Sekarang Iman Khalida berada di kampung halaman,dia pulang ke kampung atas urusan majlis perkahwinannya pada hari esok.Suasana di rumahnya amat meriah.Dia sedang membantu orang-orang kampung yang hadir bagi menyiapkan kerja-kerja rewang.Iman dan ibunya sedang ralit menyiapkan bunga paha.Sedang dia asyik menyiapkan bunga paha,kakaknya Hanum datang dari luar rumah dan duduk disebelahnya.
"Iman,kau bila nak kahwin ?".Tanya Hanum kepada adik kesayangannya itu.
"Eh akak ni,dia punya majlis pun belum settle lagi sibuk tanya orang".
Ujar Iman mengejek."Yelah Iman,lepas ni ibu carikan Iman calon pulak ye ?".Gurau Puan Hasnah mencelah.
"Eh,Ibu tak payah susah-susah cari calon untuk Iman..sebab Iman sendiri nanti bawak balik calon untuk Ibu..haa..calon Iman ni limited edition tau dalam malaysia..tapi dia dah jadi Iman punya".Ucap Iman bersahaja.
"Eh, kau ni..pandai-pandai pulak cari calon eh..limited edition pulak tu".
Ucap Hanum yang pening dengan kerenah adik manjanya itu."Biasalahhhh,,,tengok lah siapa ?".Jawab Iman berlagak.
Sedang mereka bergurau senda.Tiba-tiba ada satu suara memanggil nama Iman.
"Iman".Panggil gerangan yang Iman tidak tahu siapa sebelum menoleh ke arah tersebut.
"Eh,Prof Hadi ?".Jawab Iman.Alangkah terkejutnya gadis itu.Pensyarah
nya bukan setakat berada di kampung tetapi di rumahnya juga."Eh,awak kenal Iman ?".Soal Hanum yang pelik dengan Hadi itu.
"Ye,Iman student saya.Tapi tak tahu pulak bakal jadi adik ipar saya".
Jawab Hadi dengan senyuman pahit."Oh,Iman tak pernah cerita pun dekat akak ?".Soal Hanum kepada Iman yang cuba menyibukan diri dengan gubah bunga paha itu.
"Akak lupa ke ? Iman kan tak balik masa tunang akak..so mana lah Iman tahu siapa tunang akak ?".Jawab Iman dengan nada kurang senang.
Hadi buntu,gadis yang dia suka bakal menjadi iparnya.Apa yang harus dia lakukan sekarang ini.Adakah semuanya dah terlambat ?.
~~~~~~~~~~~~~~
Malam yang indah ini menemani Tuan Faizal duduk keseorangan di kolam air belakang rumahnya.Dia membiarkan kakinya terendam di dalam air hingga ke pangkal betis sambil menghayati malam yang indah itu.
"Haihh,Jauh termenung..ingatkan orang jauh ke ?".Soal Marina yang entah dari mana muncul.
"Nak ingatkan siapa ? awak ?".Soal Tuan Faizal yang ingin menepis soalan Marina itu.
"Eh,ingat saya nak buat apa ? saya orang dekat".Jawab Marina sambil tersengih kepada Tuan Faizal.
"Entah lah,saya pun runsing".Jawab Tuan Faizal yang membuat keluhan kecil.
"Lahh,dah kenapa pulak nak runsing ? Tuan ada dua pilihan sama ada Tuan nak Erin atau Iman ?".Marina memberi pilihan kepada Tuan Faizal
"Apa kena mengena dengan Erin pulak ni ?".Soal Tuan Faizal pelik.
"Yelah dulu Tuan pernah cakap kan..yang Tuan pernah ada hati dekat Erin tu..so Erin tu salah satu pilihan Tuan lah".Jelas Marina.
"Ye saya pernah ada hati dekat Erin tapi lepas tahu life dia teruk..siapa yang nak jadikan bini ?".Jawab Tuan Faizal membidas kata-kata Marina.
"Hmm,habiss..Tuan nak pilih Iman ke ?".
Tuan Faizal hanya memberi senyuman yang memaksudkan seribu satu rahsia tentang perasaannya.
"Saya nak awak siasat pasal dia.Bagi detail dia pada saya minggu depan okay ?".Arah Tuan Faizal
"Yes Boss".Jawab Marina bersemangat.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...