Pak Ahmad kini berada di Johor bahru.Dia tinggal di kuarters polis yang telah disediakan oleh pihak polis Johor.
"Ahmad..masuk bilik saya sekejap".Arah seorang anggota berpangkat tinggi.
"Baik Tuan".Jawab Pak Ahmad dengan hormat.
Selepas beberapa minit Pak Ahmad memasuki bilik anggota itu.Dia kini berdiri tegak dihadapan anggota itu.
"Baik Encik Ahmad..saya nak maklumkan tentang tugas Encik..Encik akan bertugas dibawah arahan seorang VVIP..dia baru di iktiraf VVIP...
tapi tugas ni akan bermula lagi dua minggu..dia baru berkahwin dan akan berbulan madu..jadi selepas dua minggu dia pulang dari berbulan madu barulah tugas Encik Ahmad bermula bersama pasukan Encik Ahmad..Faham ?".Soal anggota itu tegas."Faham Tuan".Jawab Pak Ahmad ringkas.
Mereka terus keluar dari bilik itu bersama dan menuju ke kerja masing-masing.
~~~~~~~~~~~~~~
Tuan Faizal yang baru pulang dari kerja itu.Terus mendapatkan isterinya di ruang tamu.
"Sayang..tengah buat apa tu ?".Soal Tuan Faizal.
"Tengah buat kuih..buta ke ?".Jawab Iman selamba.
"Sampai hati cakap abang macam tu eh ? tak jadi lah nak bagi hadiah".
Terang Tuan Faizal."Hadiah ? nakkkk...".Jerit Iman gembira.Sudah lama dia tidak menerima hadiah dari sesiapa.
"Nah sayang".Hulur Tuan Faizal dua keping tiket penerbangan.
"Wahhh...kita nak pergi mana ni abang ?".Soal Iman teruja.
"Nak pergi honeymoon..sayang suka tak ?".Soal Tuan Faizal.
"Hishh...gila tak suka..mesti lah Iman suka..thank you hubby".Ucap Iman seraya peluk dan cium bibir suaminya itu.Tuan Faizal juga tidak lepaskan peluang dia turut tidak melepaskan ciuman isterinya sehingga mereka mencari nafas masing-masing.
"Sayang ni suka buat abang tak tahan lah..abang ni dah tua..cepat je nak pancit".Ujar Tuan Faizal selepas dia melepaskan ciuman bibir dengan isterinya.
"Abang yang cakap abang dah tua...Iman tak cakap pun ?".Jawab Iman.
"Sayang..sayang abang tak ?".Soal Tuan Faizal romantis.Anak matanya tajam menikam anak mata Iman.
"Mestilah sayang...sebab Iman yang ajak abang kahwin kan ?".Jawab Iman tertawa dengan jawapannya sendiri.Tuan Faizal turut menghamburkan tawanya.
"Abang nak anak tau ?".Beritahu Tuan Faizal.Tuan Faizal memaksudkan kata-katanya terlalu dalam.
"Abang nak berapa ?".Soal Iman nakal.
"Satu pun dah cukup..tapi abang harap lelaki lah..boleh jadi pewaris abang".Jelas Tuan Faizal.
"Ohh..insyaallah.kita doa sama-sama ye..".Terang Iman.Sekali lagi dia menggoda suaminya.Kali ini dia meraba-raba di bahagian perut Tuan Faizal.Tuan Faizal hanya membiarkan isterinya membuat kerja itu.
~~~~~~~~~~~~~~
"Abang,jom makan".Ajak Hanum kepada suaminya.
"Okay".Balas Hadi ringkas dan lemah.
"Abang ada masalah ke ?".Soal Hanum risau melihat suaminya yang muram.
"Ntah lah Hanum..abang tak tahu apa yang buat abang jadi macam ni..abang taknak..tapi ujian ni terlalu berat untuk abang".Luah Hadi.
"Abang fikir apa sebenarnya ?". Soal Hanum tenang.
"Abang belum boleh lupakan Iman".Terang Hadi.Hanum agak tersentak dengan penyataan suaminya.Dia rasa ingin gugur jantung.Tapi dia harus kuat demi anak di dalam kandungannya itu.
"Abang sayang kan Hanum tak ?".Soal Hanum tenang walaupun seluruh tubuhnya menggigil.
"Sayang".Jawab Hadi ringkas.
"Hanum nak tolong abang ni".Jelas Hanum sambil tersenyum manis pada suaminya.
"Nak tolong apa ?".Soal Hadi pelik.
"Hanum nak tolong abang lupakan....Iman".Terang Hanum yang telah mengumpul semua kekuatan didada.Apa yang dirasanya sekarang hanya allah saja yang tahu.
Hadi mengucup dahi isterinya.Dia tersenyum kerana Hanum bersungguh-sungguh ingin membantunya.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...