Harini Tuan Faizal ingin membuat kerja dari rumah.Dia ingin meluagkan masa yang banyak dekat rumahnya.Dia ingin melayankan kerenah manja Iman.
"Abang..tengah buat apa tu ?".Soal Iman yang sedang melihat Tuan Faizal menulis sesuatu.
"Takda apa ?".Sembunyi Tuan Faizal.
"Kenapa abang tak pergi kerja harini ?".Soal Iman.
"Malas..takut kena serang dengan Erin tu lagi".Beritahu Tuan Faizal selamba.
"Ishhh..semak je dia tu..sakit hati Iman semalam..jahat lah dia abang".
Luah Iman."Siapa kata dia baik ?".Soal Tuan Faizal sambil menulis.
"Tak sangka buruk gila perangai dia..".Jelas Iman lagi.
"Dah lah..tak payah bercerita pasal dia lagi..buang masa abang je".
Ucap Tuan Faizal.Sedang mereka duduk berdua Pakcik Jamil datang menghampiri mereka berdua.
"Faizal..Pakcik nak cakap sikit boleh ?".Ujar Pakcik Jamil meminta izin untuk berkata sesuatu.
"Masuklah Pakcik...ada apa Pakcik".Ajak Tuan Faizal.
"Faizal jangan salah faham atau ambil hati dengan ayah ye...Faizal pun tahu kan perangai ayah macam mana..".Ujar Pakcik Jamil.
"Takpalah Pakcik..Faizal kenal ayah tu..nanti elok lah tu..Faizal hanya mampu doa je".Ujar Tuan Faizal tenang.
Iman yang berada di situ sedang menyaksikan perbualan dua lelaki di hadapannya.Dia tidak faham apa yang cuba dimaksudkan Pakcik Jamil.
Pakcik Jamil kenal dengan Tuan Faizal ?.
~~~~~~~~~~~~~~
Pada petang yang hening di Kampung Pengkalan Batu,Muar,Johor.
Hanum menemani ibunya mengambil angin di halaman rumah.Dia gembira bila melihat ibunya ada rasa ingin keluar rumah.Jika tidak ibunya akan sentiasa duduk berkurung di dalam rumah."Dulu Ibu selalu bawak Faizal main dekat halaman depan ni masa dia kecil-kecil".Cerita Puan Hasnah.
"Dia kalau dah jumpa dunia luar..ada saja akal dia nak buat macam-macam".Cerita Puan Hasnah lagi sambil tertawa.
"Kalau Ibu dapat jumpa dia Ibu nak buat apa ye ?".Soal Hanum takut-takut.
"Ibu nak dakap dia tanpa lepas".Luan Puan Hasnah yang suaranya sudah berat didada.Gugur airmata Hanum.
"Hanum dapat rasa apa yang Ibu rasa....".Ayat Hanum belum dihabiskan lagi sudah dibidas oleh Puan Hasnah.
"Semua cakap dapat rasa apa yang ibu rasa..tapi tak semua boleh buat sesuatu untuk Ibu".Luah Puan Hasnah.Terdiam Hanum.
~~~~~~~~~~~~~~
"Abang..sayang Iman tak ?".Soal Iman tiba-tiba.
"Mestilah abang sayang..cinta hati abang kan..kalau takda sayang tak boleh tidur malam abang".Ujar Tuan Faizal manja.
"Nak peluk".Pinta Iman yang sudah mendepakan tangganya.
Iman terus memeluk suaminya.Dia rasa sedih sewaktu memeluk suaminya.Dia mengalirkan airmata.
"Kenapa sayang nangis ni ?".Soal Tuan Faizal pelik kerana Iman menangis.
"Takda lah..tiba-tiba rasa sebak pula".Ujar Iman tersenyum.Tuan Faizal menyeka air mata isterinya.
"Laaahhh..abang ingat sayang nangis sebab abang..abang belum mati lagi..nanti abang dah mati je sayang nangis".Gelak besar Tuan Faizal dapat mengenakan Iman.Iman memukul dadanya dan membuat wajah cemberut.
"Sayang ni comel lah..I love you".Ucap Tuan Faizal dengan romantis.
"I love you too Tuan Faizal Imran".Ucap Iman dengan tersenyum bahagia.
Mereka melayani hati yang bahagia disaat duka bertandang di jiwa.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...