak Ahmad atau tidak.

Dia mengelamun memikirkan nama itu.Dia ingin mencari jawapannya.

Wali Keramatku [COMPLETE]Where stories live. Discover now