Hanum yang sedang menonton televisyen itu disertai oleh suaminya Hadi yang baru pulang dari kerja.
"Awal abang balik ?".Soal Hanum mesra.
"Aah..kerja abang habis awal".Jelas Hadi kepada isterinya.
"Haritu kan ayah ada datang kan abang..ayah ada cakap yang dia nak jumpa Iman..tapi si Iman tu asyik busy je..kalau abang ada jumpa dia dekat Uni..nanti tolong cakap dekat dia yang ayah nak sangat jumpa dia".Ujar Hanum.Tapi susah untuk hatinya terima sewaktu menyebut nama Iman.
"Hmm..insyaallah..tapi dia sekarang susah nak datang Uni..asyik cuti je".Ujar Hadi yang susah untuk menyebut nama wanita yang pernah buat dirinya tidak menentu.
"Ohh okay".Ujar Hanum ringkas.
"Dia dah habis bercuti belum ?".Soal Hadi tiba-tiba.
"Dah rasanya..suami dia kan orang ternama..pastu pakar motivasi pulak tu".Jelas Hanum lagi.Hadi hanya diamkan diri.Dia tidak sanggup lagi menanyakan tentang Iman.
~~~~~~~~~~~~~~
"Sayang ni memang nakal tahu tak ? tak habis nak bermanja".Bidas Tuan Faizal yang sedang baring di katil berbalutkan selimut di badan.
"Alaa..kat dapat pahala ?".Soal Iman selamba.
"Ini bukan dapat pahala..terseksa abang dibuatnya".Jawab Tuan Faizal selamba.
"Abang jangan nak mengada ehh..Kalau esok Iman dah tak boleh nak manja dengan abang..abang jangan tanya nape ehh".Beritahu Iman mengejek.
"Bila masa sayang taknak bermanja dengan abang..yang ini pun abang tak boleh nak pergi kerja".Beritahu Tuan Faizal sinis.
"Masa abang dah mati".Iman Gelakkan Tuan Faizal.Tuan Faizal hanya mengelengkan kepalanya.
"Tapi Iman sayang abang..abang jangan tinggalkan Iman ye..".Pinta Iman dari hati.
"Abang takkan tinggalkan sayang..yang boleh pisahkan kita hanya cangkul dan tanah je".Ucap Tuan Faizal dengan maksud yang dalam.
"Aah..esok Iman cari cangkul..pastu cangkul kepala otak abang tu..".
Gurau Iman.Tuan Faizal yang geram dengan perangai Iman yang tidak serius itu.Dia menarik Iman ke atas katil semula dan menimpa Iman.
"Abang tak suka kalau orang cabar abang".Ujar Tuan Faizal mengoda.
Iman hanya diam.Dia sudah tidak mampu bergerak lagi."Abang..nak lagi".Pinta Iman.Tuan Faizal segera merebahkan badannya di sebelah Iman.Dia tidak sanggup lagi melayan perangai Iman.
"Abang penat".Jawab Tuan Faizal ringkas.
"Alaa..alasan penat..cakap je lah malas nak layan".Ujar Iman nada merajuk.
"Kita tak boleh macam ni sayang..abang tak boleh bagi sayang sepenuh masa macam ni..abang ada tanggungjawab lain juga".Ujar Tuan Faizal tenang.
Iman terus mengalirkan air mata.Dia kecewa kerana suaminya enggan melayannya.
"Sayang...nanti abang belanja sayang makan okay ?".Beritahu Tuan Faizal.Iman terus tersenyum dan mengucup bibir suaminya sekilas.
Tuan Faizal tersenyum bahagia.~~~~~~~~~~~~~~
Erin kini berada di hadapan pintu rumah sahabatnya Amy.Dia mengetuk pintu sehingga pintu dibuka Amy.
"Haa pahal kau datang sini..aku ingat kau dekat London lagi ?".Soal Amy.
"Aku dah balik semalam..babe jom teman aku jap".Pinta Erin.
"Teman ? pergi mana ?".Soal Amy ingin tahu.
"Alaa..teman jelah..nanti aku belanja kau shopping dekat Paradigm".
Umpan Erin.Dia ingin membuat sesuatu yang mensyirikan agamanya dan dirinya sendiri."Okay-okay lah..jap aku siap.".Beritahu Amy terus pergi menukar pakaian.
Erin tersenyum kerana dia berjaya memujuk Amy.Kini hatinya sudah tidak sabar untuk membuat kerjanya itu.
Setibanya dia dan Amy di suatu tempat pendalaman seperti hutan.Dia terjumpa sebuah rumah kecil di hujung sungai.
"Jom Amy".Ajak Erin.
"Hishh kau ni bawa aku dekat mana ni ?".Soal Amy seperti orang takut.
"Alaa..ikut je lah..sekejap je..pastu kita balik".Pujuk Erin.
"Yela..yela..kau ni suka buat kerja gila lah".Ujar Amy takut.Erin hanya tersenyum sinis.
Sudah satu jam mereka di dalam rumah itu.Dukun yang mereka berjumpa itu sedang membaca sesuatu sambil memegang botol kecil yang berisi minyak.
"Ni ambil,nanti kalau jumpa calitkan dekat bahu dia atau belakang kepala dia".Ujar Dukun itu.
"Tapi makcik macam mana nak tahu kesan dia ?".Soal Erin.
"Nanti dia akan cari kamu..dia jadi tak keruan bila tak jumpa kamu..
masa itulah kamu akan nampak kesan dia".Ujar Dukun tu lagi.Erin tersenyum jahat.Rancangannya tinggal 10% sahaja lagi.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...