Hari ini Tuan Faizal dapat meloloskan diri ke pejabat setelah memujuk Iman dan berjanji akan membawanya makan malam nanti.
"Marina masuk bilik saya sekejap ?".Arah Tuan Faizal melalui panggilan suara.
"Baik Tuan".Jawab Marina.
Selepas beberapa minit,Marina masuk ke bilik Tuan Faizal dan membawa sebuah buku catatan.
"Ye Tuan..ada apa yanh boleh saya bantu ?".Soal Marina kepada Tuan Faizal dengan mesra.
"Awak hantarkan borang ni dekat UTM".Pinta Tuan Faizal selepas Marina mengambil borang itu daripadanya.
"Borang apa ni Tuan ?".Soal Marina pelik.
"Borang berhenti belajar..saya isi untuk buah hati saya tu".Jelas Tuan Faizal selamba.Marina agak terkejut dengan penyataan Tuan Faizal itu.
"Kenapa Tuan berhentikan Iman daripada sambung belajar ? dia kan masih muda lagi Tuan ?".Soal Marina tidak puas hati dengan perancangan Tuan Faizal buat Iman.
"Buat apa dia masuk Uni tapi dia tak pergi kelas pun ? asyik nak ponteng je..penat saya nak melayan kerenah dia..so please hantar borang tu cepat".Pinta Tuan Faizal.
"Ohh..okay Tuan".Jawab Marina yang terus melangkah keluar dari bilik Tuan Faizal.
Selepas beberapa minit Marina keluar dari bilik itu.Pintu bilik itu dibuka dari luar oleh seseorang.Muncul lah wajah yang Tuan Faizal amat kenali iaitu Erin.
"Hai Tuan Faizal".Sapa Erin kepada lelaki idamannya itu.
"Hai Erin..silalah masuk".Ajak Tuan Faizal dan memberi sebuah senyuman kepada wanita itu.
"Selamat pengantin baru Tuan..sorry saya tak dapat datang majlis Tuan haritu".Jelas Erin.Dia sebenarnya rasa sakit hati kerana Tuan Faizal memilih Iman daripadanya.
"Its okay Erin..ni kenapa datang sini..ada urusan ke ?".Soal Tuan Faizal seraya mengangkat kening.
"Saja je..nak jumpa Tuan lah".Dia sudah bersedia mencalitkan sedikit minyak itu di jarinya.Tetapi tiba-tiba dia rasa semacam yang tidak mampu untuk berhadapan dengan Tuan Faizal.Dia rasa panas.Dia lari keluar dari bilik Tuan Faizal.
"Erinnn..Erinnn".Jerit Tuan Faizal memanggil gadis itu.Dia pelik kenapa gadis itu berlari keluar meninggalkannya dengan penuh tanda tanya.
Erin sudah tiba di lobi.Dia merengus geram kenapa dia merasa begitu sewaktu berhadapan dengan Tuan Faizal.
"Takpa..harini hari kau...esok hari aku pulak".Luah Erin sendirian dengan nada sinis.
~~~~~~~~~~~~~~
Iman berada di rumah,dia tidak ke kelas lagi.Dia sedang menonton TV,
tiba-tiba telefonnya berbunyi.Dia tersenyum melihat nama pemanggil."Hello assalammualaikum..abang....".Jeritnya memanggil Tuan Faizal didalam talian.
"Jangan jerit lah sayang..nanti anak-anak abang dapat bapak pekak pulak".Jelas Tuan Faizal lalu menghamburkan tawanya.
"Hishhh..tiberr pulak cite pasal anak".Rengus Iman.
"Taknak anak ke ?".Soal Tuan Faizal.
"Mestilah Iman nak..tapi nanti lepasni mesti abang dah taknak sayang Iman lagi".Ucap Iman sayu.
"Jangan mengarutlah..abang sayang sampai mati".Ujar Tuan Faizal.
"Yelah tu..pastu dia mati dulu".Iman menghamburkan tawanya kepada Tuan Faizal didalam talian.
"Dah..pergi siap kita nak pergi klinik".Ujar Tuan Faizal.
"Eh..nak pergi klinik ? siapa yang sakit ?".Soal Iman pelik.
"Abang nak bawak sayang pergi check doktor..nak tengok ada isi ke tak ?".Ujar Tuan Faizal selamba.
"Eh,habis kalau takda ? haa..kalau takda abang jangan nak salahkan Iman ehh".Ujar Iman dengan berani.
"Kalau takda..kita buat lagi nanti..abang yang buat kan ? so abang lah yang bertanggungjawab".Ucap Tuan Faizal sambil tertawa kecil.
"Ishh..abang ni ada-ada jelah".Balas Iman.
"Siap tau..kejap lagi abang balik ambil sayang..I love you baby muahh".
Ucap Tuan Faizal romantis.Iman tergoda lagi dengan suaminya.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...